Catatan Mommy tentang perkembangan..Anjakan Paradigma anak mommy untuk tempoh 3 hari ini.

1. Anak Mommy bangun awal pagi setiap hari. Mandi dan bersiap sama seperti mommy dan daddy.Berpakaian ala-ala formal ‘untuk pergi kerja’ katanya.

2. Anak mommy berjalan dari dalam bilik ke dalam kereta..dari dalam kereta ke dalam bilik di taska…Mommy hanya perlu pimpin tangan sahaja..tak perlu dukung

3. Anak mommy dah tak heran TV kat rumah ‘rosak’ sebab anak mommy akan tonton TV kat Taska time pagi…Hahahha

4. sampai ahaja di rumah anak mommy akan…menuju ke papan putihnya dan belajar menulis…dan belajar ABC-Z menggunakan www.starfall.com

5. Anak mommy akan frust kalau tertidur sebelum belajar bersama www.starfall.com dan akan bangun LEBIH awal untuk menelaah.

6. Anak mommy menggunakan perkataan DULU menggantikan perkataan LAGI..contoh ayat..”alamak…golf tak main DULU” maknanya..”alamak tak main golf lagi!”

7. Anak mommy suka jadi penonton mommy dan daddy main boling dan akan gelak guling-guling kalau kami baling bola masuk longkang dan akan mengkritik yang amat pedas…

8. Anak mommy makin menunjukkan ‘kaliber’ seorang ketua pengawas sekolah…”daddy kalau batuk jangan hadap makanan..batuk arah lain yang tak ada makanan dan orang!” sebenarnya itu ayat ibubapanya kepadanya telah dipraktikkannnya…”Daddy bawa kereta elok-elok  laa..bahaya….bawa orang tak boleh langgar” jika daddynya cuba nak buat perangai tak elok di jalan raya….TEPET berdas-das..”mommy tak bleh tidur..mommy TAK SOLAT pun!”huwahuwahuwa..hatta takleh solat pun buat-buat la solat….

9. Sangat suka nak naik teksi..petang semalam balik naik teksi sebab daddy lambat…entah apalah projek juta-juta billion yang ada kena mengena dengan daddy ya….nasib baik la daddy bukan ‘kontraktor kelas pertama’ kan anak mommy kan????

10. Anak mommy tak suka dia batuk atau selsema..maka dia amat menjaga masa makan opss..minum ubat…(please take note ya mommy..ubat ayer mana orang MAKAN..orang MINUM) tepet lagi….

 

sekian…..

Related Posts with Thumbnails