apa yang saya nak tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata..pengalaman orang lain saya tak heran!

hahahhaaa

 

bedak sejuk..

tahukah anda apakah itu bedak sejuk

bedak sejuk diperbuat daripada beras.

selalunya tok saya buat bedak sejuk menggunakan beras hasil dari padi yang ‘rebah’..(biasa la adat padi makin berisi makin menunduk)..haa yang tu

apabila dah tertunduk rebah ke bumi dah tak sedap dimakan..maka beras hasil daripada padi ni bleh digunakan buat bedak sejuk

ataupun

guna beras lama

 

beras akan direndam beberapa bulan..ke minggu..dah tak igat..rasanya bulan..

baunya sangatlah BUSUK!!

selepas itu beras yang direndam disejat dengan cara memasukkannya ke dalam uncang kain dan digantung beberapa hari…dah sejat  beras tadi dikisar ..maka ‘air beras’ terhasil…agak pekat…haaaa….

masa nilah upacara ‘menitik bedak sejuk’ akan dijalankan…lipat daun sirih ala-ala corong gitu..bubuh hasil kisaran beras tadi titik…atas kain…then biarkan kering…dah kering kutip masuk botol/balang

na wangi letaklah daun pandang dan bunga-bunga yang wangi…

 

cara pakai bedak sejuk…

ambik beberapa biji bedak sejuk letakkan air sikit then tempek le kat muka….guna air mawar pun ok…

leh wat macam cicak jatuh dalam tepung dan sebagainya….tak dak orang marah pun! hahahahaaaa

itu saja yang saya ingat

ini adalah cetusan idea daripada hasil soalan anak saya..

“apakah yang ada didalam bekas di dalam kabinet itu”

“ohh itu bdak sejuk”

“kalau pakai jadi sejuk ke?kalau sentuh dia sejuk??/”

hahhahhahahahahhah

 

jawap jangan tak jawap!

Related Posts with Thumbnails