setelah 2 minggu kami ‘rosakkan’ TV pada malam tadi jam 9PM kami telah ‘repaired’

mommy yang repair kata anak saya..tapi Astro akan rosak selama-lamanya keran daddy dah unsubscribed…yiihhhaaa

selamat wang RM50/month!

mengapa unsubscribe..kerana kalau ada pun bukan kami guna dan melaqhokan anak dan mak budak!

apabila kami ON TV tadi hanya TV dan DVD player yang ‘boleh guna’

maka dia pilih menonton CD ‘Magic english’nya kerana dia tengok ada orang pasang kat tesco(promoter tu laa)

maka selamatlah dia menonton magic english malam ini..

Mengapa mommy ON TV??

sebab dah tak ada astro dan mak cik dia(adik mommy) nak mai isnin ni dan mommy nak suruh gedebi dok ngan mak cik…

takyah pi taska sampai 23 ni

kenapa nak kena bagi tengok TV?

kang kejung bosan plak mak cik dia

dia bleh la layan laptop ka apa ka

dan mommy juga takut mak cik tak faham pemintaan gedebi kang…

lepas balik dari kampung nanti TV akan ‘dirosakkan’ semula…

Masa kami ON tV tadi dia bukan main melonjak gembira

kerana

1. TV dah ok

2. selamat duit tabung dia takyah guna beli TV baru(ada hati nak korek duit tabung tuh!)

For information ..mommy dah kira duit syiling dalam tabung nak bank in..dia ingat nak beli TV! kahkahkahkah

segala duit syiling dalam rumah..dalam kereta dalam beg mommy dalam poket daddy dia mengaku duit dia!semua kena masukkan dalam tabung!

BERTUAH!

Related Posts with Thumbnails