Salam

Note: Aku taip ni on Ahad 22 so aku akan adjust date jadi ahad 22 june lah ya
Internet kat rumah aku problemo la pula

Malam tadiaku pergi pasar malam.

Kan aku dah kata..SURE harga barangan lain yang tak ada sangkut paut secara terus dengan petrol akan naik harga

1. keropok ikan tamban tu
Dulu 1 pack RM4, 3 packs RM10, tapi semalam 1 pack RM5!
RM10 dapat 2packs je la.

Dialog:
Keropok ni sebungkus berapa?
lima ringgit kak.
Hah?Dah naik harga..Ishh korang ni..seringgit pula tuh.
(si peniaga tersengeh)

2. apple, green apple
Sebelum ni RM5 for 11 pieces
But yesterday RM5 for 10 pieces only..rugi sebiji…

Uncle, ini berapa ringgit ..
RM5 saja…
Berapa biji?
10 biji..
Aiyaa..last week 11 biji ooo…
Halege minyak suda naik looo..
Aiya uncle ini apple siram minyak ka?
Tak loo…tapi kasi angkut guna lori pakai minyak….
Itu macam tak boleh kila la uncle…Saya datang sini pun naik keleta pakai minyak ooo….saya beli RM10 kasi 2 biji extra laaa..
1 biji extra la..
ok la sebiji pun sebiji la….next week i datang lagi ya mau 3 biji extra!
aiyaaaaaaa

Seee!PM5 tau ka semua ni??
Itu belum lagi aku rayau area jual makanan seperti laksa, mee etc….

Dan satu lagi…
Adakah peniaga ini cuba menipu????

aku beli, bawang besar, kentang dan cili kering rm1..

OK ini sahaja.Berapa ya
enam ringgit empat posen…

Aku kan jenis ala-ala particular tak menetukan…sebab tadi aku tengok dia tulis kat plastik pembungkus harga setiap barangan aku beli tu dari congakkan aku it’s only RM5.40..
Kat depan-depan tu juga aku ‘punggah’ balik bungkusan barangan aku beli.
Aku kira kuat-kuat..

2.10, 2.30,1…5.40…Chik ni RM5.40 aja laaaa..Kenapa saya kena bayar RM6.40 ni?
Erkk..ye ke?

Dia ambik balik, dia kira…
Ahaaa..RM5.40..sorry ya kak..(ekau patut panggil aku anak)

Ehem..pak cik..ni salah kira ke memang sengaja salah…
Betul kak tersalah kira..
Ok OK..hati-hati ya mengira..kalau salah kira dah jadi menipu..menipu berdosa.kita meniaga kena sentiasa jujur ya….
baik baik….
Nasib baik saya perasan..kalau saya tak perasan ni saya balik rumah baru perasan mahu saya tak halalkan rm1 tu..hati hati ya….
ya yaaa…

Tak kisah la apa peniaga tu nak rasa…Serius aku sound direct tapi masa tu tak ada orang tak de la aku memalukan dia…

Then aku pergi kat gerai jual air plak..Masih RM1 se-cup
Tapi harga yang dipamirkan macam tak clear…

Kak ni harga air ni tulis dan tampal biar jelas ya.Jangan mengelirukan pembeli….Ni singgit ke singgit 2 posen ni?
singgit…ohh baik baik…

Aku memang kepoci ya tapi aku rasa aku kena buat pemantauan macam tu…
hahahaaaa


Related Posts with Thumbnails