Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

tag-ada 2

Dari Zety:

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. 
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

Sungguh kutak tahu bagaimanakah harusku mulakan..sungguh…

1. Saya memang garang, memang cepat sangat ‘berangin’

2. Tapi saya baik hati

3. saya baru tau saya buta IT

4. saya tak pandai menyanyi

5. saya boleh berlakon-tere ni!

6. Saya amat jujur dan setia kepada suami saya

7. saya sayang sangat anak saya yang montel itu-pagi tadi dia nangis waa waaa…. tak nak pergi school

8. Saya sangat peramah tapi tengok aura..kalau awal2 aura baik memang baik laaaa

9. saya tak suka orang menunjuk-nunjuk tapi tak de apa pun sebenarnyaaa

10. saya agak malu nak ngaku saya pernah belajar kat luar negara

11. saya suka melawan cakap orang yang saya rasa salah..tak da simpan-simpan punya…

12. saya ni banyak juga idea tapi memang kedekut nak bagi melainkan orang serius nak idea saya- annoying?

13. saya tak suka kalau orang tanya saya ‘apakah pekerjaan saya/pekerjaan kawan saya etc’ terutama kawan lama yang tetiba call dan tanya “eh hang tau dak si polan si polan tu pangkat apa erk”
Adakah harus kuambik tahu???

14. saya cintakan aktiviti lasak

15 sayakan kalau diberi peluang main hoki saya nak main lagi..any offer???

16.saya ni suka tonton drama..tak kisah la drama apa pun asalkan drama berkisarkan family dan ada iktibar.

Cukup ka cik Zety??

Maka dengan ini
Korang sila buat yaaaa

1. sitilina manja
2. anamiraa manis
3. nero yang comel
4. raihan
5. momidanial
6. farah/mama225 
7. rizza-kek tu makan ingat aku sama ya
8. marisa sakura
9.Capt
10.My Internal outlet
11. Erna

5 orang lagi……yang volunteer
kok semua cik zety dah ambik..mana larat den memikiornya….


Hutang tag cik mimielola

1. Do u think u are HOT?
YES. Call me perasan; I don’t care.

2. Upload a fav pic of you
Tunggu yaaaa..nanti-nanti

3. Why do u like this picture?
-sabaq naaaa

4. When was the last time u ate pizza?
selepas puasa kot?ke sebelum puasa??homemade tuh

5. The last song u listen too?
Errrr…kalau ‘twinkle2 little star by akif aci ka?

6. What are u doing right now besides this
Ohhh documentation for new project safety application..penat weh naik rabun ayam aku.

7. What name u prefer besides yours?
hah????tak faham soalan

8. people to tag

9. Who is no.1

10. No.3 is having relationship with?

11. Say something about no.5

12. How about no.4?

13. Who is no.2

saya mengambil keputusan tak mau tag orang aci tak??bleh la bleh laaaaa


Siapa lagi ada tag saya yang saya sudah lupa(atau buat-buat lupa) sila nyatakan…

bukit cahaya


Tadi siang kami pergi taman pertanian Malaysia

Akif bukan main lagi suka!
Kami pergi naik bus dalam taman tu dan hanya singgah ke 4 seasons house.
sekarang winter
Tapi kadar kesejukkannya adalah amat biasa…tak sesejuk winter
Akif rilex je berseluar pendek dan t-shirt……..

Malam tadi aku tidur pukul 5am sebab menjahit hahahahaaa….
tapi tudung kureng jadi la sooo kena re-do…hakhakhak..yg siap hanya lah 4 helai sarung kusyen …..huhuhu

Day 1 without PETI

Hari ini saya kerja

saya berada di pejabat sekarang ini
Anak dan suami saya ada di rumah.mungkin sedang bergembira di taman mainan(agaknya laaa)

Day 1 without PETI
Kami execute PETI-less lifesytle.
Malam tadi dia merengek-rengek nakkan ben-10, tidak dilayan
nakkan mickey juga tiada respon..
Dia on PETI tiada power…dia kaget
dia buntu…rosakkah?
dia on/off/on suis juga tiada power…Mmm..dia diam…Akukah yang rosakkannya?
dia termenung…
Ahhhh..abaikan peti ini biar aku teruskan dengan perkara lain….

Dia menarik kerusi meja studynya
dia heret ke bahagian rak buku
dia keluarkan buku-buku yang ada….
Dia bawa ke atas sofa..Dia selak satu-satu….ada macam-macam yang menarik….
Dia minta daddynya bacakan..dia ketawa terbahak-bahak…
Ahhhh bosan pula buku ini..dia ambil yang lain….

Ahhhhh….Dia mula gundah gulana….
Ohh baik kuguna buku-buku ini untuk kubina rumah….
dia susun buku-bukunya membentuk sebuah segiempat lantas dilengkapi bahagian atas..
“mommy tengok….ini rumah..”
Mommynya senyum 
“clever boy”
dia bangga…kembang kempis hidungnya menahan malu dipuji

“dadday buat apa tuuu?”
dia nampak daddynya sedang melakukan sesuatu di komputer
Ohhh upload gambar rupanya..
Ada gambar aku …Aku perlu segera….
Daddynya bukakan slide show semua gambarnya
dia ketawa terbahak-bahak melihat telatahnya dalam gambar!
Kagum dengan dirinya yang montel itu….

Ohh dahaga pula..
Dia mula menjenguk-jenguk mencari mommynya
mommynya sedang tekun membaca buku yang baru dibelinya….
Dia hampiri mommynya…
“mommy..nak hanen…”
“ok….gi kencing dulu nanti kita hanen then tidor..”

dia akur…..

“mommy dahh..”
selepas mommynya menyiapkan tempat peraduannya..mommynya mengangkatnya ke atas katil dan memberikan dia upah susu ibu!
Dia minum sambil menggoyang-goyangkan kakinya…..
Dia tertidur…..
Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.