Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

dia demam

Hari ni aku EL…ke dah UP ya?Dia demam dari petang semalam.Panas tak turun-turun, jadinya sepanjang malamlah aku tak tidor nyenyak asyik bangun menjelum-jelum dia. Dia muntah berkali-kali (ni sebab bagi ubat cair kahak..memang berketul-ketul kahak keluar)..
Aku bagi ubat demam every 4 hours….Pagitadi pukul 6am baru suhu badan dia turun…Ingat nak pergi office juga hari ini aku ada trainning apa ntah, tapi bila hubby minta aku jangan pergi office aku pun tak jadi pergi. Kesian baby demam-demam nak ditinggalkan.
pukul 5am tadi aku mandikan dia…sebenarnya,..Aku takut ..Badan dia panas sangat, sampai aku takut nak measure berapa degree..
Sekarang ni dia tengah tonton Elmo….
Doakan dia cepat-cepat sihat ya.

Ada insan bertanyakan aku soalan di atas…
Bukan seorang malahan ramai…Mungkin beratus….Mak aku pun tanya juga soalan ni…padahal dia dulu pun susukan keempat-empat anaknya sepenuhnya…..
Mak aku kata dia susukan anak-anaknya dulu sebab tak de duit nak beli susu formula..memang logik alasan dia..sebab kami orang susah….

Selalu aku jawap apa yang terlintas difikiran aja..
Aku dah lama dok fikir sebenarnya apa ‘kikkake’ yang membuatkan aku boleh mengambil keputusan menyusukan anak aku dengan susu aku (yessss susu aku!dari badan aku)

“Abang, pada pendapat abang apa agak yang membuatkan saya mengambil keputusan breastfeed anak kita ni ya?”
Tercengang member..Hahahaaa

Seingat aku, semasa mengandungkan Akif, aku langsung tak ada pengetahuan tentang breastfeeding. Yang aku tau…sesiapa yang melahirkan anak akan ada susu maka bolehlah susukan anak..itu aja yang aku tau.
Jahil sungguh

Bila anak aku lahir, nurse bawa baby yg bulat itu bagi kat aku suruh susukan..”Argghhh..Nak buat macam mana ni nurse?”
Nurse sengeh aja…..
Dia ajar aku dari A sampai Z..Then staff nurse datang bagi taklimat ..Aku dengar ajalaaa…
4 hari lepas tu aku dibenarkan pulang, aku tinggalkan aja risalah penyusuan susu ibu kat ward…Aku tak tahu pula risalah tu pada suatu hari akan jadi berguna kepada aku.
2 bulan maternity leave….3 hari sebelum start kerja balik, aku perah susu untuk simpan sebab aku takut anak aku tak nak minum formula..Formula pun aku beli….Tapi Akif memang sebijak-bijaknya…Dia sikit pun tak kepingin, aku bagi dia try, dia muntahkan balik, tak buka mulut.
Itu alasan pertama kenapa aku perah susu 3 hari sebelum start kerja semula.

Hari pertama masuk kerja…Aku terpaksa pam susu setiap 2 jam, kalau tak pam tak tertahan rasanya..lebih dahsyat dari tahan nak pee…serius…
Alasan kedua aku pam susu..susu aku banyak….
Hari pertama start kerja aku dapat perah keluarkan ke botol 12 botol! Macam tak percaya je….Satu botol 4oz….Aku bawa 5 botol sahaja..aku isi penuh-penuh on the way balik singgah kedai beli botol…
Bulan pertama aku start kerja semula, tiap-tiap hari aku dapat 10 botol EBM…
Memang ni alasan paling popular masa tu…yang aku guna…..Nasib baik aku rajin mengepam kan….

Bulan 12…Aku tak tahan dah..Aku tak tau nak fikir dah macam mana aku nak simpan susu aku yang banyak-banyak nih…Aku search cari info…maka aku bertemu dengan susuibu.com, ivillage.com, dan sebagainya. Aku mula membaca itu dan ini. Baru aku ‘celik’ tentang khasiat susu ibu ini.
Jahil sungguh laaaaaaa

Aku memang tak salahkan langsung ibu-ibu yang tak menyusukan anak kerana tiada pengetahuan..Kerana aku pernah lalui zaman jahil khasiat susu ibu ini.

Setelah aku baca macam-macam artikel di internet, baru pemikiran aku berubah dari menyusukan anak kerana kepentingan diri sendiri kepada demi kepentingan anak.Alhamdulillah Allah berikan aku hidayah….Maka sampai ke saat ini anak aku masih menikmati rezekiNYA yang tidak dapat ditukar ganti.

Bagi ibu-ibu yang mendapat/ada pengetahuan tentang breastfeeding ini sejak dari mengandungkan anak pertama..anda adalah insan yang amat bertuah…
Susukanlah anak anda seadanya

Secara jujurnya, aku pernah fanatik tentang susu ibu ini. Pantang orang kondem mula nak melenting tapi bila aku fikir balik secara rasional dan ingat balik kisah lama aku…Aku nak tergelak..Maybe mereka juga seperti aku dahulu.

Jangan tak tau…Aku dulu sikit punya berangan nak bagi anak aku minum susu formula yang bagus-bagus…biar mahal asalkan anak sihat..konon..Bila ingat rasa MALU!!!!Malu dengan kejahilan aku pada masa itu…malunyaaaaa

Aku berdoa agar aku dapat susukan anak aku selama yang mungkin….
Insya Allah..Semoga Allah berikan aku kekuatan…Amin…
Semoga Allah berikan aku susu yang banyak..Amin….

Kesimpulannya..Pada suatu masa dahulu, aku susukan anak aku kerana anak aku tak nak formula milk dan susu aku banyak…..
Tapi sekarang aku susukan dia kerana aku nak dia dapat khasiat yang tiada tolok bandingnya dari susu ibu.Insya Allah….

bubur nasi broccoli and chicken

Ini menu Akif pada 21 april 2007
bubur nasi berbroccoli and chicken

bahan-bahan:

  • segengam beras
  • broccoli dipotong kecil-kecil
  • isi ayam dipotong dadu
  • unsalted butter
  • air

Cara-cara menyediakan:
Beras dicuci bersih
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masukkan air. Masak atas dapur.hehehehehee

Taraaa..dah siap..

masa memasak:30minit+

Bila dah masak, mummy rasa sikit..Alamak sedaplah plak……

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.