SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU
Berbaloikah menggunakan ‘slow cooker’ untuk memasak bubur bayi?
Bagi saya, YA
Saya hanya perlu mencuci beras dan bahan-bahan lain dan dimasukkan ke dalam ‘slow cooker’, masukkan air secukupnya, ON switch, pada waktu malam sebelum tidur.
Keesokkan pagi, bubur susah tersedia di dalam slow cooker
‘Slow cooker’ juga sesuai untuk memasak sup.Kaedahnya sama. Mula memasak pada waktu malam dan ‘ready’ pada keesokkan paginya.
Jawapannya, YA.
Tiada sebarang halangan untuk seorang ibu yang menyusukan anak untuk kembali hamil. Namun seelok-eloknya dijarakkan selama 2 tahun (hikmah kenapa Al-Quran menyebut susukanlah anak sehingga 2 tahun bagi menyempurnakan penyusuan)
Apabila sudah 2 tahun dan hamil semula, ibu dan anak juga sudah bersedia.
Badan ibu juga sudah bersedia untuk hamil lagi dan tidak akan membebankan ibu.
Insya Allah
Namun ada juga ibu yang tidak hamil dalam tempoh penyusuan anak.
Bagi saya jika dalam tempoh 2 tahun anda tidak hamil maka itulah yang terbaik.
Dan ramai juga ibu-ibu menyusukan anak hamil sebelum anak berusia 2 tahun.Rezeki masing-masing
Pada pandangan saya, memberhentikan penyusuan susu ibu bagi anak yang berusia bawah 2 tahun atas alasan ingin hamil lagi adalah tidak relevan.
Adakah anda mendapat jaminan 100% jika anda tidak susukan anak anda, anda akan hamil dengan segera?
Tiada jaminan bukan?
Dan bagi ibu yang hamil, anda juga boleh menyusukan anak anda/meneruskan penyusuan selagi tidak memudaratkan anda, bayi yang dikandung dan anak yang disusukan.
Jika ibu mengalamai ‘morning sickness’ yang melampau sehingga memberi kesan tidak baik terhadap dirinya, anak dalam kandungan dan anak yang disusukan, eloklah dihentikan proses penyusuan.
Dapatkan nasihat pakar anda.
1. Aku maybe akan ‘lembab’ sikit bab membaca/meronda/melompat ke blog2 kawan-kawan semua
Sebab
A) aku busy (juga laa)
B) aku nak cuba elakkan gunakan sangat internet company ni(Almaklumlah ada org claim dia yang bayaq..aku tampo kang tersepai kot! cet!)
C) aku practise andai kata aku nanti kerja yang busy sampai tak dan nak ambik tau hal luar maka aku bleh kerja ngan aman damai.(aku serius nak kerja tu the really the KPI punya jenis so demi menjaga KPI aku ..aku kenalah belajar dari la ni..kat sini KPI aku takyah ambik kisah…bagus tera mana pun tak dak orang pandang..abaikan….)Demotivated sungguh kan…
D) hubbyku dah sediakan bagusnya punya internet kat rumah..walaupun bila aku guna sure aku ngamuk..sebab celcom BB lately sangat2 fork!Masa awal2 dulu berdesup desap lagi….La ni hushh…..Ikutkan hati nak je aku ketuk biar hancur!
2. serius aku tengah gila2 berangan nak jadi lawa/cantik/montok bagai..kahkahkahkah
Asyik dok pk lagu mana nak jadi cantik cun melecun (memang la aku lawa dah tapi aku gemuk…ada jerawat..kahkahkah)
Kalau gemuk tak de jerawat ok lagi tuh! Hahahaaaa
So..Macam entry sebelum ni..
Hubbyku wajibkan berjogging untuk aku dan dia…
Makan pun control juga…(tapi bila mai angin aku rajin memasak…pejam mata je laaa)
Kesannya tak derk lagi pun hahaaa
Makan tahun juga kot hahahaaaaaa
Jogging satu round tasik pun semput seh la nih..
Kalau 10 tahun lepas…ish 3-4 kali naik turun Bukit Larut tu macam tak de mende jerk…10 pusingan taman tasik taiping tu macam suka2 jerk! Itu dulu laaaaaaa…
So..la ni aku kena jadikan aku yang 10 kali pusing tasik Shah Alam pun tak de apa2..rilex dan macho lagi perkasa!
3. Aku kena belajar bawa kereta semula.
Aku kena lawan perasaan mata tak nampak aku nih…
Aku punya masalah la ni aku memang susah nak agak jarak….
Bahaya tu!
Apa-apa pun di mana ada kemahuan di situ ada jalan…
berhenti memberi alasan..
Anda pasti berjaya..Ya …aku pasti berjaya…
All the best…

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.