Memandangkan Akif tak nak sangat minum EBM, mummyakif telah mencadangkan agar para penjaga akif di Taska meletakkan EBM ke dalam bubur akif.
Kalau Akif tak dapat ‘detect’ susu OKlah..kalau dia dapat ‘detect’ mungkin dia tak akan makan…Walau macam mana pun sekarang mummyakif dah tak risau sangat bila akif tak nak minum EBM. Dia kenyang. Semalam mummy akif balik awal dan telah pergi ke Taska akif awal. Mummy akif pergi tanya ‘timetable’ makan akif.
Patut la tak nak EBM..Dah kenyang dengan nasi. So Mummyakif berpendapat, tak perlulah paksa akif minum EBM kalau dia tak nak. Cuma skrg dalam bubur tu tambahkan aja EBM.
semoga akif akan sentiasa sihat dan ceria.
Akif masih batuk-batuk dan selsema sedikit. Tapi ada ‘improvement’ sejak sehari dua ini.
Semalam, akif dilaporkan telah mengetuk kepala dia di lantai dan pintu kerana marahkan pengasuhnya yang tidak melayan dia. Aduh…..benjol dahi akif….
Kenapalah akif ni bila dia marahkan orang lain dia sakitkan diri sendiri…????

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
Comments RSS
TrackBack Identifier URI