berat mata memandang berat lagi bahu memikul

bukan setakat sekilo dua..entah bertan-tan

kalau musim nak raya ni la ‘golongan memerlukan’ diketengahkan

kalau tidak??jangan harap

pengimbas kembali kisah pada zaman kanak-kanakku

hidup penuh kesusahan..tapi Alhamdulillah kami bukan ditahap tak ada makanan..

ya seperti pernah kukatakan MISKIN..cukup tetapi tiada yang lebih…ngam ngam..kalau orang makan nasi dengan ikan siakap masak sweetsour kami makan gulai termenung…still makan cuma tidaklah mewah…

Beras Alhamdulillah ada..ada orang KAMPUNG bagi zakat beras..setiap kali musim menuai..cukuplah bekalan beras setahun..kadang-kadang ada lebih ..jual bolehlah beli baka lembu 1-2 ekor….

ayahku sakit..kalau sihat  menorehlah dia..kalau tidak sihat?di rumah atau di hospital berbulan-bulanlah dia……

hanya emak aku yang menoreh……kalau  musim hujan memang peritlah…korek wang simpananlah kalau musim kemarau pun perit juga getah susu tak banyak…

rumah kami hanya sekadar asas….

dapur gas pun beli setelah mak kerja kilang..emak kerja kilang setelah aku masuk asrama..tak tahulah kenapa..oh sebab getah ditebang tanam semula

nak kata tak berusaha mengubah nasib..aku tengok emak aku kerja pagi petang siang malam tapi macam tu juga kami…tiada barakah kah??atau itu sebenarnya dugaan yang DIA hendak kami lalui?

aku memang sedih kalau tengok penoreh getah atau operator kilang tapi aku anti sangat operator kilang yang bergaya macam orang kaya..mungkin mereka kaya….kerja jadi operator sekadar isi masa lapang..mungkin ..siapa tahu……namun..ketahuilah dunia..orang susah tidaklah sehina sesetengah pihak selalu war-war kan..tidaklah mereka itu malas atau keji…

usaha tetap usaha….yang menentuknya tetap yang SATU….

aku pernah membenci akan kisah hidup aku yang perit itu..namun…aku akur..

jika tiada keperitan itu..aku bukan aku!

untuk aku menjadi aku…onak duri liku-liku itu adalah hamparan jelas hala tuju aku….

aku ingat akulah manusia paling susah dimuka bumi

tapi setelah aku keluar dari kampung melihat dunia luar..

aku merasakan bertapa beruntungnya aku..

kami tak pernah kebulur..tak pernah bertelanjang……tak pernah ditinggal ibu ayah..tidak pernah mengemis untuk secupak beras…syukran ya Allah……

ketika aku di SERATAS..aku adalah pelajar bawah tajaan kerajaan Malaysia dalam projek pelajar miskin..

di sini semuanya bermula

aku rasa aku yang tersusah..ada lagi yang susah rupanya…..S..anak ke-3..dari 6 beradik….bapa sudah meninggal..ibu menikah lain…ibu mereka ‘buang’ mereka di hadapan rumah nenek saudara mereka…..

seorang darpada adiknya trauma….sedih dibuang ibu kandung….

hiduplah mereka atas ehsan saudara mara….

tiada beribu tiada berbapa…..S sekarang seorang guru….itu ayng aku tahu setakat tahun 2006…

aku?

aku beribu..berbapa..tidak dibuang…..

kisah A..

bapanya sakit..hanya ibu bekerja..kunjungan aku ke rumahnya suatu hari benar-benar menginsafkan

dia di sekolah bukan main lagi bergaya..di rumah….dalam diam airmataku bertakung……rumah tiada berlantai…tetau datang nak jamu air tiada bergula…ketika itu terbayang stok gula mak aku berbalang-balang nak guna time ‘kecederaan’

aku masih beruntung…aku bukan menghina namun….ya..aturanNYA amat indah….

ahaa…aku diberi oleh emak aku yang memang tak berduit RM50 buat tambang…mengunjungi Alor setar itu yang membawakan aku berkunjung rumah kawan-kawan kat area alor setar-jitra..wah..wah…

beruntungkan aku??

ahhh lupak kisah silam..

aku memang belom mampu membina rumah buat ibubapaku

belum mampu memiliki rumah sendiri masih berkereta kecil..masih bekerja pagi dan petang…

namun Alhamdulillah…aku dapat merasakan day by day walaupun hanya sedikit terasa ada anjakan di situ…..

ada harapan yang boleh kupertaruhkan…

ada ruang yang boleh aku isikan

aku sering menerima kata-kata begini dari rakan-rakan sesyarikat

“ala kau ni gaji besar…baju..tudung kuih pun nak buat sendiri ka?beli aja laaa..apa nak susah susah”

pakaian aku tiada berjenama…

aku tidak melancong ke luar negara..

aku tidak mempunyai tas tangan yang mahal-mahal(ada 2 biji dah rosak,..suamiku dah selamat buang!)

kebanyakkan mereka yang hanya melihat aku sebagai satu manusia yang

lulusan universiti luar negara..seorang jurutera..seorang yang kalau bercakap memag tak nak kalah….

pasti akan agak aneh lagi pelik….

aku tiada gaya…tiada melaram..

mengapa ya??

kerana aku merasakan itu semua sesuatu yang TIDAK perlu bagi aku!

selagi ada daya..yang mana aku boleh kurangkan kos..selagi itu aku usahakan…

nampak kedekut…kan..hahahhahaaaa

itulah yang pernah emak aku lakukan..selagi boleh minima kos selagi itu dia usahakan….

kepimpinan melalui teladan..hahahahhahaa

(walaupun la ni semedang aku bertekak ngan mak aku huwa huwa..tak mau dengaq cakap orang..orang kecik2 dulu dengaq cakap mak!)

entah la tak reti aku nak explain….

hahahahahahah

ok berbalik kisah susah senag…berat mata memandang berat lagi bahu memikul

tahukah kalian….

sesusah2 apa yang kita nampak dengan mata kasar…susah lagi mereka yang mengharunginya

aku pada suatu masa dahulu tidak pernah membayangkan apa yang akan berlaku kepada aku setelah dewasa……..aku rasa mereka juga begitu……

tapi ya

aku tidak nafikan ada anak orang susah jadi tak elok

menyamun merompak bagai..mengapa???

ilmu dan doa serta pembawakan diri kita ini

itu kita kena ada ketahanan dalam diri

kena ada kekuatan di situ

kita tak boleh jadi lalang

kita kena cekap menganalisa..kena tajam pemikiran

jangan mudah terpedaya…

banyakkan meminta daripada Allah…

minta perlindungan dan rahmat serta hidayatNYA…

ada masa kalau jumpa budak-budak orang susah yang dah merapu ni rasa ja aku nak tarbiah tapi..selemah-lemah iman sahaja yang mampu aku lakukan….

maka setelah panjang berkajang karangan aku yang sah-sah cikgu BM aku akan pangkah besar-besar ini..aku menyeru kepada semua

Dalam keghairahan kita nak sambut raya ni janganlah kita lupa mereka yang tidak mampu

berbelanja seadanya dan elakkan pembaziran

tak payahlah nak buat baju raya sampai 30 pasang..ala kadar cukuplah

kalau dah sampai mampu 30 pasang tu apa kata 15 pasang sedekahkan..heheheh

dalam kita bergembira jagan lupa yang tiada ….

kalau orang susah datang rumah jemput la masuk jangan la pandang jijik pula ya!

bersyukurlah dengan apa yang kita ada…….

Ya Alalh permudahkanlah urusan kami..Amin

Related Posts with Thumbnails