definisi kanak-kanak

aku ingat ke kanak-kanak itu usia 12 tahun ke bawah ropanya sampai 17 tahun ya

maknanya  budak form 5 tu kanak-kanak lagi!

Siapa dia kanak-kanak?
Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun, nelainkan jika undang-undang menyatakan usia dewasa kurang daripada 18 tahun

sila rujuk links di bawah untuk maklumat selanjutnya

 

link 1

link 2

link 3

dah gitu

makanya takleh la aku nak propose suruh tuan taska jangan ambik budak usia 13 tahun ke atas..

tapi masalahnya kan..aku dapati …..budak ni perangai tak elok sikit…mengajar toddlers buat perangai tak elok…ajar sepak…dia sepak budak dan sebagainya

pernah dia lepuk anak aku depan aku ngan mak dia..

mak dia leh cakap “mesti ada buat salah le tu abang pukul”

apabila anak aku mengadu kat aku

hareemmm..anak aku baik weh! mana ada dia buat salah ngan budak 12 tahun! kalau ‘buat salah’ pun dia tak bagi hak milik dia ka..dia tak ikut perangai tak elok orang tu ja!

hakhakhak

sure orang kata aku perasan anak aku bagus sangat…

memang la

anak aku 4 tahun mana tahu beza baik buruk sangat lagi..tapi kalau budak 12 tahun cari gaduh ngan dia..siapa yang lebih bodoh????

aku boleh kompromi kalau anak aku dipukul budak sebaya dia..tapi nih beza 8 tahun…nak sengeh je ka??

sah-sah kalau kita kena pun rasa sakit..inikan plak budak 4 tahun!

tapi susah la kalau mak bapa dia tak kisah anak dia pukul anak orang kan???

hatta anak ambik barang orang(curi) pun tak ada ditangannya..inikan plak pukul anak orang bleh gelak hehhehheh  je laa..

apa-apa pun aku tak ‘halal’kan! selagi tak minta ampun ngan aku, aku tak maafkan anak aku dipukul!

jadi ibubapa bukan takat bagi anak makan kenyang..bagi susu mahal…bagi tuition hari-hari(tapi tak pandai-pandai pun) bagi komputer(wat main game ja)…beli baju ..beli itu ini..kita kena didik ..asuh..anak kita..ajar sepatutnya bukan nya dok gelak heh heh heh apabila anak kita pukul anak orang

kalau aku…dah tersembol mata aku jegil kat anak aku..silap-silap la la tu juga anak aku kena sedas dua ….

doniaaaa…..

kecewa aku kanak-kanak itu usianya bawah 18 tahun!

kelakar plak usia 17 tahun dok taska lagi!

Related Posts with Thumbnails