Saya ke Euro moda

tapi tak beli apa benda…

maka saya saja-saja nak tempek gambar juga

euromoda

dan bersama ini saya kepilkan 2 helai tudung sama warna yang saya jahit sabtu malam ahad lepas..saya berjaya hasilkan 4 tudung yey yey….

tudung

Jahit huduh-huduh pun tak apa laaa

Ketika saya ke Jakel saya terdengar perbincangan antara pelanggan dan pembantu kedai

pelanggan nak tempah tudung..ya saudara saudari tudung *000 helai…mahu disiapkan dalam tempoh 3 bulan..

maka saya terus mencongak

kalau satu tudung untung bersih RM10..kalau 8000??tak ke 80k???

kalau upah jahit sehelai tudung rm6…8000 helai dah dapat RM48k!!!!

apa kes saya congak wang orang ni??

sebenarnya nak jahit tudung ni tak susah terutama mereka yang pakar menjahit..

dalam sejam dah boleh buat berhelai-helai..mungkin sehari boleh jahit 10 helai 20 helai..wah!!!

saya??

nak siapkan 4 helai pun lenguh urat leher!!!tak termasuk dok panggil hubby dok suruh anak jauh sikit dan sebagainya…kahkahkahkah

apakah moral entry ini?

entry ini bebelan peribadi…….saya ingin menyatakan saya suka jahit tudung….tapi agaknya saya ni mandi pun bertudungkah???

Related Posts with Thumbnails