Setiap hari anak saya berdoa agar dia cepat TINGGI…

dia minum 3 botol susu(250ml each), makan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan senja dan makan malam serta hanen sebanyak yang mungkin…(poo poo 2 kali! sehari)

Dia juga minum air masak dengan banyaknya…

dia sangat obses untuk menjadi TINGGI…

merenung akan kisah tingginya

dilahirkan dengan ketinggian 55cm…dalam tempoh empat tahun dia telah mencapai 110cm ketinggian..

bagi saya 110cm sudah cukup tinggi bagi kanak-kanak 4 tahun sebab ada kanak-kanak 9 tahun sama tinggi dengan dia..maka dia sudah tinggi la..kalau ikut genetik pendek saya…

tapi dia makin hari makin ‘claim’ akan genetik tinggi melonjong daddynya..

maka 110cm mungkin rendah lah jika dibandingkan dengan daddy yang 182cm itu….

mengikut kiraan saya..

jika dipukul rata peningkatan tinggi dalam tempoh 4 tahun..iaitu 55cm..setahun anak saya meningkat tinggi sebanyak 13.75cm…

maka jika dia ingin mencapai ketinggian 150 cm, masa yang diperlukannya ialah lebih kurang 2.9tahun atau lebih tepat 3 tahun..

Jika lagi 3 tahun tingginya 150cm maka mommy hanya akan 3cm sahaja lebih tinggi daripadanya dan 3 tahun lagi dia akan menjadi kanak-kanak 7 tahun…masuk sekolah kebangsaan.

Ohh..nampaknya mungkin tidak lama lagi mommy sudah tidak PERLU menggendong gedebi lagi….

Setiap pagi mommy mendukung kanak-kanak seberat 20kg+ dari katil ke kereta..dari kereta ke bilik di taska..hanya terjadi sekali dalam tempoh 2 bulan dia berjalan sendiri dari katil ke kereta..dari kereta ke bilik di taska…

memang kalau mommy berat 40kg mau rapuh pinggang

gamaknya inilah hikmah mommy gemuk??

hahahhaaaaa

nantikan entry selanjutnya mengapa gedebi nak jadi tinggi..hehehehehe

Related Posts with Thumbnails