salam
nak share nota asas buat tudung DIY
saya mendapat nota ini daripada blog mektwain (Mek dah ‘kunci’ blog: 111126)
iaitu ‘pengasas’ tudung DIY pujaan saya
saya memang ikut nota dia ni dengan saya Gtalk tanya soalan2 yang ntah apa-apa saya….thanks mek kerana sudi layan
ok saya insert gambar dulu ya
silalah klik ‘View Full Album’ ya…(update 111126: sudah tak boleh view.maaf.inilah jadinya apabila guna ruang free)
Then printlah ya terutama yang saiz awning tu
sungguh ni apa yang saya buat….
hahahaaa
Ok tang body tudung
memang takleh nak copy yang di dalam gambar seperti mektwain lukis tu
so apa yang kita boleh buat?
Atas cadangan mektwain saya telah pergi ke gerai tudung dan membeli tudung ‘indon’ RM10/pc itu
sampai kat rumah
saya tetas tudung tu..daripada sehelai tudung menjadi sehelai kain tidak berjahit
Kemudian saya tekap di atas kertas minyak(ya kertas minyak tu la) buat pola.
(ehh sorry ..memula saya guna surat khabar ja..tapi surat khabar tebal nak cucuk peniti susah..so saya beli la kertas minyak hahaha..nampakkan ‘kebutaan’ ilmu jahitan saya)
ok itu untuk body tudung..ni bleh kata satu kewajipan la…kena ada pola…hahahaaaa
kalaulah anda ada tudung munawarrah ka ariani ka hajaba ka…sah2 la saya tidak benarkan anda buka/tetas jahitannnya…tapi anda boleh tekap ‘hidup2’ tudung itu…tinggakan basi 1.5cm untuk jahitan….
kain.
saya memang memula buat untuk percubaan beli kain jersey nagoya textile rm2/m tu ja….dah tengok ‘tahu’ potong ‘boleh’ jahit saya mulalah membeli kain jersey kat kamdar rm15.90/m
semeter kain cukup untuk body dan awning..tapi kalau nak buat awning fabric lain..silalah beli ya…selalu minima kain 0.5m boleh dijual(tapi selalu kat kedai mahal ja depa jual 0.5m..kalau takat kamdar..nagoya kekadang depa tak layan….try minta uncle2 yang mesra2 tu maybe dia kesian dia potongkan la…depend kepada budi bicara tukang potong ya..kalau nak 0.5m…kalau kamdar MV elakkan suruh mamat bangla/nepal potong…nanti dia jawap “0.5m CANNOT!”
ok
cara potong body
boleh lipat tiga segi kain ela yang dibeli
untuk jimat…kasi adjust ngam2 dengan pola body tadi..
letak peniti
then potong…
hahhaaaaaaaa
(memula aku rembat gunting opis ja…dah berjaya wat baru aku beli gunting…)
ok siap potong body..ketepikan(macam masak la plak)
next…
potong pola awning
untuk pola awning sila ikut saiz macam yang mektwain propose itu…panjang wajib sama..lebar kalau nak kecilkan besar kan silalah….
juga guna kertas minyak wat pola
then tekaplah atas mana-mana kain yang anda nak buat awning
ok
untuk kertas keras yang letak dlm awning
silalah ke kedai alatan menjahit
sila minta ‘kertas kolar bergam untuk baju melayu’ (mek..saya ikut sebiji macam mek taip kat gtalk..hehehe)
masa saya minta tu aunty kedai tu terus bagi kat saya semeter rm7.50….
potong kertas pola bergam ni sama saiz macam mektwain propose tu ya
then…apa seterusnya?
ok
ok
mari melekatkan kertas kolar bergam ke awning
buat macam mektwain lukis dalam gambar…
hehheheee
Ok kat sini kita dapat lihat perbezaan awning ‘mek’ ni ngan full awning tudung rm10 di pasaran
kalau tudung DIY ini…belah lekat gam akan ngadap ke rambut yang tiada gam hadap ke langit biru..
kalau yang di pasaran..yang ada gam mengadap langit biru…
ok jahit awning macam mektwain tunjuk tu ya…
next masa menyatukan awning dan body
belah body hamparkan yang right side…belah awning yang wrong side…so mulakan cantum dari tengah…penitikan dulu then jahit…jelujur ke terus ngan mesin ka apa ka..
kalau nak jahit tgn tanpa mesin sila guna jahitan kia…
mula menjahitpun silalah dari tengah ya(dah berpuluh tudungku senget baru kusedar kalau jahit dari tengah ke tepi kebarangkalian senget amat rendah hahaha)
dah jahit cantum…
bolehlah jahitkan yang lain2…nak jahit cantum bawah dagu dulu pun ok..nak jahit kemasan tepi dulu pun ok..ikut mana anda suka….dan mana anda selesa…
senang kan?
ehhh..faham ke cara saya cerita ni???
adakah cara-cara macam ni yang anda ingin kan??
ke step by step bergambar??hahahahaaa
untuk memudahkan placing the kertas keras on the awning saya sebagai seorang injiniya telah buat jig..iaitu mmenebuk lubang ala-ala loyang kat kertas manila bagi memudahkan kerja mengiron kertas bergam ke atas kain awning!
kalau anda dapati anda tak faham apa saya tulis silalah hubungi saya dengan kadar segera..hahahahaaa
sekian…salam penuh kemesraan daripada saya
89 Responses
CapT
May 6th, 2009 at 8:24 am
1keazaman dan ketabahan anda tiada tolok banding nya
kahkahkahkah
fid
May 6th, 2009 at 8:35 am
2CapT\apakah salah?ok kan cara aku jahit??kahkahakhakh
ipah
May 6th, 2009 at 9:43 am
3hehehe ampunkan aku, tuan punya blog…ampunkan aku tuan punya blog… gara2 x sabar punya pasal hahahahahahah…
MZ
May 18th, 2009 at 11:59 am
4salam,
Terimakasih diatas ilmu yg. saudari berikan.
Berkat tau berkongsi ilmu kebaikan ni
zetty marlina
December 22nd, 2009 at 2:38 pm
5salam,,,,,,,,,,,,,,Terimakasih diatas ilmu yg. ..di berikan
Fid
December 22nd, 2009 at 3:16 pm
6zetty marlina
sama-sama
maria
January 7th, 2010 at 1:41 pm
7tq atas ilmu yg dberi… sy mmg minat mnjahit..so i nk try r..
Fid
January 7th, 2010 at 3:04 pm
8maria
sama sama
lili
January 28th, 2010 at 4:37 pm
9terima kasih kongsi ilmu. Sy jahit tudung gak. Mula2 tu mmg senget je. Berbelas tudung gak di rosakkan bila nak capai yg fine quality nyerrr… anyway kena sabar sebenarnya.
lili
January 28th, 2010 at 4:45 pm
10Ni… nak share tips kalau nak jahit kemasan tepi tudung. Pd sapa2 yg xde machine double stich, boleh buat juga. Lipat tepi tudung dlm 1cm. Patternkan jahitan lurus yg kekanannya (mesin singer). Make sure tepi ‘thread footer’ tapaknya belah kanan betul2 kat tepi kain yg dah dilipat 1cm tadi. jahit perlahan dgn jarak jahitan ’3′ je. Jgn laju2 k nanti mesti senget. Jahitan tu nanti diatas jahitan tepi asal. Pastu kasi iron elok. Sure jadinya. Cubalah.
Fid
January 28th, 2010 at 11:36 pm
11lili
terima kasih atas tips jahitan tu….saya ni tak de basic pun main hentam saja
sandy
March 4th, 2010 at 5:28 pm
12Emm saya skang ni guna kertas surat khbar lagi. pola yg penting kertas apa2 je bole. hehe janji tudung tu siap.
Fid
March 4th, 2010 at 6:56 pm
13sandy
saya tak larat nak sambung paper sbb the star kecil hahaha
non
April 22nd, 2010 at 4:28 pm
14thanks 4 sharing…ha ha baru blk dr kamdar dan kedai alat jahitan..nk try jht tdg sendiri mcm awak juga saya beli kain murah dulu, semua brg dah ada tggl nk try ja tak sabar rasanya ni….jadik ke ? tungguuuu
Fid
April 22nd, 2010 at 10:49 pm
15non
sama sama
ima
May 20th, 2010 at 10:49 am
16a’km.memang seronok dapat buat tudung sendiri.sy pn br nak cuba.tp jarum sy x lut ngan kain lycra/jersey ni.ada ke ape2 cara untuk atasi masalh ni.msin jait sy jeis ribbon kayuh zmn dlu2 tu.
Fid
May 20th, 2010 at 1:04 pm
17ima
kena tukar jarum kot
ima
May 21st, 2010 at 8:35 am
18tukar jarum? ada nombr2 tertentu ke? biasa kite gune no brape tuk jait jersey/lycra ni…?sume mesin bleh masukke?
Fid
May 21st, 2010 at 12:09 pm
19ima
kena tengok juga jarum sesuai
saiz tak ingat rasa macam saiz 11
eh ke 14
ima
May 24th, 2010 at 10:11 pm
20emm…sy dah cuba yg no 11.sronok sngt walaupun herot pikuk… kene cuba dan cuba lg .tq very much fid,krana sudi ajar org yang br nk merangkak cm sy ni..bgus jgk ada blog cmni…thanks again.
Fid
May 25th, 2010 at 9:21 am
21ima
ama samalah kita yaaaaaa
ima
June 5th, 2010 at 11:35 am
22akm fid. sy da buat beberapa lai tudg..jhit pn makin ok.tp ada 1 prob lg.kertas pelekat yg biase beli 2 x brape bgus. nipis ngat jd lembik n mudh penyek.kt mane la bleh dpt kertas ngn kualiti bgus ye…
Fid
June 5th, 2010 at 11:37 am
23ima
kertas tu ada beberapa ketebalan…
ima tinggalkan mana?
selalunya memang ada bnyk pilihan..ambil yang keras sikit….
saya beli kat kedai peralatan jahitan seksyen 18 dan kat Nilai3…
ima
June 8th, 2010 at 9:25 am
24oo..ye ke. agaknya tempat yg slalu sy bli tu ada yg itu je kot.x tau kt mane leh dapt yg btul2 elok kt sini.tp x pe.. try cr lu.sy kt ipoh… sy ada try pkai span tp nmpak tebal la plak.span pn ada lain ketebalan gak ke?
Fid
June 8th, 2010 at 9:31 am
25ima
ya ada ketebalan juga untuk span…
juju
June 22nd, 2010 at 8:36 am
26time kasih atas info yg dikongsi bersama..saya dh cedok ilmu nih dr empunya blog utk try buat tudung sendiri..setakat nih dah 2 jenis tudung dh saya cube..Alhamdulillah…jadi la jugak rupa tudung tapi masalah saya sama dgn Fid kertas gam tu mcm nipis jek…mudah penyet jadinya awning tu…xperla nnti saya try carik yg tebal sikit n try lg sekali…tq
.-= juju´s last blog ..Clearance Stock!!! (jun 2010) =-.
Fid
June 22nd, 2010 at 3:01 pm
27juju
sama sama
ymf
July 22nd, 2010 at 3:58 pm
28tq for the info. punya bersemangat smpai dh p beli kain pun..
tp still confuse bab nak cantumkan awning ngan body tu..leh explain / tnjuk gmbar tak..? mintak mahap la yer..bab2 seni cmni mmg fail!! (^ _^)
Fid
July 22nd, 2010 at 4:43 pm
29masa nak cantum tu
mcm biasa
yg body tu right side…awning wrong side mengadap kita..mean right side awning bertemu right side body
susah nak faham je ayat saya ni
Hafizah Mohd Shah
July 28th, 2010 at 6:22 pm
30Salam….Fid, saya baru nak blaja jahit tudung, tp gambarajah 2 kecil sgt la & try print pun x bole…pls help
thanks.
Fid
July 28th, 2010 at 10:20 pm
31memang gambarnya kecil
hanya ambil ukuran pun jadi juga….
Hafizah Mohd Shah
July 29th, 2010 at 8:44 am
32Salam fid,
thanks 4 yr reply. Nak tanya lagi, klu guna mc singer lama yg bermotor bole x letak 2 jarum…@ada alat yg boleh letak 2 jarum utk jahit double tepi tudung coz klu jahit kelepet nampak tak pro…hehehe..
thanks.
Fid
July 29th, 2010 at 9:07 am
33Hafizah
tak ada rasanya kalau nak jarum dua kena beli yang type jarum dua
kalau yang biasa ni kena jahit dua kali la..hehehe
Hafizah Mohd Shah
July 29th, 2010 at 11:54 am
34ok la….menci la..malas nk jahit 2 x, tp tudung yg cantik sume jahitan 2 x….bye
Fid
July 29th, 2010 at 12:04 pm
35ok
Hafizah Mohd Shah
July 29th, 2010 at 1:13 pm
36kain jersey tu same ke ngan kain lycra…
Fid
July 29th, 2010 at 1:37 pm
37Hafizah
lain…kain lycra ke jersey ke mmg sesuai buat tudung
saya sekarang ni prefer lycra sebab cantik hehhee
Hafizah Mohd Shah
July 29th, 2010 at 5:35 pm
38Sorry la fid, asik tanye je…almaklumlah …
kain lycra ada 2 types korea n china kan?? betul ke yg korea better quality n agaknya dinagoya brape rm 1 m lycra korea tu….I ni duk jauh so kena la check price b4 pergi….bole bg info tak kt mane yg lbh murah…harap x menyusahkan u….lg 1 mane nak dpt lycra bercorak??
tq.
Fid
July 29th, 2010 at 5:40 pm
39tinggal kat mana ya?
kalau nagoya rasanya dalam rm15-24 kot semeter..
saya beli lycra kat Jakel….
depend pada jenisnya…ada dalam rm11-30+ semeter….
Hafizah Mohd Shah
July 29th, 2010 at 9:16 pm
40Saya tinggal kt. batu pahat…..jauh dr kl klu semata2 nk beli kain 2….
Hafizah Mohd Shah
July 30th, 2010 at 8:49 pm
41Salam Fid….nak tanya dlm gambar lakaran tudung yg 1st, apa perkataan tengah2 iaitu yg ada 3 arrow utk awning, sambung depan & belakang…lengkung sikit ke? x boleh baca coz tulisan kecil sgt..
kalau utk awning mcmana nak lengkungkan…
thanks…
Fid
July 31st, 2010 at 6:02 pm
42Hafizah
gambar tu download then buka dalam jpeg tu zoom or boleh print juga
jahitnya ikut saja curve awning
Hafizah Mohd Shah
July 31st, 2010 at 9:35 pm
43ok. thanks so much..
azu
August 17th, 2010 at 6:00 pm
44klu guna span wat awning tu kena gam gak ke?pakai gam ape
Fid
August 17th, 2010 at 10:47 pm
45azu
saya tak pernah guna span maka saya tak tahu
maaf ya
azu
September 1st, 2010 at 9:32 am
46ok2..mekacih..klu pakai kertas keras tu plak nk gam pakai gam ape?ckp ape kt kedai ek?
Fid
September 1st, 2010 at 1:41 pm
47azu
kertas tu mg ada gam siap siap
azu
September 3rd, 2010 at 11:06 am
48o yeke..ngeee dengkel nye pengetahuan saya
Fid
September 3rd, 2010 at 12:50 pm
49ya ada gam dah
Nah
October 1st, 2010 at 8:16 pm
50Assalamualaikum….
Saya mmg dah lama nak belajar buat tudung ni.pernah cuba buat sekali tp entah jd apa.bila jumpa blog ni mmg hapy la.tq ye kerana sudi berkongsi ilmu..
Fid
October 2nd, 2010 at 1:27 pm
51W’salam Nah
terima kasih semoga kita sama sama dapat manfaatnya ya
Lea
October 6th, 2010 at 7:18 am
52Assalamualaikum. Kenapa sy tak dapat buka view full album. anyway, thanks krn sudi kongsi cara buat tudung. adios
Fid
October 6th, 2010 at 10:36 pm
53Lea
mungkin ada masalah dengan album tu rasanya
ct
October 29th, 2010 at 1:26 pm
54salam.. semangat nak buat tudung sendiri memabara nih … tp nak tanyer ada tak sesapa tau kat maner kedai yg jual kain tuk buat tudung nih.. or alat2 xcessories tuk tudung ek?
Fid
October 31st, 2010 at 9:27 pm
55ct
kebanyakkan kedai kain mmg ada
liza
December 24th, 2010 at 8:05 am
56nak try buatlah,
rohaya
January 13th, 2011 at 7:30 am
57saya nak tanya, kertas kolar bergam utk baju melayu ada beberapa jenis ke? Macam mana kita nak pilih jenis nya sebab saya telah beli yang keras utk baju melayu tapi bila tudung yang dah siap di basuh, awning menjadi lembik…
Fid®
January 13th, 2011 at 10:35 am
58rohaya
pilih yang tebal sikit…ada satu jenis tapi lain ketebalannya..ken atry and error yg mana sesuai dengan kita
hani
February 13th, 2011 at 12:03 pm
59best giler bile bace step buat tudung ni..tak sabar rasanya nak gi cari kain..n buat sendiri…terima kasih kerana menurunkan ilmu…
Fid
February 14th, 2011 at 9:57 am
60hani
slamat mencuba yaaa
anis
February 21st, 2011 at 9:58 pm
61salam., kak fid.
saya confuse passal nak potong body tu.
kena lipat 3 segi dulu ke? xblh lipat 2 pastu gunting aje?
Fid
February 21st, 2011 at 10:17 pm
62mana mana pun ok
sufiajulia
March 21st, 2011 at 12:17 am
63Subhanallah, may Allah reward you, sebab tak lokek ilmu. Insyallah rezeki dimurahkan.Amin
Fid
March 22nd, 2011 at 9:20 am
64Amin ya rabbal a’lamin
linda
March 31st, 2011 at 5:18 pm
65Salam… 1stly, thanks la sbb ader wat notes kat cni.. cuma nak tau camne klo sy nk add blog mektwain yee? coz tu open for readers je lorr… huhu..
then, sy nak xleh nak click pic tu la… akak ader FB x? letak la pic tu dlm FB xpon email kat sy linda.zakaria@gmail.com… bukan apeee, nak la try blaja wat tudung sendirik.. boring la membeli jeee… wit pon dh abes…huhu…
(
hope akak leh tolong.. kerjasama daripada pihak TUAN amat sy hargai.. ehehehhe..
Fid
March 31st, 2011 at 10:54 pm
66nanti saya buat entry yg baru ya tunggu weekend
Jarina
April 18th, 2011 at 11:12 am
67Assalamualaikum, semoga Allah merahmati you kerana tidak kedekut ilmu. Saya tak pernah lagi menhjahit tudung, tapi berminat sesangat, bila jumpa blog you rasa macam nak melompat pula (Terlebih sangat ke ni). Saya musykil sikit bila nak jahit awning dia kan melengkung, tak ke nanti ada orang yang macam saya ni bila jahit awning, awning tu akan melengkung sabdu. Ishh, kalau saya tau you tinggal di mana, macam nak pergi rumah you je suruh tunjuk caranya, album di atas tu tak leh buka lor..terima kasih yea…
Fid
April 18th, 2011 at 11:26 am
68Jarina
album tu dah corrupted…akaun saya tempat simpan gambar tu dah tak wujud
uhukss…
jahit awning tu tak akan melengkung…kita kena samakan tepi awning dan body tudung nanti akan terbentuk cantiklah tudung tuh….
saya kat shah alam
Jarina
April 18th, 2011 at 12:54 pm
69dulu saya kerja di pejabat peguam di sek 3 shah alam, sekarang dah balik kampung di kulim, tanam jagung hehehe. K, tak pa, kalau awning yang penuh ala hajaba tu kita kena pakai kain keras yang sama yea, cuma potong ikut kesukaan kita, betuk ke..suspen juga nak buat tudung ni yea. You tak jual kit ke, kalau tak senang sikit kan..tiru sebijik2 jer
Fid
April 18th, 2011 at 12:57 pm
70ya
ikut suka kita hehhehe
saya tak jual apa2 pun hehehhehe
try dgn kain murah dulu la saya guna kain semeter 2-50 tu je pada awalnya
lela
July 29th, 2011 at 12:20 am
71Tq le bebanyak, saya mmg dah lama mencari dasar membuat tudung ni…mlm ni dapat, punya la saya happy, semuga Allah je yg membalas jasa awak, saya ni nk di kata kedekut pun boleh la sb tudung mcm ni kt kedai tu punya la mahal…puluhan ringit, saya mmg boleh menjahit dan ada gak ambil tempahan….so mulai skrg saya akan beli kain dan buat sendiri lah tudung2 tu, boleh sesuai ngn kain baju kita kn….terima kasih sekali lg…
Fid
July 29th, 2011 at 10:34 am
72sama sama
ika
August 3rd, 2011 at 12:39 pm
73kenapa xbleh bukak blog mektwain tu?
ika´s last [type] ..Tak Payah Lagi Beli Shushi kat kedai..(^_^)
Nadia @ ShahAlamCity
September 21st, 2011 at 10:45 pm
74info menarik…boleh cuba lepas ni =D
Nadia @ ShahAlamCity´s last [type] ..‘Shaolin Warrior Monk’ for Shah Alam battle
nafhatulshabudin
September 27th, 2011 at 12:00 am
75best5..napelah br jumpa…tapi alhamdulillah
asrarjannah
November 26th, 2011 at 9:58 am
76akak, saya tak dapat nak view album tu. camne nak add blog mektwain tu?
Fid
November 26th, 2011 at 10:46 am
77asrarjannah
mungkin beliau dah tak update kot.
zie
January 13th, 2012 at 9:52 pm
78salam fid.saya nak tanya semasa saya jahit utk tindih tudung antra ouning dan badan kenapa tak cantik gelembung.harap tlng bantu .
Fid
January 16th, 2012 at 11:56 am
79kena jahit pelahan2 sikit sambil tarik kain
rosma
February 14th, 2012 at 9:19 am
80TQ so much……..i love it….semoga ALLAH memberkati mu
rosma
February 14th, 2012 at 9:43 am
81Fid,nanti email kt saya leh x?xleh nk bka lh vdio tu…xcted sngt ni…plz…dh lama nk blajar buat tudung,mmng sblm ni pn ingt nk tetas je tudung tu tp sayang..bila baca blog Fid ni rasa brsemangat plak.skrang jgk nk tetas tudung ni nk tgok apa jd he..he..k jgn lupa email ye.rosma7051@gmail.com TQ
Fid
February 14th, 2012 at 9:47 am
82rosma
memang dah tak boleh buka sebab gambar tu dalam account lain…nnt saya try cari gambar asal
maaf ya
rosma
February 14th, 2012 at 9:45 pm
83K…TQ
zai
February 14th, 2012 at 10:39 pm
84sy pon tgh cari ni cara nk wat tudung tu..especially tudung scallop suka sgt.. boleh tak emel gak kat saya kalau ada nota, gambar atau cara2 nak buat…pleaseee…terima kasih ye…emel saya
hzaliha@yahoo.com
Fid
February 16th, 2012 at 1:30 pm
85cara paling senang kan…beli satu tudung yg murah2 then tekap….buka semua jahitan tekap2 then jahit hehhe
saya memula dulu beli tudung murah then buat gitu
kak Faridah
April 2nd, 2012 at 9:19 am
86Salam,
Dah cuba jahit 1 tudung. memang senang dan menjadi. Tapi masa menjahit ada juga kesilapan yg kena ditetas semula. Dugaan ..Tudung yang dibuat sendiri lebih kemas pada muka yg agak lebar. Kalau yg beli biasanya utk raut muka yg kecil. Bagi awning Kak faridah gunting kain lebih besar dari dasar awning. Lepas tekap kertas gam dgn iron, baru di lipat dan iron lagi. Kemudian gunting ikut dasar awning. Memang mudah berbanding dgn tekap kertas gam keatas kain yg bersaiz dasar awning sebab bila iron kain itu tak sama. tanda jahitan dah lari dari tempat sebenar. Harap faham…. Terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar.
ila
August 3rd, 2012 at 2:18 pm
87SALAM NAK TANYA SAPA PANDAI BUAT TUDUNG DENGAN AWNING YG KEMAS SEPERTI TUDUNG DEMUNIE..KEMAS AWNING NYA SAYA SUKA..SAPA PANDAI BUAT TUDUNG DGN CANTIK SILA SMS SAYA YE : 019-7748005
*SAYA NAK BAGI JOB KAT ANDA SELEPAS RAYA ATAU BULAN SATU TAHUN DEPAN..
*SAYA NAK BUAT TUDUNG LAYER 2 DAN 3 LAYER..
*ANDA BUAT DGN RELAX DIRUMAH ANDA SENDIRI & TIADA PAKSAAN MASA KENA SIAP DGN SEGERA..HABIS2 PUN SEBULAN GAK LA MASA AKAN DIBERI UNTUK SIAPKAN TUDUNG DLM JUMLAH 20PCS..LEPAS HABIS JE TUDUNG SAYA BAGI LAGI..
SAYA SELALU BACA TUDUNG DIY TAPI SAYA TAKTAHU SAPA YG BERMINAT DGN IKHLAS UNTUK MEMBUAT TUDUNG NI..
fid
August 3rd, 2012 at 4:10 pm
88ila
tudung DIY bagi saya Do-it-yourself..kalau nak cari yg tukang jahit tudung mungkin boleh hubungi mana2 tukang jahit….
sharmila samiehah bt razali
March 29th, 2013 at 1:30 pm
89bgi sy klau ada gmbq lgi mudh..klau cmni sy xbrapa fhm.
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.BERKAWAN DI TWITTER
POST TERKINI
KATEGORI
POST TERDAHULU
KOMEN TERKINI
TAG
LANGGAN
SAYA ADALAH….
SANA SINI YANG MERIAH
POST POPULAR
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © Yuitsumuni: The Only One ® • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes