Masalah susu kurang.Inilah antara dugaan bagi ibu-ubi yang ingin menyusukan anak secara “exclusive”.
Saya juga pernah melalui saat-saat penuh dugaan ini.
(Padahal baru 6 bulan bergelar mommy)
Pada 4 bulan awal memang kuantiti susu amat bagus.Sehari boleh dapat 6-8 botol. Tetapi apabila umur anak mencecah 5 bulan++, tiba-tiba saya dapati “hasil” yang saya dapat berkurang!Pernah hanya dapat 2 botol sehari!Apa dah jadi????Nasib baik hari tu sehari aja dapat 2 botol hari-hari lain maintain 4 botol.
Saya pun agak terperanjat dengan “pengurangan” kuantiti susu ini. Tapi bila dikaji-kaji balik didapati memang dah jadi macam satu “trend” kuantiti susu off/on..sesekali dapat sampai 8 botol sesekali nah 2 botol sahaja.
Jadi untuk mengembalikan ke tahap “hasil yang “selamat” saya telah berusaha bersungguh-sungguh..Antaranya
Pergi berurut untuk elakkan berlakunya masalah “tersumbat”
Ini kalau diurut sendiri pun boleh.
Caranya: Urut bahagian atas bre*st anda hingga ke bahu. Urut setiap kali lepas mandi dan sebelum mengepam.Insya Allah
Menambah sesi mengepam.
Tambah dari 2 sesi/hari kepada 4 sesi/hari.
Alhamdulillah menampakkan hasil
Sentiasa menenangkan fikiran.
Fikirkan yang positif-positif sahaja.
Makan & minum
Sentiasa mengamalkan pemakanan yang seimbang.Insya Allah.
Direct feeding
Kalau berada di rumah pastikan kita sentiasa memberikan baby kita direct breastfeed.
Alhamdulillah sekarang saya mampu “mengekalkan” kuantiti susu 4-6 botol (16-24oz sehari.Cukuplah untuk menampung keperluan baby di Taska.Alhamdulillah.
Kesimpulan: Kalau tiba-tiba “hasil” kita berkurangan, jangan cepat mengelabah or berputus asa.Fikirkan alternatif-alternatif dan tindakan-tindakan yang kita boleh ambil.
Yang paling penting kita mesti terus bersemangat.Hendak seribu daya..Tak mahu seribu dalih….

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
Comments RSS
TrackBack Identifier URI