Yuitsumuni-The Only One

*My thought my experiences….Let's share it!!*

dilema terkini

entry ke berapa hari ni???

Tiba2 aku didalam dilema hahahaaa

Bab mkn minum anak aku la
hahaa
aku sedikit buntu bab nak masak apa utk anak aku itu…

aku selalu masak utk dia

  • steam salmon with broccoli/carrot/cauliflower
  • chicken soup with potato/cauliflower/carrot/button mushroom
  • chicken ball soup with oyster mushroom/carrot/cauliflower
  • ikan bawal emas/putih with potato/carrot
  • steam bawal with carrot/buncis/asparagus
  • steam tenggiri with carrot/broccoli/cailiflower/asparagus/buncis
  • sup daging with carrot
  • sayur soon with sawi/carrot/fucuk/sometime egg

itulah antara menu dia

‘jajan’ /breakfast dia plak

  • kerepek carrot
  • keropok ikan
  • roti bakar
  • roti kosong
  • coco cruch
  • choc chip cookies mummy
  • choc cake mummy
  • pasta
  • kentang bakar/goreng

tapi dia mmg peminat nasi kosong..pasta kosong..roti kosong..kihkihkih

unfortunately
anak aku ni tak suka buah…aiyoyoyo..banana je dia ok….lain2 semua dia kata pedas(logik ka???buah pedas??)
opss grape pun dia suka tp seedless ada seed kalu dia kata ‘kotor’
mmmm…

ni ada link sikit

feeding ur toddler

suka tang ni

To begin planning your toddler’s diet, it can help to begin with the idea that toddlers need a lot less to eat than you think. Remember that children aren’t growing as fast as they were during their first year of life and so have lower energy needs (the amount of calories per kg of their body weight) and smaller appetites. So if your child is active, healthy, and growing and developing normally, then he is likely getting plenty to eat.

It can also help to avoid common mistakes, such as:

  • drinking more than 16-24 ounces of milk each day.
  • drinking more than 4-6 ounces of juice each day.
  • letting your child fill up on sweets and snacks.
  • forcing your child to eat when he isn’t hungry.
  • giving servings that are too big. The average toddler serving is going to be about 1/4 of an adult serving size. Don’t go by the serving size listed on nutrition labels, as these are mainly for older children and adults.

dan bila baca sampai abih aetikel itu
aku nattokushita..aku setuju aku faham awat anak aku kalau dok ngan aku tak mkn seharian pun bleh segar bugar…apa lagi…mummy’s milk la!

family planning

Akukan…
sorry to say
aku akan tersenyum apabila org yang tak plan nak pregnant tiba2 cakap dia pregnant then sedih sbb TERpregnant..
lawakkan..
bleh TER tu
ampun2

Dan mula sesal bagai sbb tak ambik family planning tak ambik precaution bagai
mmmmm

ada bnykkkk sgt family planning zaman la ni
nak ambik pil ka nak ambik suntikan ka nak ambik ‘susuk’ ka…guna barrier ka…macam2 ada laaaa…

pilih aja…
Dan mmglah semuanya ada side effect etc..itu perkara biasa..atarimae na koto dayo…
mmg tak cerdik la sapa yg mmg 100% percaya tak dak side effect …
sorry nooo

apa yang aku nak kata kat sini adalah ttg….
depa yg tak mau ambik any family planning yg sedih bila TERpregnant…
(kutuk ka?aku just nak ajak berfikir sikit ja)

alasan tak mau ambik apa2 method planning sbb tak mau ambik risiko side effect dan dengar kata2 org tak bertauliah dan sebagainya

dan being me..
aku mmg tak abih2 akan cadangkan…gunalah kaedah semula jadi….sekian terima kasih! hahaha

tapi dea kata..’tak percaya dgn diri sendiri boleh berdisiplin or not…’

mmm..
Then that’s is the source of their failure!(failure????)
itu sahaja…

btw talking about disiplin…
kalau sapa2 yg ambik pill perancang..dan nak pil tu ‘work’ sila berdisiplin ya

bg yg nak merancang secara semulajadi….
DISIPLIN ni mmg sgt2 mustahak..
(dan ingat jika DIA kata jadi maka jadi ya)

bebelan aku hari ini….
kalau anda nak merancang keluarga..rancanglah elok2..kalau dok asyik bagi alasan sampai ke bila pun tak berkesudahan

macam mana nak disiplinkan diri..itu tugas anda tak de org boleh ajar

kalau nak merancang semulajadi ni kerjasama dua pihak amat penting…
ingat tuh
mmg kena bincang laki bini…..

or..
bg yang nak ambik method2 berteknologi…pill ka implan ka whatever…better pergilah jumpa doktor yang pakar bidang ni…toksahlah dok dengaq cakap org2 lain semata2….

so utk panduan…
utk cara semulajadi..tanpa sebarang bahan kimia hahahaaaaaa….

kaedah kalendar sesuai digunakan utk wanita yg mempunyai kitar haid yg tetap samada 26-30 cycles atau 32-36 cycles.

dlm kaedah ini kita kena kenalpasti waktu subur kita.

cuba lihat blk kitar haid kita dlm masa 4 -6 bulan lepas.

kenalpasti kitarhaid yg terpanjang (cth 30 hari) dan kitar haid terpendek (cth 26 hari) dlm masa 4 -6 bulan tersebut.

cth:
kitar haid terpendek (26) – 14 = 12
kitar haid terpanjang (30) -10 = 20

Jadi antara hari ke 12 hingga hari ke 20 dlm kitar haid anda dikira waktu subur dan precautions kena diambil utk mengelakkan pregnancy (cth kondom atau abstinence)

kitar haid dikira bermula hari pertama haid anda pada bulan ini hinggalah hari sbl dtgnya haid bulan depan.

satu lg kaedah kalendar yg boleh diaplikasikan, katakan kitar haid anda ialah 29-30 hari, so ambik 29 – 14 = 15.15 ini dikira waktu ovulasi.jadi kondom atau abstinence haruslah dilakukan /guna 5 hari sblm dan 5 hari selepas hari ke 15.

ini kerana ovum boleh hidup (viable) selama 3 hari tanpa disenyawakan dan kemudian akan mati dan bersedia utk stimulate next kitar haid…dan sperma pula viable dlm rahim selama 24-36 jam.

kepada yang mmg sedang merancang nak dapatkan anak…..juga bleh guna kaedah ini….

good luck…

sekian terima kasih

dr aku yang tak bertauliah

rumah aku

aiseh teringat kat rumah aku dibesarkan dulu
umah papan….ada sebilik je then ruang tgh…
ada beranda
dibina ketika aku umur setahun

kat tepi beranda ada pokok nyiok(pokok nyok)yang mana…kalau nak minum ayaq nyok bleh dipetik ngan tgn sahaja..Fuhhh best2

ada pelantar tempat cuci pinggan bagai
berdapor kayu sampai aku form 3
tak de TV ada radio buruk sahaja….

ada sebuah je almari….
tak ada katil
tidor atas tilam kekabu yang mak aku buat sendiri dan kekabu tu plak hasil dr pokok kekabu kat depan umah

Rumah aku tu kat tepi jalan utama
lebih kurang 500m belakang rumah aku adalah sungai tp sampai la ni tak pernah aku sampai ke sungai tu

dapur kayu
aku sampai le ni aku mmg amat2 pandai guna dapor kayu..masak nasi ngan dapor kayu pun aku pandai..
sedap weii ada bau kayu
selalu aku tolong mak aku cari kayu api…alaa cari je kat kebun getah mak aku menoreh tu
aku suka ambik yg ranting2 dahan2 jatuh tu
ada satu masa tu terpaksa beli kayu api sbb ntah nape shortage plak…pokok getak tokwan aku tak mau ‘luruhkan’ dahannya hahahaaa
selori berapa RM je….
but ttp mahal le..Dolu getah murah so berapa sgt le gaji penoreh

beranda
tempat kami main2
tempat aku buat homework
tempat kami berkelah cicah garam belacan fuhh ambik buah mangga epal depan rumah…besar2…besar kepala aku pun ada buah mangga tuh

pelantar
tempat cuci pinggan..siang ikan bagai…kalau la ni ala2 sinki dapor laaaaa
kalau hari malas aku bantai mandi aja atas tu ..
air guna getah paip salur dr bilik air kat bawah…

bilik air
kihkihkih
mmg main tempek papan ngan zink shj
tepi bilik mandi adalah pokok durian jiran
kalau musim durian mmg fobia nak mandi
lg satu classmate aku tu bleh tahan juga suka ngintip selalu aku baling ngan batu

tanah kat depan rumah aku tanah pasir gebu…
kalau main masak2 mmg tanah2 tu jd ‘tepung’ laaaaa
siap buat kuih bakar2 atas api hahahaaaa

bawah rumah
tokwan aku buat ruang bawah rumah aku tu store baja utk padi2nya…cett umah dia ada tp umah kami juga dia mau letak
bawah rumah juga….ada sarang utk ayam bertelor
bawah rumah juga tempat aku tolong mak aku wat bahulu ngan kuih bangkit ngan kuih loyang..ngan kuih peneram….

bestnya rumah aku dulu

dulu2 aku tak suka umah aku tu sbb …
rumah buruk
senget….kalau berlari mau gegar punya
tandas jauh….bilik air mmg open gile….
tak de TV tak de oven tak de peti ais semuanya tak ada!
Tapi membesar juga aku kat rumah tu
sampailah aku umur 20 thn mak aku pindah balik kg dia….aku masa tu kat perantauan…

secara totalnya ..aku dok umah tu 12 tahun sahaja…
sblm akil baligh..hahhaaaaaaa

rumah aku tu dah tak ada..
Dah dijual oleh tok wan aku.(tok wan ni maksudnya datuk..grandpa)
Tapi sesen pun mak aku tak dapat..tak pa….. ni perkara biasa..
lembu mak aku dijual pun mak aku tak pernah dpt apa2..asal beranak je lembu sure anak ‘mati’..sampai la ni jadi misteri hahahaaa
mak aku pawahkan lembu2 tu tapi tukang yg memawah tu mcm ada tak kena jerk

ishh..aik lalut plak

rumah aku tuh
memang amat berjasa
dan bersama hilangnya binaan papan2 itu meninggalkan tapak..aku mmg menapak terus tak jejak lagi dah

Rumah aku tuh
cikgu besar sekolah kebangsaan aku dl siap pi tgk sbb tak percaya ttg kedaifan hidup aku…
tak percaya anak orang miskin ini sikit punya tera???
hahahhaaaaaaa

Rumah aku tuh mmg saksi segala kisah duka aku…

Rumah aku tu..kat rumah tu la aku bg tau mak aku..
“mak org ada boyfren”
hahhaaaaaa

Rumah aku tu
Kat situ la aku dibentuk menjadi aku..

Opss terlupa plak..
pokok cempedak ngan pokok jambu susu kat belakang rumah
kalau musim..makan tak habis…
Dan baiknya ayah aku dia mmg tak akan jual…dia akan bg..sedekah je kat org….
tp ada org lain plak meh kutip pi jual…yg tukang tanam sesen pun tak dapat..
rezeki perlu dikongsikan..

lampu
umah aku guna lampun mentol bulat tu je
bila aku dah sekolah menengah baru guna lampun panjang tuh

ishhh
bila kenang2 balik… best juga rumah aku tuh

Kalau orang bandar mmg tak akan merasa nikmatnya hidup kat kg macam aku

tp awat aku ralat sgt balik kg belah lelaki itu?
aku dah lupa diri?
bukan….
macam mana pun rumah aku juga yang the best hahahaaaaaa

p/s:mcm mn pun rumah buruk aku tu mmg rumah bukan pondok! hahahaaaaa

keluasan sama je ngan rumah aku dok la ni ..hahahaaaa

p/s lagi:
kalau ada typo faham2lah ya
aku nak masuk lab
la ni 544pm
aku balik 8pm hari ni

Related Posts with Thumbnails

<
<



Subscribe in a reader Subscribe

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


SEARCH@yuitsumuni

Custom Search