Pada pendapat anda apakah perasaan seorang anak yang masih bayi apabila terpaksa tinggal dengan orang lain ketika ibu dan bapanya keluar bekerja?
Aku selalu fikirkan ini. Aku sebenarnya kalau tidak kerana tuntutan hidup tak hingin aku nak kerja!..Tapi apakan daya, belum tiba masanya untuk aku boleh bersama anak di rumah.
Aku nak tanya anak aku apa perasaan dia pun, kalau dia cakap bukannya aku boleh faham..Tapi aku yakin dia rasa macam aku pernah rasa dahulu.
Dulu masa aku masih kecil, tiap pagi bila melihat emak aku melangkah meninggalkan aku untuk pergi bekerja, aku terus rasakan jiwa aku kosong, hari aku tiada seri..sepi…Aku mula memghitung saat emak aku balik bekerja setiap kali mengucapkan ‘bye bye’ kepada emak aku.
Aku tahu Akif pun rasa macam aku…Pada zahirnya nampak dia ceria aja tapi hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Tatkala aku menjemput dia pulang, dia akan berlari-lari mendapatkan aku seolah-olah sudah bertahun berpisah…..Aku memang rindukan dia selalu. Aku yakin dia juga begitu…

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
One Response
rizza
April 23rd, 2007 at 11:40 am
1ye betul!!!
aku dulu pun rase gak…mak aku kerje…sian aku dulu..
la ni..aku dpt peluang jaga anak aku sendiri…..apa2 pun dlm keputusan kita ..kita kena korban kan salah satu ….aku korban kan kerjaya aku…aku dpt jaga anak aku n didik sendiri…
fid..jgn sedih…mungkin belum tiba masa ko …ko kena korban kan perassan ko (nak jaga anak kat umah), kerana ko perlu kerje… sabar ye…
apa2 pun bile ade peluang tu amik la kesempatan bersama anak tu…masa tu amat berharga n tak ternilai..
take care!!
Comments RSS
TrackBack Identifier URI