amaran: entry banyak gambar!
salam
atas pemintaan ramai
eceh..macam fofular gaban la plak..ampesss..
baiklah saya ingin berkongsi sedikit ..lebih detail akan perihal
‘how to make tudung’
‘bagaimana nak menjahir tudung sendiri…
cara menjahit tudung DIY versi Fid!
terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada tok-tok guru saya iaitu mektwain dan raihan mak razanS
Ayat penyata wajib dibaca:
Saya tiada langsung basic jahitan…saya takat tau jahit jelujur(halus dan kasar), jahitan kia dan jahit silang pangkah(kadang jadi..kadang tak jadi)..saya ‘belajar’ semua ini dari pemerhatian kepada kerja mak saya….dan buku teks KH ketika sekolah dahulu. Saya baru sahaja reti guna mesin jahit tahun ini!ehhh akhir tahun lepas….pertengahan December 2008…
saya juga tidak tahu istilah-istilah dunia jahitan….kerana saya dahulu belajar sains tulen dan mengambil degree dalam bidang kejuruteraan elektrik komunikasi…Memang jahitan dan latar belakang pelajaran saya tersasar jauh beribu-ribu kilometer….
Mungkin menjahit ini warisan genetik??(kahkahkahkah)
OK…mari kita mulakan
bahan-bahan yang diperlukan:
1. kain jersey-untuk body tudung
bolehlah dibeli di Kamdar rm12.90/m
atau
nagoya textile rm16.90/m
atau di kedai-kedai kain yang lain…
saya setakat kamdar ngan nagoya ja saya pergi..tu ja bersesuaian dengan budget..
saya lebih suka jersey Kamdar
Jersey nagoya agak memeri lebih(ala-ala getah gitu!)
belilah semeter
2. kain untuk awning
boleh guna kain sama dengan body tudung atau kain jenis lain..ikut keselesaan masing-masing.
sekarang saya dah buat tudung body dan awning same fabrik…rasa lebih flexible….
3. kertas kolar bergam
untuk keraskan awning
pergi kedai barangan jahitan minta
‘kertas kolar bergam untuk baju melayu’
ketebalan silalah pilih mana anda suka….setakat ni saya beli yang rm7.50/m dan rm6.50/m
memula beli setengah meter saja..hahhaaaa
bahan-bahan sampingan
1. tudung contoh/ pola tudung
-bleh beli tudung-tudung dipsaran dan tekap..
kalau ada ariani ka..munawwarah ka..hajaba ka bleh juga tekap..lagi lawa kot!
2. pola awning dan kertas kolar bergam
sila ikut saiz by mektwain.
Potong body tudung
lipat kain jersey bentuk segi tiga
kemudian pinkan pola/template tudung anda
pola dalam gambar di atas adalah untuk jenis tudung singkat…(cilok desgn tudung kak yan beli!)
antara bentuk yang saya ada…
minta maaflah ya…pola buat ngan kertas surat khabar lama ja….dah tu berlipat-lipat hahahaaaaa
(saya juga ada template munaw…tapi tak dan nak ambil gambar…munaw punya besar sikit kalau dibandingkan dengan yang lain)
hanya ‘tuan’ dia ja reti guna!
potong body tudung
(kalau jenis tudung saiz kecil-apa nama saya tak tau 1m boleh dapat 2 helai..kalau saiz munawwarah dapat satu ja!)
seterusnya
potong kain awning
yang kiri tu adalah pola awning
yang kanan??itu jig kalau nak lekat awning kat kain awning
kretif tak saya??siap tebuk lubang tuh so that taklah senget benget!
Lipat dua kain awning
pinkan pola awning..potong
so akan dapat gini
seterusnya potonglah kertas kolar bergam
kemudian..lekatkan kat kain…guna iron (bleh guna jig yang tebuk tu..hahhaah)
kemudian jahit seperti berikut
bahagian ini akan jadi bahagian dalam yang menghadap ke rambut…bukan yang menghadap luar…boleh faham ke?
di sini disertakan nota daripada mektwain..sorry mek..saya cilok banyak!
Bolehlah print gambar ni…klik kat gambar..then time nak print set la bagi fix to paper ka apa ka…yang mana memudahkan anda…
selepas itu
bolehlah dicantumkan body dan awning
tandakan bahagian tengah awning dan bahagian tengah body
awning wrong side…body right side…
jahit dengan basi(jarak antara jahitan dan edge) 1.5cm
setelah body dan awning bercantum bolehlah jahit cantuman tengah body..untuk ini anda dikehendaki mencubanya di kepala anda sendiri
pastikan ngam dengan saiz anda..kemudian jahit….
Kemudian jahit keliling muka…dan jahitlah sekeliling body tudung(klim)
ATAUPUN..
kalau anda nak jahit tepi muka—> jahitan cantum tengah—>jahitan klim tepi pun OK…
pilihlah yang mana anda suka
demi memastikan tudung-awing tidak senget..mulakan jahitan kekal awning dari tengah…iaitu betul-betul tengah
jahit dari tengah ke tepi..
Insya Allah tak senget
(saya dah sengetkan 10-15 tudung baru terfikir akan jahit mula dari tengah etc…wahahahah)
senangkan menjahit tudung sendiri…
apa poandangan anda tentang ‘tutorial ringkas menjahit tudung’ini?
Bolehkah faham?
Jika tak faham silalah join gathering MSK..hahahaaaaa
di bawah ini saya tanya kain yang dibeli malam tadi…cuba teka apa akan terjadi dnegan kain-kain ini
p/s: untuk hasil tudung sila tengok entry ini
boleh juga rujuk entry ini-DIY
41 Responses
CT
May 18th, 2009 at 10:21 am
1menarik!!!!! i should try sama la mcm ni…tapi tangan ku ini agak keras bila tang nak guna mesin tuuuuu…huhu setakat jkahit jelujur tuu…masih boleh lagi..jahit mesin..tangan agak keras…cane nak overcome ek?
by the way…size tudung ni kite leh edit2? ye la..kut nak labuh yg kite nak..ke nak kecikkan sket ke…
Fid
May 18th, 2009 at 10:31 am
2CT
bleh ‘edit’
sesuka hati hahaaaa
tang bab guna mesin tu
dr pengalaman saya memang kena selalu guna…hahahaa
CT
May 18th, 2009 at 10:40 am
3ha itu la tu…dah la kat umah xdak mesin pun..:) kene balik kg la baru bley jahit guna mesin ni…tapi hati dah berkobar2 nak mencuba ni….:)
sya
June 19th, 2009 at 2:44 pm
4erm,tak sabar nk try..tp tkpandai guna mesin..huhu..anyway,thanx for the info..
kuja
November 20th, 2009 at 9:35 am
5thanks! semoga mendpt berkat dan rahmat berpanjangan dari Allah coz sudi kongsi ilmu w’pn xtau lg sy berjaya jahit sndri ke x. hehe… semoga berjaya! chaiyooo..
Fid
November 20th, 2009 at 10:05 am
6kuja
sama-sama
Insya Allah jadi!
zett
April 8th, 2010 at 2:35 pm
7salam,,,fit tau tak?
cara nak wat baju smoking?minat la ,,tp nak ikuti kelas belajar,,,
Fid
April 8th, 2010 at 7:07 pm
8zett
saya tak pandai wat smoking…baju pun belom reti hehehee
zett
April 9th, 2010 at 3:23 pm
9erm,,,fidd
tau tak mana nak beli mesin wat baju smoking tu?kot2 fidd ada kenalan yg leh tolong ker,,,please,,zett minat sgt la,,,tp tak thu cane,,
shakinab ab kadir
July 6th, 2010 at 6:10 pm
10Menarik juga tgk cara u buat tudung tu. Saya mesti cuba. Kalau kita jahit kain jersey tu guna jarum mesin jenis yang sama ke atau jarum khas untuk kain tu. Pengalaman saya jahit kain jersey mesti kain tu jadi mengembang. Boleh bantu……
Fid
July 6th, 2010 at 11:15 pm
11shakinah ab kadir
kena ikut apa instruction book mesin jahit tu reccomend
zaryn nordin
July 9th, 2010 at 1:12 pm
12salam fid..saya interested jgk nk jhit tudung sendiri ni..saya nk tnya sketla..mayb sound quite silly hehe..nk jhit tudung ni kena guna msin khas or msin jahit biasa pn blh?
Fid
July 9th, 2010 at 1:28 pm
13guna mesin biasa saja pun
saya guna yg biasa
malahan jahit tgn pun bley hehehe
IKA
July 10th, 2010 at 12:17 am
14salam kak..THANK YOU SO MUCH for sharing this…
lepas ni boleh buat sendiri..jimaaat…
nowadays orang jual tudung mahal betul..
geraaamm saya..
lepas ni dah boleh buat sendiri…
YEAY!
thanx kak…love you!
zaryn nordin
July 10th, 2010 at 7:47 pm
15salam fid,tq 4 d info..lg 1 saya nk tnya, awning tu guna 2 lapis kertas kolar ke?tgk kat pic yg mektwain tunjuk tu mcm guna 2 lapis kan?tapi tudung sedia ada yang saya berjaya tetas(hehe) cuma guna 1 lapis kertas kolar je..camne fid?
zaryn nordin
July 10th, 2010 at 8:09 pm
16oh lg 1 lupa nk tnya td..kertas kolar tu mmg kn jahit ke?klu x jahit blh x?sbb kertas tu dah ada gam..ada possibility kertas tu x melekat kedi kemudian hari?
Fid
July 10th, 2010 at 8:25 pm
17selapis saja dan mmg kena jahit kalau tsk jahit takut cepat cabut…
Fid
July 10th, 2010 at 8:26 pm
18IKA
sama sama
Morni Haji Mohammad
July 23rd, 2010 at 11:05 am
19smkm kak….. thank you for sharing camne nak buat tudung sendiri…. kalau nak beli kain jersey untuk satu tudung tu nak beli berapa meter kainnya? dan di samping itu kta sendiri boleh menjahit tudung sendiri dengan padanan kolor yang matching dengan pakaian kta … anyway thank you so much
Fid
July 23rd, 2010 at 11:09 am
20kalau tudung labuh standard akan guan 0.8m kain…tapi mana ada org nak jual 0.8m kepada kita maka belilah 1.5m..adjust2 dapat 2 helai tudung
hehhehe
kalau tudung singkat 1m dapat 2 tudung..
halimatun
November 29th, 2010 at 9:57 pm
21tutorial yang sangat menarik..excited nak belajar buat tudung sendiri.tq kepada tuan punya blog yg bg tutorial ni yer..
halimatun´s last [type] ..perkongsian ilmu
Fid
November 30th, 2010 at 5:23 pm
22halimatun
terima kasih
Farah Bahrow
January 19th, 2011 at 6:59 pm
23Salam,cayalah sis! sgt mudah difahami. Tq so much ssb sudi berkongsi..klu untuk kain lain pun bleh guna pola yang same ye? contohnye chiffon?
Fid
January 19th, 2011 at 8:38 pm
24ya boleh guna pola yg sama juga
nurul
February 12th, 2011 at 9:35 am
25nak beli tudung utk tunang..mak aai..mahal sampai RM200++, bila fikir2, kalu la pandai menjahit tudung sendiri.. tu yang pagi ni tetiba je nak cari kat google, kot2 ada la yang ada tutorial buat tudung, rasa berminat nak belajar..tp kat umah xder mesin jahit pula.. boleh ke jahit tangan?
Fid
February 14th, 2011 at 9:54 am
26nurul
selamat menjahit ya
siti82
March 31st, 2011 at 4:58 pm
27tq utk info tu..x sabar2 nk buat ni..
Fid
March 31st, 2011 at 10:54 pm
28sama sama
umie
April 15th, 2011 at 5:46 pm
29dah byk kali search pasal buat tudung ni..ni baru jumpa..thanks sb kongsi ilmu wat tudung ni yer kak…nanti kalu umie nak try jahit umie datang sini jenguk lagi k..
umie´s last [type] ..Suka tengok permadangan dari dalam belon
Fid
April 18th, 2011 at 11:32 am
30umie
sama sama
shamaiza
October 28th, 2011 at 4:18 pm
31terima kasih krn kongsi ilmu ini….tak ramai buat mcm ni..apa pun semoga dimurahkan rezeki….gud luck.
Fid
November 1st, 2011 at 11:36 am
32sama sama shamaiza
jamilah
November 29th, 2011 at 11:44 am
33salam, ada bukak kelas ker….berminat nak belajar
Linda
December 14th, 2011 at 8:03 am
34Salam.. Sekain kain jersey. Kain apa lagi yg sesuai d buat tudung. T. Kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Ia bnyk membantu saya. Nk beli tudung, bukan main mahalnyer.
Fid
December 14th, 2011 at 9:41 am
35Linda
jersey. lycra, cotton T-shirt.. dan mcm2 lagi..saya selalu tgk je kat kedai2 tudung kain apa mereka guna hehehe
orchid
January 29th, 2012 at 7:14 pm
36cam ne lak nak tmbah awning kat tudul bawal?
Fid
January 29th, 2012 at 11:38 pm
37sambungkan saja
lin
April 23rd, 2012 at 8:41 pm
38Sayang takde gambar cantumkan bhg kepala dgn body. Part tu yg fail sebenarnya. Huhuhu
Wan Salmah
October 6th, 2012 at 9:22 pm
39salam,
terima kasih atas tutorial…halalkan ilmu ni ya.. moga puan dilimpahi rahmat Allah selalu..
Vivian Chung vui Wei
June 16th, 2013 at 4:07 pm
40As Salam. Lama tak visit ur site. Nie visit kot2 u Ada buat tudung ala prof muhaya or yang berdagu. Khabor la skit. Thank you.
Fid
June 19th, 2013 at 9:54 am
41Vivian..
lamanya tak muncul..sibuk yaa…masih di pahang?
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.BERKAWAN DI TWITTER
POST TERKINI
KATEGORI
POST TERDAHULU
KOMEN TERKINI
TAG
LANGGAN
SAYA ADALAH….
SANA SINI YANG MERIAH
POST POPULAR
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © Yuitsumuni: The Only One ® • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes