aku memang kolot
aku memang bukan kaki game
hatta ada PS2 tak pernah aku guna dan tak reti serta tak kuasa aku nak melayan!
terbaru game online…farmville???ke apa?
aku tak reti!
aku ingat aku pernah gila sejenis game saja tu pun dah lupa apa nama..
aku ambik…copy haram dari kawan aku Cik Kiah..hahahahaa
tapi setelah kembali ke tanah melayu aku dah tak main game! kahkahkahkah
sebab aku ni olf fashion kot!
maklumlah zaman kanak-kanak aku main seremban(selambut)..tuju tin..tuju selipar…lompat getah…ten-teng(jengket) dan segala permainan tradisional serta kekampungan!
Namun aku sangat bangga kahkahkahkah
cuma aku tak ada pengalam berkubang kat bendang saja..sebab asal nak cuba berkubang ja tok wan aku ligan!
plus tok aku dok usik lintah!..kahkahkah
korang tau lintah bulan huduh sungguh rupa parasnya!!yuck…
sapa tau main ‘capplom’??
ala bendelah tu diperbuat daripada buluh kecil then gunakan buah cenerai sebagai peluru…selalu aku kutip buah cenerai kat kebun getah tok wan aku yang aku panggil ‘bukit’ sebab sebukit tu adalah kebun getah!
main senapang kayu dengan peluru terung belanda juga best..ini disupport oleh ayah aku sebagai tukang buat senapang!terung belanda tu aku kutip ja tang mana ada pokok tapi kalau musim sekampung main harus dogol semua pokok terung!
SWEETSTORY - Breastfeeding and parenting tips
12 Responses
hanaseman
November 23rd, 2009 at 8:55 am
1Fid,
kita serupa.. betapa gigih laki aku ajar main PS2, aku ngok camtu gak.. tak minat.
Kat facebook, aku memang tak men game pun. malas, nanti gian cam member aku.
Dan time kecik2 dulu pun aku main mcm hang main gak. Main senapang peluru terung belanda tu kalau kena, berbintat badan.
Tu tak campoq teghejun sungai lagi.. musim bah lagi syok, boleh buat rakit bagai.
Dulu main guna barang keliling ghumah jer. Main masak2 guna tempurung, pastu buat sudu guna kulit kerang.
Fid
November 23rd, 2009 at 9:02 am
2wahhhhhhh
hanaseman
hang mengingatkan aku akan sudu kulit kerang!
lagi satu aku wat senduk guna dauh nenas!
main masak-masak siap buat pondok ala2 red indian tuh!
hanaseman
November 23rd, 2009 at 9:22 am
3Dulu main pondok2 mesti kena ada yang jadi ayah, mak, anak2. aku selalu jadi ayah sebab boleh pergi petik daun2 kat rumah orang buat sayur.
Pastu main doktor2, mesti ada orang nak beranak.
Fid
November 23rd, 2009 at 9:29 am
4adban hang weh
aku main doktor2 tak d eplak bab org nak beranak takat demam je la kahkahakha
patah kaki kihkih
kak wan
November 23rd, 2009 at 9:36 am
5huhu..betul3..best mainan dulu2. Main masak2 siap buat khemah lagi..buat kek ngan tanah. kalau nak best lagi pi curi minyak ngan bawang kat dapur..pastu kene marah ngan mak..hahaha
Jangan dok main farmville tu..nanti ketagih..tapi farmville tu best gak..bukan main sepanjang masa pun. asal x melampau..(k wan ni sbb main FV tu le dah jarang komen sini..huhu)
Fid
November 23rd, 2009 at 9:38 am
6kak wan
daku rasa tak main kot FV tu…tak qheti!
Liyana
November 24th, 2009 at 3:11 am
7oh sangat teringatnya zaman kanak2. kalau main pondok2 tu mesti ada masak2, masak2 plak mesti pakai api betul. kalau hari hujan, main bawah rumah, amik pelita jadi apinya, kalau tadak batu buat tungku, buah nyok pun jadik. hahaha. pastu sebat sangkak ayam tok buat kuali (sangkak ayam tu, kuali pecah).
pi mancing kat sawah, berselut satu badan, kena hambat pi mandi kat sungai.
bila musim hujan, pakat dok krabat ghebau (kerbau) jalan2 kat tempat hat nek ayaq..
wuwuwu nostalgia nya..anak2 saya pon akan dikampungkan jugak, hahahaha
Liyana´s last blog ..Menabung
Fid
November 24th, 2009 at 10:19 am
8Liyana
wow hang lagi dahsyat…..i tak pernah mandi sungai walaupun dok tepi sunai…kahkahakha
Zaiton
November 24th, 2009 at 2:41 pm
9kecik2 sibuk main senapang ngan peluru terung tu… kawan2 semua jantan…so tak pernah la aku main pondok2… paling best layan mandi kat taliair.. pastu kena ketek ngan lintah…hahahaha..mau menjerit bagai nak rak…
Fid
November 24th, 2009 at 3:37 pm
10perghh semua ganas2 kahkahkahkah..kak eton nnt kita bawa anak kita main nak?
Zaiton
November 24th, 2009 at 4:03 pm
11budak skang mana tau main benda2 tu… ari tu kat depan umah ada pokok terung tu…bila depa nak buat pagar baru sekolah, depa p tebaih pokok tu…hangin tul!!! baru ingat nak suh pak dia buat senapang kayu kat dia…hahahahah
Fid
November 24th, 2009 at 4:52 pm
12kak eton
aku rasa aku balik kg nnt aku nak suruh ayah aku buat kat anak aku satu la…kalau ayah aku larat la..kahkahkah
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Contest
My breastfeeding & Parenting Tips
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.Recent Posts
Categories
Archives
Recent Comments
Top commentators
Thank You!Tag
SEARCH@yuitsumuni
Follow
I Am….
Here and there
Spam Blocked
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © Yuitsumuni-The Only One • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes