
Pada pandangan saya, kita tidak perlu memaksa anak kita makan sesuatu yang dia tidak mahu/tidak suka.
Dengan syarat, kita menjaga pemakanannya sejak dari lahir lagi.
Berikan dia susu ibu sahaja dalam tempoh 6 bulan pertama kelahirannya ke dunia.
Makanan pejal(solid food) hanya boleh diberikan apabila umurnya mencecah 6 bulan.
Tidak semestinya setelah berusia 6 bulan wajib diberi makanan pejal. Monitor perkembangan anak anda. Dapatkan nasihat pakar berkaitan jika perlu.
Apabila anak sudah mula makan makanan pejal, masaklah sendiri makanan untuk anak anda.
Mulakan dengan bubur nasi kosong, puree buah-buahan atau sayur-sayuran.
Dari pengalaman saya,
anak kami memang suka makan nasi kosong dan minum air kosong/air masak.
Namun setelah berusia 2 tahun lebih dia sudah mula menunjukkan minat terhadap makanan lain.
Sebagai contoh, dia tidak sukakan buah-buahan tetapi kini sudah mula makan buah-buahan: pisang(paling digemari-kami belikan dia pisang berangan atau pun pisang mas/emas) dan buah epal (dia sebut a-pol).
Anak kami memang masih ‘bencikan’ sayur namun saya tetap pastikan dalam makanannya ada sayur. Saya sagat/potong kecil-kecil/cincang sayuran dan dijadikan bahan perasa sup/mi untuknya.
Roti pula, tidak dipelawa kepadanya tapi saya nantikan dia memintanya, dan selalunya jika dia nampak ada roti dia akan minta.
Dia juga sudah mula berminat dengan coklat dan ais krim.
Namun kami masih boleh mengawal pengambilan makanan-makanan ini.
Share on Facebook
3 Responses
babyDragonfly
June 4th, 2008 at 11:04 am
1allu.. ive been ur silent reader.. really like the topics dat u posed up.. byk membantu! especially bab breastfeeding! =D
Fid
June 5th, 2008 at 12:53 am
2babydragonfly
thank u kerana sudi membaca
Pantau apa anak kita makan demi kesihatannya : Yuitsumuni *sweetstory*
June 7th, 2010 at 10:21 am
3[...] Tidak perlu memaksa anak makan [...]
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.BERKAWAN DI TWITTER
POST TERKINI
KATEGORI
POST TERDAHULU
KOMEN TERKINI
TAG
LANGGAN
SAYA ADALAH….
SANA SINI YANG MERIAH
POST POPULAR
SPAM TERHALANG
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © Yuitsumuni: The Only One ® • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes