saya memerhati dari jauh akan kerenah anak saya bermain dengan block-block mainannya…

dia membina..castle…rumah..pistol..senapang..bus..lorry…kereta dan macam-macam lagi

abang…when i was young I gila-gila teringin nak main mende block-block ni!tapi mana la mampu….

abang psyukur Alghaun….

baby mainnnnnnn…

bertuah anak saya….Alhamdulillah…

saya masih ingat lagi ketika saya masih belom akil baligh..saya banyak bermain dengan alam…..

tempurung tempurung kelapa…..banyak boleh buat…boleh main ‘kasut tempurung’

boleh buat kuali/pinggan/cawan..untuk main pondok-pondok

boleh kikis-kikis buat kraftangan……

kalau malam tujuh likur..kami bakar tempurung menggantikan pelita..

how??

tempurung ditebuk tengah…dan disusun di sebatang kayu yang ditegakkan..normally tinggi ‘pelita tempurung’ dalam 1-1.5meter…

kalau bakar pukul 730pm(lepas maghrib on the way nak ke masjid untuk terawih) sampai sahur tahan ..cerah kawasan rumah……

tapi sejak sakit ayah saya kritikal tiada lagi ‘pelita tempurung’

tempurung juga menjadi bahan bakar untuk saya gunakan di dalam seterika arang..nak beli arang mahal..maka tempurung is the best alternatif…..

bara bakaran tempurung tahan lebih lama berbanding kayu getah…..(btw..arang tu hasil dari kayu bakau ya)

mengenang akan kisah seterika arang cukup meruntun hatiku hahahhahahaha

adakah anda pernah melihatnya???

tempurung tempurung…menggaris kenangan lampau…titik tolak sebuah permulaan satu perjuangan….

tempurung-tempurung……melakar kenangan menggamit rindu…

tempurung- tempurung dalam kisah hidupku akan tetap kekal berkurung selagi ada tempurung kepala..ohh apakah???

Related Posts with Thumbnails