Yuitsumuni-The Only One

*My thought my experiences….Let's share it!!*

dia bakal menangis

malam ini anak saya mungkin bakal menangis dan merengek mengajak daddynya pergi membeli TV baru kerana mulai malam ini kami akan ‘rosakkan’ TV hahahaa

dia sudah agak melampau menonton TV..malam tadi hujan..Astro cuci pinggan…tak boleh tonton TV..elok saja dia pergi menulis di white boardnya….

maka…TV di rumah kami telah kami ‘rosakkan’

saya juga sudah ‘berhenti’ menonton drama..kahkahkahkah

saya mungkin tak akan menulis tentang drama di sini buat seketika dan mungkin buat selamanya…

saya juga kekadang bosan juga setiap kali saya komen bab drama ada saja yang tak puas hati…nak kata saya tak betul salah bagai…drama ja weii suka hati la nak komen macam mana pun..dah saya tengok saya rasa begitu..nak buat macam mana/???

ada ke mana-mana pengarah drama ka..pelakon drama ka yang tak puas hatii?penerbit?penulis skrip???

depa pun tak kuasa nak baca blog saya..apa kelas??Low kelas…

Tapi serius saya rindu drama lakonan kak shiela rusly!sekian terima kasih…

nota:apasallah entry aku semua tak berkualiti erk?

si botak kena rotan!!!

Ini cerita tentang anak saya yang telah dipukul dengan hanger oleh saya…ya saya, mommy dia telah merotannya kerana dia telah melakukan larangan mommynya

sebaik sahaj dia dirotan dia membaringkan dirinya di atas kapet dan menangis..meraung-raung macam kena hiris!(baguss..kalau kita tengah marah kalau beridir kena duduk…kalau duduk baring la kot hahaha)

dia pun menangis menangis dan oleh kerana terlalu geramkan mommy dia…dia KENCING!

Arghhh…Nasib baik daddynya ada…maka daddy cepung(angkat) dia ke bilik air dan saya telah mengarahkan daddynya siram dia dnegan air..

ya la tengah PANAS..kita sejukkan dia….

ala saya bukan rotan sampai berbirat pun..saya bagi slow saja..ala sakit sikit-sikit ja…..

Mommy dulu kena rotan berbirat tau!

selepas mandi dia tukar baju mood dia pun OK semula..dah adi sopan dan baik semula….

 

tapi tengah hari semalam dia buat lagi…masa tu sepupu sepupunya datang..dia nak makan BAWANG GORENG..dan tumpahkan…lantas daddynya menjentik telinga…maka dia terus membaringkan dirinya da menangis..tapi TAK kencing hahahahaaaaaaaaa

selepas dipujuk dipeluk-peluk dia pun insaf! hahahahaaaa

maka dengan ini mommy kepilkan gambar kepala botak berpusar dua..yang terkini!berkilat u!

Botak

Kanak-kanak botak adalah kanak-kanak yang handsome dan gaha perkasa..serta BANYAK akalnya…berhati hati ya..hahahaaa

Jangan scrool ke bawah lagi…agak-agak ni topik apa erk?biasa la kan tajuk lain cerita lain..kahkahkahkah….

reformasi..transformasi..transformers….

sepertimana diketahui saya adalah kedekut dan jenis manusia yang amat susah nak buang barang….susah nak diperjelaskan macam mana…

jenuh fikir fikir dan fikir lagi dan lagi….lagiiii..lagi lagilagi…fikir semula…fikir semula lagi..lagi lagi…

4 tahun yang lalu…suami saya telah membeli sebiji tilam kabu di RSA sebuah highway di lembah klang dngan harga RM150..tu murah tu sebab harga asal RM190..tapi akak tu kenal hubby sebab tiap-tiap bulan dia kena keqhabat opis hubby bayar sewa tapak perniagaan…dapat le diskaun…

la ni tilam saiz queen pun tak sampai RM100!ceh….4 tahun berlalu….

tilam dah lembik lunyai busuk masam..tapi bau busuk masam tu nak simpan ..bau anak kami sejak baby sampai la ni hahahahahaaaaaaaaa

menengokkan rupa parasnya rasa macam tak lawa saja..maka demi mencantikkannya..satu reformasi…transformasi…tilam itu telah ditransformed menjadi…

TRANSFORMERS!!!!!

lihatlah duniaaaaaa…..

hahahhahahahaaaa

Tilam

Amacam??ada berani??

alaaa mommy buat cover tilam baru saja….

cost:RM10 tunaii….

yang geramnya tak dan nak siap dah ada orang minta nak baring dok la tanya berklai kali

dah siap ke?dah siap ke?dah siap ke?????

 

tilam ni dia guna buat ‘gorogoro’ lepak-lepak guling guling sejak baby lagi!

Related Posts with Thumbnails

<
<



Subscribe in a reader Subscribe

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


SEARCH@yuitsumuni

Custom Search