pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
walaupun jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan
buah cempedak di luar pagar
ambik galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
2 pantun ini merupakan antara pantun terawal saya pernah dengar ketika saya kanak-kanak dahulu….
pantun pucuk pauh itu…
‘pucuk pauh delima batu
anak sembilang di apak tangan
walaupun jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan
ketika pertama kali emak saya mengajar akan pantun ini saya bertanya
1. pucuk pauh tu macam mana?
2. anak sembilang tu apa?
3. kenapa jauh beribu batu????
4. kenapa tak boleh hilang di hati??
5. siapa yang kata macam ni?
6. kenapa batu?
7. kira dengan batu?
8. batu apa?batu jalan?batu sungai??
dan macam2 lagi
saya rasa mak saya tak jawap pun
tapi kesimpulan saya buat masa tu
“ohh patutlah orang buat jalan letak batu…nak kira berapa jauh!”
kahkahkahkahkahkah
ketika itu usia saya 3 tahun!
buah cempedak di luar pagar
ambik galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
pantun buah cempedak juga dihujani beribu2 soalan juga
kenapa cempedak kat luar pagar?dalam tak de?bukan ke orang tanam dalam pagar?
kenapa baru belajar?
Kenapa nak buat salah???
ya saya tanya dan argue banyak dengan 2 pantun ini…
saya rasa mak saya tak jawap semua pun…
cuma yang saya tau…
kalau pantun buah cempedak ni saya memang ‘marah’ sebab ‘cempedak kat luar pagar’
tok saya kata kita takleh ambik buah kat luar pagar rumah sebab itu orang lain punya!hahaa
that was me..when I was 3….
Saya dididk agar tidak mengambil harta orang tanpa izin..walaupun buah durian jiran jatuh atas pelantar rumah saya! kami akan bawa buah tu pi bagi kat tuan tanah….
dan selalunya depa ambik..kahkahkahkahkahkah….
Tapi kalau orang mai bagi buah durian kami yang luruh ke tanah orang mak, ayah dan tok saya akan sedekah kat orang tu….
buah rambai tanah sebelah berjuntai2 ke tanah kami(tanah tok wan saya la)
tapi kami tak pernah petik…..
setelah berpuluh tahun tiba2 jabatan tanah/jabatan ukur mai ukur tanah….pokok rambai tu adalah dalam tanah tok wan kami..tapi kami tetap tak ambik buah tu sebab orang tanah sebelah mengaku tu pokok dia….hahahhaaa
ayah saya kalau dia tanam jagung dia tak jual..dia bagi kat semua orang free…
tapi kalau orang lain depa mai jual kat kami….huhuhuhu
tok saya tanam pokok selom banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
kadang2 orang meiaga selom mai ambik berguni2 dia bayar rm2 ja…tok saya bagi ja kat adik saya yang ketika itu 3 tahun suruh beli ais krim…hahaha
apa yang nak saya ceritakan?
entah la teringat ja kisah lama…
p/s; pantang larang tok saya
wanita dalam haid takleh panjat pokok kang buah-buah yang jadi next season akan jadi buruk/berulat/tak berkualiti
kebetulan kot:memang pun..
tapi yang sebenarnya:kalau period pakai pad..dok kangkang2 panjat pokok kang terbocor ke terjatuh pad /kain kalu..apa jadi???
apa-apa pun tok saya kata budak pompuan ‘keqhabat’ pokok tak manis tapi saya keqhabat jugak!
*keqhabat = panjat
tapi masa zaman saya dok keqhabat tu saya belom akil baligh lagi!
2 Responses
Intan
July 10th, 2009 at 3:33 pm
1aku ingat keqhabat tu… kerabat… hahhahaa
Fid
July 11th, 2009 at 1:45 pm
2sama la juga maknanya tu
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Contest
My breastfeeding & Parenting Tips
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.Recent Posts
Categories
Archives
Recent Comments
Top commentators
Thank You!Tag
SEARCH@yuitsumuni
Follow
I Am….
Here and there
Spam Blocked