Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

gilakah?

mereka yang menganugerahkan ‘award’ ini kepada saya adalah

maka dengan selambanya aku menyatakan blogs tersenarai di bawah antara yang gila juga

  1. mimielola
  2. Capt
  3. MIO
  4. momidanial(and Alia

KOmen saya

Gila….di manakah gilanya?

best gila?bosan gila..saya suka gila-gila.

memperkatakan tentang gila.pelbagai istilah positif dan negatif digunapakai dengan ‘gila’

biar ‘gila’ jangan GILA….

tiba-tiba saya gila menjahit.hasilnya 3 helai tudung(tunggu nak jahit tepi tudung) dan dari mesin jahit saya pindah ke laptop sebab GILA blogging!

sekian…dah nak subuh ka??

kita sering berbicara

Kita sering berbicara

tentang hati dan juga cinta

tanpa duka dan tanpa lara 

Hingga lupa apa tujunya

Kita sering leka dengan kemewahan

Kita sering alpa dalam nyata

Namun kita tak akan lupa…

Ada dia dan ada kita….

nota: sekadar suka-suka tiada makna tersirat…maupun tersurat…

aku senyum kausuka?

Aku senyum kausuka..Tiada kaitan dengan isi kandungan entry ini.

Saya agak tertarik dengan banyak komen yang diajukan kepada saya.

“mesti susah nanti nak cerai susu”

Mmm…

Maybe YA dan maybe TIDAK.

Adakah anda pernah susukan anak anda dengan susu ibu lebih dari 10 tahun??

Soalan yang kejam!Tapi itu soalan saya

Insya Allah saya akan buktikan ‘mudah’ menceraikan susu badan dari anak yang sudah berusia lebih dari 3 tahun.

Saya mendidik anak saya dengan 1001 penjelasan..Why u should do this and why u should not do this etc….

Dan saya sering memberitahu anak saya yang dia tidak akan menyusu susu ibu(hanen) selama-lamanya

Sampai satu level/ketika dia mesti berhenti hanen..

Dan jawapan dia 

“Acif tahu….”

Dan saya letakkan kepercayaan sepenuhnya kepadanya untuk membuat apa jua keputusan.

Adakah dia akan menyusu hingga berusia 10 tahun? Hanya dia tahu jawapannya.

Pilihan di tangannya selagi rezeki Allah kurniakan itu miliknya.

Persoalannya, kenapa ramai yang hendak saya ceraikan anak saya dari susu badan saya(ya badan saya)

Saya telah bertanyakan beberapa orang doktor(our paed, our GP, our ENT our GP…our GP ….my ESP doc) tiada seorang pun yang kata “anda perlu hentikan breastfeeding” yang mereka komen “wow!It’s good!..” “great job!” pendek kata semuanya positif!

Adakah dengan hisapan susu dari badan saya oleh anak saya akan menyusutkan kuantiti susu yang anak anda hisap dari badan anda?

Ada yang kata saya angkuh, takbur dan sebagainya.

Ohh noo nooo….

Saya menulis anda membaca..Anda tak faham silalah bertanya.

Ini pengalaman pertama saya menyusukan anak

dan saya juga tidak pernah tahu yang saya akan menyusukan anak saya hingga ke hari ini.

Saya juga tidak pernah mengganggu orang lain menyusukan anak mereka dengan susu apa sekali pun hatta susu getah…Ikut suka hati mereka..tetapi kalau yang susukan anak dengan susu getah…jomlah kita buat polis report. Namun kalau jual susu getah untuk beli susu…OK laaaaa….janji tak curi susu getah itu…Ehh melalut….

Ada yang berkata “anak pertama memang lah…gigih…”

Ada bezakah anak pertama dan anak ke-9?

Beza usia dan persekitaran mungkin…..Anak tetap dikasihi dan diharapkan menjadi yang terbaik..bukankah begitu????

Kesimpulannya: Apa jua komen orang tentang ‘kelewatan’ saya menceraikan susu anak adalah tidak akan dilayan, malahan jika anda menyebut hal itu saya akan ignore anda….tiada kepentingan….

p/s: sapa2 yang agak2 kurang arif guna B.pump avent ISIS dan rasa nak minta saya tolong tunjuk cara saya guna silalah hubungi saya…Kalau nak jumpa sila bawa pam anda bersama sebab saya tak ada pam…hehehehee

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.