jurulatih hoki girls team SERATAS pada tahun itu adalah Sir Tirlock Singh..

Beliau bukanlah guru sekolah kami..beliau bekerja di sebuah bank di Taiping

Melatih kami hoki atas dasar suka sama suka..hahahaha

Sir Tirlock adalah seorang yang tegas tetapi baik hati

saya pernah didenda kerana beliau menyangka saya mencarut di dalam game..wahahahahahhahaah

pada tahun itu kami menyertai perak open piala sultan azlan shah…..

dalam perlawanan mmenentang sekolah dari chemor pada petang itu di stadium sultan azlan shah saya ingin memanggil kawan saya Shida..tetapi saya tidak sempat menyebut syiddd-da,,,saya sebut syiiiiiiiddddddd…

Sir tirlock memang pantang orang mencarut dan saya BUKANNYA mencarut tetapi dia tak hiraukan penjelasan saya maka….saya dengan muka penuh tebal telah didenda lari..ya lari mengelilingi padang bola sepak sekolah sebanyak 15 pusingan…

nasib baik zaman itu stamina saya mantap

15 pusingan bukanlah perkara susah tapi penat tetap penat dah la kena denda sambil lari dok kerlin tengok ketua pelajar plak dah!

dan selepas tamat 15 pusingan saya didenda lagi 3 pusingan sebab..coach saya kata dia nampak saya sengeh kat ketua hoki boy’s team masa lari tadi!Hah???

saya pun lari lagi

apakah motif entry ini?

Coach hoki saya amat anti orang mencarut kat padang..walaupun bukan niat …kalau ada bunyi serupa pun kena denda!

mak saya pula memang pantang 17 keturunan ..kalau kami mencarut masa kecil dahulu mat saya cabaikan dengan cili padi!

mak saya kata awat nak kena maki orang?awat nak kena sebut perkataan tak elok?tak boleh  ka sebut kucing ka katak ka?

maka ada satu musim tu kalau kami bertelagah adik beradik kami ‘menyumpah’ sesama sendiri dengan ayam…kucing…tikus kahkahkahkah

tapi saya tak tau sejak saya tua ni saya kuat mencarut kat blog..ish ish..insaf la weh!

SWEETSTORY - Breastfeeding and parenting tips

Related Posts with Thumbnails