saya telah berkunjung ke IKWAS untuk menghadiri PAC…’penilaian’ itulah perkataannya.

PTD = pegawai Tadbir dann diplomatik..ia tidak bermakna akan menjadi diplomat semata tetapi PTD ada 8 bidangnya…udah tidak kuingat huhuhuhahaha…


marilah saya kongsikan apakah yang telah saya lalui seharian  di IKWAS Kluang itu

jam 8am bermulanya sesi pendaftaran

para peserta diberi ‘nombor badan’

penyerahan ‘borang profile 1′ di kaunter urusetia..ambik nombor badan….masuk dalam dewan duduk mengikut turutan nombor badan, kemudian timbang berat serahan borang profile 1…ke kaunter SPA..serahan salinan ‘ scroll dan transkrip’…diakhiri dengan mengambil gambar bersama nombor badan..end…

acara taklimat bermula jam 30am hingga 10.30am…

apa isi taklimat…penerangan tentang activiti dan penjelasan tentang PTD…..tentang gred PTD….hala tuju PTD…dari gred M41 ke JUSA..what’s JUSA???Jawatan Utama Sektor Awam!..Now I know!

OK…menjadi PTD atau tidak adalah pilihan individu…Kontrak 2 + 1 year…kena duduk DPA…diploma Perkhidmatan awam(??)..9 bulan- 12 bulan..(ohh ohhh)

setelah tamat taklimat…acara minum pagi..dihidangkan mi goreng..buah betik & tembikai bersama air teh.

selepas itu acara bergegas ke lokasi aktiviti 1…discussion in English…”Foreign Maid Necessity’

wahahahaaa…topik dihujung lidah bagi saya…..tapi hak aku sengeh sampai ke telinga….idaklah buruk benau Bi aku ya?aku dengar almost english hancus juga macam aku but confident tuh..aku pun confident juga…Aku siap leh cakap, menyampuk bagai tanpa henti..Oh My!!!

berikutnya setelah 45 minit sesi tamat maka bergegas pula ke lokasi perbahasan bahasa melayu….

tajuk diberi ‘sistem pendidikan malaysia menyekat perkembangan potensi pelajar’

ohh saya menjadi pembangkang…believe it or not….saya sebenarnya lebih cenderung ke arah nak jadi pencadang tetapi….tak pa la pembangkang pun saya twist sikit ja…hakhakhak…kena la aku sokong sitem pendidikan kita maka aku pun pot pet pot pet riuh rendah huhuhu hahahaha…entah2 over acting….tak jamin!!!

1 jam berlalu…..tamat…acara makan tengah hari…tukar pakaian..solat….dan 2-3pm ujian sahsiah&minat…1 jam…200 soalan sahsiah…215 soalan minat(kalau tak salah 215 ke lebih??)buat la yang mana dan…

berikutnya setelah tamat ujian sahsiah&minat…acara huhuhuhahah…ujian staminalah kot

bermula dengan ‘game’ ..’bagaimana nak alih botol bahan bertoksik dari area A to area B tanpa sentuh botol’

tamat tu acara…mari mencipta tarian berdasarkan muzik yang dimainkan…3 muzik 3 tarian…hahahahhaaaa

seterusnya….’lompat pukul lalat’, ‘star jump’, ‘tekan tubi’ dan lari beberapa puluh meter(kot)…maka tamatlah sudah…jam 430pm gitu…..

berkumpul..serahan balik ‘nombor badan tag’…ucapan penutup…minum-minum…tamat….

saya sekarang dalam condition..penat….

saya ala2 pasrah gitu kalau saya layak jadi PTD saya terima jika tidak saya cari la kerja lain..hahahhahahaaa

But saya yakin saya ni bleh serve baik punya untuk nation sebab saya GENIUS hahahahhaa..abaikan abaikan

Daripada seharian di IKWAS apa yang saya dapat adalah…

PTD adalah satu jawatan yang menarik…..dan……saya diberitahu selalunya module untuk tahun tahun adalah berubah sikit-sikit….

Cumanya kan….sementara nak jadi PTD terlantik..wahahaha…bukan main berliku lagi jalan……

apa-apa pun good luck kepada semua yang bakal jadi PTD….

PAC pada saya tidaklah ‘seburuk’ yang digambarkan…..

Dan juga…jawatan PTD juga tidaklah ‘seego’ yang diwar-warkan…

saya siap tanya panel “kenapa ada orang benci PTD”

hambik…jawapannya…’semua tu sikap individu..PTD tak pernah diajar jadi ego…berlagak mahupun menyombong!’

saya tak ingat kat mana  ada komen kata PTD ‘diajar jadi sombong’

Salah sama sekali!!!!itu individu yang pilih….

kesian PTD..imej tercalar..tak baik ooooo..

ok…

tambahan…saya agak tak larat lepas acara padang tadi..rupanya walaupun dah hampir 4 tahun ‘potong perut’ tekan tubi masih a BIG NO untuk saya..bleh buat 5 kali ja lepas tu rasa macam jahitan tangkup perut mau lucut…aci????


seruan…..moh le pakat2 challenge untuk jadi PTD! hahahahhaaa

p/s: ropanya exam hari tu 50k plus calon..yang dipanggil ke PAC 3092(kalau tidak salah) maknanya aku daripada 3092/50000

KNV….takjub aku!


Related Posts with Thumbnails