polar beg

ukuran yang tertera adalah untuk saiz sederhana…anda boleh adjust sizenya ikut anda suka

apa yang anda perlu ada?

kain untuk beg luar

kain untuk lining dalam

tali beg- guna lkain sama macam untuk body bag luar

kain untuk jahit zip/magic tape

potong body bag…

iaitu A.

2 keping guna kain yang cantik

2 keping untuk kain lining dalam

potong tali beg..

potong kain untuk C…

ok

cara menjahit tali beg…

jahit tali bag dengan mencantumkan bahagian hujung..

kain asal saiz 56X11 akan jadi 56X5.5..jahit dengan basi 0.5cm-1cm..

then terbalikkan dan iron bagi leper…ala-ala macam tali beg le jadinya


jahit tepi  beg

jahit body beg luar…jahit bahagian a, b dan c

kemudian jahit ‘tapak’ beg

jahit tapak

kemudian jahit bahagian dalam beg(lining dalam) dengan meninggalkan lebih kurang 10cm bahagian tidak dijahit

jahit tali beg dengan mencantumkannya dengan body bag bahagian luar.

jarak dalam 7-9cm dari tepi..

untuk bahagian yang hendak dijadikan ‘bukaan beg berzip

jahit kelim keliling kain.

mencantumkan body bag…lining dalam dan bukaan beg

masukkan body beg luar ke dalam lining beg…kain untuk bukaan berzip di letakkan antara dua kepingan body dan lining ini

keadaan susunan

right side lining bertemu right side body beg…

kalau kita tgk dari atas…body beg akan dalam keadaan wrong side

(wah belit2 ayat..biasa le ayat oerang tak reti menjahit…)

jahit cantum keliling…kira macam bulatan le jugakan..sebab kita cantum kat bahagian ‘mulut’ beg…

lepas tu…dah siap jahit….terbalikkan…. dengan cara..tarik body beg melalui ‘bahagian tak berjahit’ lining dalam yang kita tinggalkan tadi….

jahit bahagian lining yg tidak berjahit itu…

masukkan lining ke dalam body beg luar…taraa..jadilah beg anda..

opss…sila jahit zip kat ‘bukaan’ beg itu….

ini kira basic la…

then kalau kita nak buat beg fesyen2 pun bleh

potonglah ke shape yang anda nak maka cantum …cantumkan lah….

p/s: rasanya apa yang saya tulis ni susah untuk difahami sebab saya tak reti ‘bahasa jahitan’

maka kalau tidak faham silalah tinggalkan komen….

PIC_0001

beg yang BERJAYA dijahit malam tadi..lebihan kain yang beg terdahulu…huhuhuhu

Related Posts with Thumbnails