Kalau murah menunjukkan kemurahan hati si isteri..kan…
senaskah Al-Quran sudah memadai..
dan pelbagaiannya..
ada negeri RM80..ada negeri RM150
ada negeri nak naikkan harga Mas Kahwin wajib bayar..ada negeri nak kekalkan..ada persatuan kata tak boleh sebab membebankan..
erkk..bab mas kahwin pun persatuan pengguna kena ambil port erk??
Pada pandangan saya..
pandangan saya sahaja yaaa
tak lama lagi KEDAH kalah la..selama ni mas kahwin kedah paling mahal..hahha
ehh..ni bukan pandangan saya
yang ni pandangan saya….sila rujuk ayat berikutnya
pada pandangan saya…wang mas kahwin hendaklah diberi dengan kadar yang mampu bagi oleh bakal suami/suami…
sebagai contoh…
10% dari income suami selepas potongan EPF, Income tax, socso kaaa…
1 bulan gaji suami selepas potongan income tax, socso dan EPF ka
ataupun yang dipersetujui oleh pihak suami dan isteri
kalau bakal suami gaji RM1000 sebulan jangan ko minta mas kahwin RM5000..RM100 dah laaaaa
fikirlah kehidupan akan datang
tapi..kalau pihak suami murah hati..katakan ketetapan suruh bagi RM100 anda bagi RM1000 pun OK..asalkan anda mampuuu…
tapikan kalau mampu bagi hantaran rm13000..apa kata mas kahwin pun bagi ala-ala tu juga…ok per??
Mas kahwin adalah satu-satunya harta yang hak mutlak isteri..parents dia takleh kacau suami takleh kacau sesiapa pun takleh kacau..dan sepatutnya LHDN pun takleh kacau la kan???
melainkan siempunya wang nak bagi…tapi kalau dapat Mas Kahwin RM13000 harus keluar zakat juga la kan???
ke tak yah????
saya menikah dulu mas kahwin saya 4 angka…hantaran pun 4 angka tapi campur dua-dua tetap tak jadi 5 angka…
kenapa saya nak mas kahwin 4 angka..sebab kalau takar RM 3 angka..apalah saya boleh buat??
at least dengan mas kahwin 4 angka buleh la juga saya berbuat bakti…
apakah baktinya???tunggu sampai penfapatan kami seisi keluarga 5 angka ka 6 angka sebulan saya akan habaq apa saya buat dengan wang 4 angka mas kahwin itu..buat masa ni biarlah rahsiaaaa…hanya DIA yang tahu…
anda setuju ke kalau wajib bayar mas kahwin RM300??saya rasa RM3000 pun patut OK la kot..
bagilah sebanyak mana TIDAK memudaratkan mana mana pihak yang terlibat…kalau mas kahwin mahal pun tak jamin akan bahagia..kalau murah pun tak bermakna akan merana….maka rezeki masing-masing la kan…
p/s;saya nak tanya pasai pa orang yang bukan islam suka sangat nak ambik port kalau bab hal-hal melibatkan orang Islam???ada kena mengena ka ngan depa???
SWEETSTORY - Breastfeeding and parenting tips
22 Responses
Intan
December 12th, 2009 at 12:51 am
1mas kahwin aku tetap RM 22.50 TUNAIIIIIII…….. Johor paling rendah rasanya setakat nih…
yatie chomeyl
December 12th, 2009 at 6:44 am
2mas kawen I RM21.11 sebab qelate tak tetapkan brp mas kawen, suka hati je nak bg berapa..so I mintak tu sempena bday I 21nov. pastu hantaran I 4 angka gak, cuma yg untungnya jd org pompuan qelate…semua duit hantaran & mas kawen mmg milik I…duit kenduri di sponsor parents…jadi campur2 mas kawen dgn hantaran I, jadi 5 angka gak ..mcm ahkak fid eheh
mizah
December 12th, 2009 at 9:01 am
3salam..seronok bc lbog lovebaby byk info..mas kwin mmg x ptt ditetapkan ikut kemampuan..mcm mizah parents in law kt nk bg seribu aritu so amik jelah..bkn depa yg bg hehe tp hubby ler..bkn pe sat lg bak kt you..watnyer org x mampu sat lg pas kawin sangap lak..
As
December 12th, 2009 at 9:06 am
4mas kawin ku rm100 sajork…ahahaha…
tp hantaran ku 5 angka & telah selamat d tabung haji, tggu giliran…
Fid
December 12th, 2009 at 9:37 am
5intan
ada sen sen sekali ya
Fid
December 12th, 2009 at 9:39 am
6YC
i tak jadi 5 angkaaa…tak cukup hahahahhaa
Fid
December 12th, 2009 at 9:41 am
7mizah
yup kalau tak cukup wang takkan nak hutang walaupun bleh hutang kan..malu laaa
Fid
December 12th, 2009 at 9:42 am
8As
Alhamdulillah
hanaseman
December 12th, 2009 at 12:25 pm
9Ma kahwin kat Kedah memang tak ditetapkan. So ikut suka berapa anak teruna nak kasi.
Mas kahwin aku ikut birthdate aku.. Rm1003.78, berbelit lidah tok kadi nak sebut sampai sen2 tu..
Duit hantaran ayah aku taknak ambik dari aku sebab aku yg keluarkan semua duit kenduri. So duit hantaran tu aku dah transfer jadi barang kemas kat badan aku dan slelebihnya masuk akaun.
LeeN
December 12th, 2009 at 1:44 pm
10ha’a. stuju. sebenarnya ikut je lah kemampuan memasing. kalau kita rasa kehidupan SELEPAS mati tu lebih penting dari atas dunia ni, samalah dengan konsep kahwin ni… means kalau orang tu rasa kehidupan SELEPAS kawen ni lagi penting, diorang akan set la berpada-pada dan level yang mampu. tak salah nak bagi 5 angka pun kalau mampu. kan?
utk sapa? utk bini dia jugakkkk dokkk? ahahahaha.
Fid
December 13th, 2009 at 12:35 am
11hanaseman
tak tetap erk???tapi ada guideline kan??
patut la org kata kedah mahai..sebab tiada ketetapan rupanyaaa
Fid
December 13th, 2009 at 12:36 am
12LeeN
kalau mampu..berapa bnyk pun OK….kan?
hanaseman
December 13th, 2009 at 12:20 pm
13Fid, MAIK takde ketetapan bab mas kawin ni. Ikut suka hati nak bagi.
Aku dulu ingat nak minta sikit jer (dalam ratus2 jer), tap laki aku offer banyak tu.. Aku terima jer.
So aku kurangkan sikit amaun duit hantaran.
amydaud
December 13th, 2009 at 12:32 pm
14setuju jika ikut kemampuan kedua belah pihak dan ikut guide dari Jabatan Agama…
jika mampu bayar wang hantaran rm5k….setakat mas kahwin rm300 apalah sgt…:P..susah2…tolak sahaja rm300 dari rm5k….
mungkin yg berkata tak mampu adalah orang yg tidak mampu langsung mengeluarkan wang hantaran…apatah lagi mas kawin…masih adakah?
boleh menjadi alasan kepada org2 yg ditangkap khalwat…’kami x mampu nak bayar mas kawen rm300′…..adakah?
Fid
December 13th, 2009 at 1:48 pm
15hanaseman
oooooo
mcm tu
laki aku dulu dia bagi aja berapa aku nak janji dapat kawen
aci??
aku hantaran sikit ja
Fid
December 13th, 2009 at 1:49 pm
16amydaud
takleh..alasan tak munasabah
kalau ada henpon leh jual henpon 3g wat mas kawin pee..henpon lg mahal dr rm300..kahkahkahkah
Zaiton
December 14th, 2009 at 9:42 am
17kalu kat kelantan, ikut suke nk bagi berapa.. kalu ikut org kampung akak, hantaran tu terus la di akad jadi mas kawin…contohnya hantaran RM5k, so masa akad tu kira mas kawin RM5k la… jadilah RM5k tu duit pengantin pompuan sahaja adanya…kalu pengantin tu nk bagi mak pak dia buat belanja kenduri pun boleh…
apapapun, ukur baju di badan sendiri…jangan sampai berhutang bagai.. yg susah kendian harinya adalah pengantin itu sendiri…
Fid
December 14th, 2009 at 9:53 am
18kak eton
bab kelate ni aku selalu dgr kisah mcm ni
coco
July 17th, 2010 at 9:54 pm
19sepupu aku kahwin dulu mas kahwin di RM 28883 ikut birthday dia n wang hantaran RM 12 ribu sepupu aku org kedah aku pun kedah gak… tapi kenapa org slalu cakap mas kahwih org kedah mahal… ada jugak kawan aku dari negeri lain tanya kenapa masa kahwin org kedah mahal aku pun tk tau nk bg jawapan apa…
Fid
July 18th, 2010 at 1:44 am
20coco
mahal sebab tak de ‘harga syiling’
kakyong
July 19th, 2010 at 12:26 am
21bestnya kalo wang hantaran jd hak pengantin perempuan…
kakyong dulu makayah tak mampu.. kenduri memang bulat2 dr duit hantaran + kena tambah lagi duit sendiri RM1-2k…. huhuu… x per lah janji x susahkan sesapa.. & tak berhutang…
ade kwn amik loan bank rakyat.. anak dah 5, loan kahwin tak abis2 bayor lagi.. apa kes..
Fid
July 19th, 2010 at 8:51 am
22kakyong
hahahhaaa…saya mmg bergatung kat duit hantaran
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Contest
My breastfeeding & Parenting Tips
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.Recent Posts
Categories
Archives
Recent Comments
Top commentators
Thank You!Tag
SEARCH@yuitsumuni
Follow
I Am….
Here and there
Spam Blocked
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © Yuitsumuni-The Only One • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes