saya menulis entry ini untuk membolehkan saya menjadi salah seorang peserta kontest

Breastfeeding Desire with MySuperKids & Chantek-Chantek

 

MSK-Chantek2

 

saya ingin memperkenalkan antara koleksi ‘nursing blaus’ saya

Sedikit ‘summary’ tentnag kisah penyusuan susu ibu..

gedebi dan saya

gedebi atau nama sebenanrnya akif hafiy dilahirkan pada 17 september 2005 di selangor medical center(KPJ SSH) jam 1150am melalui c-section dengan berat ’bersih’ 4.41kg.

Keesokan harinya dia mula disusukan dengan ‘magical liquid’ sehinggal ke hari ini.

Pelbagai dugaan menyusukan gedebi ini..

boleh diikuti dari blog ini dibawah katogeri ‘breastfeeding’ dan juga boleh melayari himpunan pengalaman menyusukan di sweetstory kami.

 

konsep pemilihan baju menyusukan oleh saya ialah..

‘tidak perlu menyelak’!

Berikut adalah antara pakaian yang saya miliki….

Photobucket

 Photobucket

baju ini dijahit oleh adik saya.

dua lapisan kain dihadapan seperti di dalam gambar. dibutangkan di tepi(bawah ketiak)

Baju ini merupakan baju menyusu saya yang pertama. Didesign oleh saya..hehehee

 

Photobucket

Ini adalah blaus yang saya ‘jadikan’ nursing blaus kerana..ia mempunyai butang dan tali dihadapan.jika memakai tudung boleh menutup anak dan ‘susunya’ dengan tudung dan hanya perlu longgarkan ikatan tali dan buka 1-2 butang sahaja.

 

Photobucket

Blaus ini juga dijahit oleh adik saya. mempunyai butang dibukaan menyusukan.hanya perlu menutup sedikit dengan tudung.selesa dipakai.

 

Photobucket

 Photobucket

ini adalah baju kurung kedah saya.
Juga dijahit oleh adik saya atas ‘arahan’ saya.
keistimewaan baju kedah ini adalah boleh dipakai dengan kain ataupun dengan seluar…mana-mana yang anda suka!

 

Photobucket

 Photobucket

 

Ini pula merupakan blaus yang mempunya dua lapisan.

Anda hanya perlu ‘memasukkan’ anak anda ke dalam lapisan pertama…dan anak anda akan selesa di sana kerana lapisan pertama adalah lapisan kain nipis.

Photobucket

Blaus ini merupakan blaus biasa yang mempunyai zip dibahagian tepi…memudahkan menyusukan anak..hanya perlu buka zip…tiada perlu menyelak! Dipadankan dengan tudung paras dada…Sudah memadai!

Photobucket

Saya suka ‘baju tidur’ ini

saya berpendapat ia amat sesuai untuk ibu menyusukan

 

Photobucket

kerana ia mempunyai tali untuk dilaraskan…apabila ingin menyusu laraskan tali anda akan mendapat bukaan bersesuaian..tidak perlu menyelak! Keistimewaan ketara baju ini ialah sesuai dipakai oleh ibu berbadan besar atau yang langsing..hanya perlu laraskan tali dibahu!

 

begitulah seadanya..pakaian yang saya gunakan ketika menyusukan anak saya.

Jika anda berminat bertanyakan perihal ‘design’ pakaian-pakaian ini sila berhubung dengan saya secara terus..

 

Namun hakikatnya….pakaian menyusukan bukanlah perkara wajib untuk berjaya menyusukan anak. Hanya sekadar mempermudahkan urusan kita.

Menyusukan anak memerlukan ‘semangat juang’ yang tinggi dan senantiasalah bermuhasabah dan istiqamah  serta wasatiah dalam melaksanakannya

Insya Allah..segala yang baik itu datang daripada ALLAH SWT….

sekian, undilah saya!

 MSK-Chantek2

 

 

 

 

Thank you!

Related Posts with Thumbnails