Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Pam Mana OK?

Assalammualaikum

Sering kali ibu-ibu yang baru berjinak-jinak menyusukan anak dengan sepenuhnya akan bertanya “Pam apa yang ok?

Bagi saya, jawapan tepat bagi soalan ini TIADA.

Kita perlu berani mencuba/membeli pam yang kita rasa sesuai dengan kita.

Apabila sudah membelinya, kita harus belajar menggunakannya.

Pam jenama apa sekali pun , jenis apa sekali pun, kita perlu ada kemahiran menggunakannya untuk memastikan dapat memaksimakan hasil perahan.

Sila rujuk entry saya sebelum ini

Gambar pam

My favorite pam

I vote for Avent ISIS!!!

Tiada jalan pintas untuk berjaya….Usaha usaha usaha…

Tip menghadapi Exam -cara aku

Aku teringat mende ni pagi tadi masa tengah dok isi EBM si kecik dalam cooler bagnya….

UPSR dan PMR tahun ni dah berlalu….Bulan depan SPM akan bermula…Good Luck to all SPM’s candidates….

Di sini aku nak mengimbas kembali cara-cara aku menghadapi peperiksaan…

UPSR….
Masa tu belum akil baligh lagi harharhar…Memang tak fikir apa pun..Cikgu kata UPSR kena score…so buat jelah apa yang terdaya..
In fact soalan UPSR senang giler!
Aku UPSR tahun 1991…So siapa yang ambik UPSR ngan aku tahun tu yang dapat result corot..Kesian kat korang..(Jahatnya)
Orang(senior) aku ramai yang bagi tau aku soalan UPSR susah gile gile…
Tapi kenapa entah bila aku yang ambik UPSR aku rasa senang sangat2…..
Aku tak de study sakan pun(sebenarnya aku tak tau plak nak exam kena study..yang aku tau selagi bergelar student aku kena study) Kira aku sentiasa bersedia la

PMR
Aisehhhhh…Batch sebelum kami tu result kureng sikit so batch aku ‘kena’ la….
Tapi aku macam biasa….Sentiasa bersedia..Aku paling kritikal geografi…Paling cantik aku dapat C…sebab nya..
1. Aku tak suka geografi
2. Aku tak suka cikgu geografi….
Bagi budak bijak macam aku ni….Kalau aku tak suka cikgu memang aku tak mau score subjek dia…Teruk sungguh….Geografi ni aku counter-measure dengan menjawap all the passed year paper…
Alhamdulillah PMR aku dapat juga A….
Kemahiran Hidup plak …Aku selalu dapat B aja..Bukan sebab aku tak suka cikgu tapi sebab aku asyik tidoooo aja dalam kelas..Cikgu plak lantakkan aku tidur….Tapi kalau time buat projek KH aku suka…Belajar teori memang membantu aku lelap laa KH ni…
Tapi bila cikgu start buat bengkel KH 2-3 bulan before PMR aku suka join…Orang tak join pun aku join….Cikgu bukan yang ngajar aku punya bengkel pun aku ikut…Buat muka tak malu..”cikgu nak join blehhh?”
Memanglah cikgu akan bagi..Budak semangat nih! Jadi aku dapat A masa PMR KH sebab aku rajin pi bengkel…Belajar last minit…Cuak juga…Tapi dah berlalu…
Syukur….
Subjek2 lain Alhamdulillah Allah permudahkan….
Moral: Kalau subjek tak minat belajar je sekadar nak score exam.

SPM
Haaaa…SPM ni aku ada strategi….Tambah2 lepas dihantar pi join projek bestari..(ni budak2 yang bijak bestari terpilih seluruh SBP se-malaya je buleh join)
Aku dah ‘stop’ study 2 bulan sebelum SPM…Aku menjawap soalan aja (bila rajin..kalau malas aku lepak je la tengok orang study)
Aku lagi enjoy tengok orang terkocoh-kocoh study 2 bulan sebelum SPM…SPM kira peperiksaan terbesar Malayalah kan…
2 bulan before SPM ni aku memang dah tak sentuh buku text dan rujukan…Buku nota aku yang ‘smart’ gile tu aku sentuh sikit2…
2 minggu before SPM aku dah kemas2 all my books..Pack into a BIG box….
Seminggu sebelum SPM aku minta tolong mak sedara aku meh angkut bawa balik BIG box aku tu….
Maknanya masa minggu SPM tu aku memang tak baca sebarang buku pelajaran (termasuk nota2 kecil )
Aku dah freekan minda aku dari sebarang nota/buku ilmiah…Baca novel baca majalah baca al Quran sahaja….
Bagi aku cara ni saja boleh menenangkan aku.
Lepas abis exam satu subjek aku dah tak tengok lagi dah…Aku looking forward to next paper…optimis sungguh2…
Masa minggu SPM berlangsung ni…Aku tak suka sangat-sangat orang yang study gile (study last minit) Dah tu dok tanya soalan kat aku…
“Ehhh kalau soalan ni macam mana nak solve?”
Arrghhhhhhhh…Tak mau layannnn…..
Time SPM aku tidur awal bangun awal..
Kalau hari tak ada paper aku ronda-ronda kawasan sekolahku yang tercinta..Intip2 boyfriend aku yang tengah exam..Harharhar….
Tenangkan jiwa menjelang peperiksaan

Time SPM bab makan kat asrama fuhhh…very the sedap one wa cakap lu…..
untuk menenangkan student agar dapat jawap soalan dengan baik dan menaikkan nama sekolah le tuuuu….
(Banyak juga ya kerajaan invest untuk SBP ni ya…Zaman tu SBP ada berapa ketul je, le ni SBP bersepah dapat masuk SBP dah tak de feel daaaa…)

Dan ada plak rerakan yang masa dekat2 SPM/minggu SPM study bagai nak rak…Tidur lambat..stay up sampai pagi…..Masuk ke korang study gitu?(Ada orang mmg masuk sbb derang jenis last minit..so aku kena terimalah perbezaan ni)
Ada plak yang jenis tawakal tak abih2 usaha yillek..(lagi haru…) Asyik solat hajat baca yassin solat hajat baca yassin..qiammulail…tapi buku tak baca..Dalam kelas berangan…Mana bleh..kita kena usaha kuat dulu baru buleh tawakal….

Cara belajar dalam kelas cara aku…
Dalam kelas tumpukan perhatian...makesure buleh faham isi kandungan pelajaran dalam kelas….Kalau tak faham cepat2 tanya….kalau dah faham nak tidur ke nak berangan ke OK..(hahahahaa)
Lepas kelas…baca balik nota yang diambil time kelas tadi. Bila dah benar2 yakin dah faham, cuba jawap soalan2 berkaitan..Dah buleh jawap..tutup nota tu….Tolong jadi tukang jawap soalan untuk orang lain..Kalau ada orang tanya/minta tolong..cepat2 tolong….(membantu anda lebih memahami subjek yang anda belajar)
Itu bagi matapelajaran yang berfakta…
moral:Jangan kedekut ilmu..be helpful…

Bagi matematik pula…mod maths ke add maths…
Paling penting
banyakkan buat latihan tubi….
sambil2 dok tunggu cikgu datang kelas ka sambil2 dok tunggu time solat ka time makan ka…buat satu dua soalan…
Rajinkan diri jawap soalan yang cikgu tak suruh….
Kalau rasa bijak macam aku…Cuba belajar sendiri sebelum cikgu ajar….Terutama add maths..kan bnyk contoh2…so aku selalu buat advance..by the time cikgu ajar aku dah tau…..

Kat library banyak buku maths..
Gi pinjam jawap semua soalan dengan muka tak malunya bawa jawapan2 tu ke bilik guru…Bagi kat cikgu…
“Sir…Saya dah jawap bab XYZ ni..tolong check..Thanks sir..”
Cikgu maths anda akan senyum je tau…
Dolu2 orang selalu kata aku ni kaki bodek..Lantaklahkan janji aku usaha keras/kuat….

BM….
Ni mata pelajaran favorite juga terutama bila kena tulis karangan…kat bawah sekali cikgu komen dengan pen merah
lari tajuk...pangkah besar2…
Dengan muka sinis nya pergi ngadap cikgu..
“salah erk?Saya ingat ke betul..”
“Dah pi balik tempat awak tulis semula..”
“Alaaaaa….Tak best la macam ni…”
“Karang semula…Ikut tajuk..”
“Cikgu sayakan kreatif..Tak bangga ke ada pelajar macam saya ni..”
Kalau Pok jik dia sengeh ngan angkat tangan ala2 nak tampar..Tapi tak tampar laa..kalau cikgu noraini dia akan kata..
“tadah tangan…”
Piaaakkkk kena sedas ngan pembaris kayu…
Adoiiiiii…
Cikgu Noraini memang cikgu BM the best in the world..Dia juga suka merotan dan mendenda kami ..Tapi aku suka…..Dia merotan tapi muka dia Allah sahaja yang tahu…tergambar keikhlasan dan keibuan…Kalau dia berleter kami akan senyum sahaja….Padahal kena leter bukan main lagi pedasss berasap…
Moral:Kasihi guru anda….Insya Allah ilmu anda berkat

Perkara yang disebut di atas adalah antara cara-cara saya menghadapi peperiksaan di Malaysia..(UPSR,PMR,SPM)..Yang mana elok tu bolehlah kita sama-sama praktikkan..Yang mana tak elok tu sama-samalah kita elakkan….
heheheheee

Apa itu Istidraj…

Aku dapat ni dari forwarded Email. Untuk peringatan buat diri sendiri…

Apa itu Istidraj…

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya “Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? “.

So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul ?Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

“Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..”

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.