Salam
Saya tak pasti relevan atau tidak post ini.selalunya post begini saya lebih suka letakkan diblog ‘merapu meraban saya’
1. Bolehkah teruskan breastfeeding jika tiada peti ais di pejabat?
Jawapan:BOLEH
Penerangan:Kita memerah sus dari payudara, dan susu itu boleh disimpan di dalam ‘cooler bag’ yang diisi dengan ‘chiller’.Saya amalkan menggunakan cooler bag bagi menyimpan EBM di pejabat selama 2 tahun lebih.Apa yang saya guna:Cooler bag medela bersama ice brite dan techni ice.Saya letak 4-6 ketul techni ice.Dan selalunya ice brite kekal beku selaa lebih dari 12 jam.Banyakkan techni ice bagi memastikan brite ice tahan lama.Maklumat lanjut boleh hubungi saya.
2. Penggunaan pacifier.Perlukah?
Jawapan saya:TIDAK PERLU.Untuk apa?
Penerangan:
Saya memang anti puting tiruan, apatah lagi jika puting kosong!Ada yang kata anak hisap jari, jadi untuk mengelakkan anak hisap jari mereka gantikan dengan pacifier.Tahukah anda anak kita tu dari dalam perut lagi dah hisap jari??Dan lambat laun dia akan berhenti hisap jari juga.Anak saya dulu hisap jari..hisap penumbuk…malahan hisap ibu jari kaki juga!Tapi sekarang tak hisap apa-apa.Kecuali ‘nenen’Kita perlu bimbing mereka.Jika perlu lamakan sikit sesi direct feeding.Skin contact itu penting bagi mengakrabkan lagi ibu dan anak.
3. Berat badan anak tidak naik.Apa perlu dilakukan?
Jawapan: saya pun tidak tahu
Penerangan:
Dari pengalaman saya.
Anak saya memang big size.Lahir 4.41kg.
Ketika 44 hari beratnya sudah 6.2kg.
Kemudian naik hingga 7.2kg dan maintain selama 3-4 bulan pada takuk 7.2kg. Kemudia naik sekilo lagi ke 8.2kg dan kekal 8.2kg sampai 4-5 bulan.
Kemudian naik 9.2kg. Seterusnya 12kg.Kekal 12kg agak lama.Hingga naik 15kg,16kg dan sekarang kekal 15-16kg.(berbelit ayat)
Ketika usianya belum 1 tahun saya juga pernah risau kerana berat anak saya tidak menambah seperti mana tertulis dalam carta tapi paed kami tidak pernah beri komen negative kerana pada dia berat anak saya itu sudah cukup ideal.
Janji anak sihat, cergas etc.
Malah kalau tak sihat berat dia turun ..paed komen” OK sebab mana ada orang tak sihat berat meningkat…Jika ada ..itu perkara aneh“
Pandangan peribadi saya:J
ika berat anak tidak bertambah banyak kita tidak erlu risau selagi anak kita sihat dan cergas, membesar dengan baik.Dan jika kita berketurunan kecil/berbadan kecil maka mungkin anak kita mewarisinya.
Berbincanglah dengan pakar anda.

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
One Response
My sweetstory Journal » Blog Archive » wajarkah pacifier digunakan?
December 30th, 2009 at 8:48 am
1[...] sini http://yuitsumuni.com/2008/08/25/tanda-tanya/ Penggunaan pacifier.Perlukah? Jawapan saya:TIDAK PERLU.Untuk apa? Penerangan: Saya memang anti [...]
Comments RSS
TrackBack Identifier URI