My son is a picky eater…

dia selalunya akan menilik sera meniliti apa jua makanan yang dihidangkan buatnya…

Dia tidak akan makan makanan yang tidak menepati citarasanya…

antara cara-cara menangani ‘picky eater kid’ cara saya

Pada pandangan saya, kanak-kanak yang ‘picky eater ‘ ini amat bijak..(ya laa anak mak ..mak kata la dia bijak)..mengapa??

kerana dia bukan setakat menilik..meneliti malah mengkaji asal usul makanan tersebut…hahahahaha

anak saya tidak mahu makan seafood…prawn, crab and squid or cutterfish…

maka dia amat mengenali akan sifat-sifat makanan ini..

Ya saya memang tidak beri dia makan seafood ketika dia bayi kerana dia adalah bayi yang banyak alahan..hehehehhe

ketika saya sedang menyiang ketam dia berkata”mommy crab tak bleh makan…crab tu ‘kawan’ baby”

saya sengeh sahaja

ketika saya menyiang udang..dia berkata

“mommy…kenapa ‘cabut’ kepala prawn..mati la prawn..mommy nih!”

saya sengeh juga

ketika saya menyiang sotong..dia berkata

“mommy…kenapa potong squid…sakit la dia…kalau nak makan sangat squid tu..makan besar-besar telan jangan potong-potong”

saya sengeh juga

dia amat yakin yang dia tidak pernah jamah makan laut itu……

dia tidak tahu bahawasanya…

‘sup kentang’ yang dia pernah makan adalah sup isi ketam yang telah dihancurkan.

ya Ana yang bijak memerlukan mommy yang bijak…

saya telah merebus ketam tersebut dan mengambil air rebusan ..serta mengopek keluar isi ketam dan diblend halus…dicampur di dalam air rebusan lantas ditanak di atas api…dengan mengkaburi matanya dengan kiub-kiub kentang yang dipotong dadu..dia makan dengan penuh selera….

saya juga telah mencincang halus isi udang dan dicampurkan ke dalam nasi goreng buatnya…

saya juga telah memotong sotong seakan-akan bentuk penne dan dimasak bersama penne lantas menjamunya…..

Mudah saja menangani picky eater ini(anak saya)

carrot dia tak suka..saya kata carrot kalau dah masak dah bukan carrot dah,..dah jadi vitamin dan zat..dia makan..

sayur hijau..

dia taknak..saya kata sayur ni kalau makan dengan nasi orang dah tak panggil sayur..orang panggil ‘makanan berkhasiat’

begitulah kaedahnya saya ‘mempermainkan’ kanak-kanak bijak…

mengapa dia jadi picky eater?

mungkin dia pernah termakan makanan tersebut dan rasanya tidak sedap..mungkin la kan..

maka kita sebagai ibu wajiblah berfikiran kreatif dalam menangani anak-anak yang sah-sah sangat kreatif dan bijaksana ini..

Marilah kita sama-sama membentuk generasi yang berkualiti dan membawa manfaat kepada agama….

arakian..itulah seadanya perkongsian daripada saya pada hari ini…

Related Posts with Thumbnails