sejak daripada usia kecil lagi..4-5 tahun lagi saya merupakan penggemar asam dan segala yang masam

saya boleh makan jeruk kelubi macam makan nasi..saya boleh makan limau kasturi macam orang makan limau bali!

sedapnya asam…..

dan saya adalah ‘pencuri’ asam jawa mak saya..pantang nampak …WAJIB saya habiskan…tak sakit perut pula tu

kahkah

orang kata ..kalau makan asam otak lembab..saya ok ja kahkahkah

ketika di Seratas sekolahku yang tercinta

kat pondok tetamu ada 3-4 batang pokok asam jawa

buahnya pun melebat cumaaaaaaaaaaa….tinggi la pokoknya

ohh tak ada halangan saya boleh memanjatnya…kalau monyet bukit larut tengok tobat tak akan jejak masuk dah kawasan seratas…Segan dia!! kahkahkahkah

dengan penuh gumbira saya akan panjat pokok asam….kalau kawan saya Aspa nampak(on the way balik dari surau lepas asar) sahih dia akan pi memujuk saya membalingkan dia setangkai dua asam jawa segar

saya akan kata..”apa nih..lelaki tapi suruh pompuan panjat pokok”

entah mamat Aspa ni ingat ke lagi ke idak akan kisah Cik Fid panjat pokok asam jawa ni

kalau ketua pelajar aka kekasih hitam manis saya lalu saya akan dok diam-diam atas pokok….tapi dia nampak juga cuma demi menjaga statusnya dia selalu buat-buat tak nampak..apa kelas ketua pelajar ada awek yang kuat ragas pokok…

saya rasa saya ni diambang PMS laa..sebab saya kecur liur kalau terbayang asam..dan saya rasa nak ke dapur mengambil asam jawa…sedapnya asam jawa!!

saya tanya cikgu biologi saya iaitu Puan Norasmah yang comel…

“cikgu saya suka makan asam…boleh ka makan asam??tak jadi bodohkah saya??”

cikgu saya jawap

“kalau kita makan asam segar Insya Allah tak de masalah..yang asam boi asam merah tu ada pengawet itu yang tak elok…”

“cikgu…asam jawa kat surau tu???”

“bolehhhhh”

see…asam jawa bleh laaaaaa

Related Posts with Thumbnails