saya tidak tahu untuk mengaku atau tidak
bahawasanya betullah kot saya ni fanatik penyusuan susu ibu…kerana saya amat takleh nak berkompromi dengan cara syarikat susu formula buat promosi!!!!
kalau mereka lebihkan bab berpsykologi mungkin saya boleh consider..
mungkin membuktikan tahap tegar…saya rela mengabaikan akan keuntungan wang ringgit yang ditawarkan mahupun aktiviti santai tajaan syarikat susu yang bukan susu ibu…oh kejikah saya??
saya rasa bagaikan mengkhianati prinsip saya….saya menganggap mana-mana jua syarikat susu diformulasi saja ja pasang perangkap mau jatuhkan ibu yang susukan anak dengan susu ibu…
apakah saya ini???adakah saya ego???
lantaklah..apa apa aja la yaaa
saya memang takleh nak berkompromi walaupun mereka buat aktiviti ilmiah…sebab saya dah terkena…
pada 2 tahun yang lalu…satu program untuk ibu=ibu mengandung telah dianjurkan di syarikat saya…ada talk daripada seorang pakar sakit puan dari sebuah pusat perubatan di seksyen 9 shah alam…
saya pun beria la join..majlis ilmu kan..sure best…
memang menceritakan bab kesihatan ibu mengandung…
dan yang saya tak boleh nak terima penajanya adalah sebuah syarikat FM…siap bagi sample free…salahkan ???
anti sungguh rasa nak baling ja tin susu tu kat kepala penaja!tapi dia dah balik masa saya pi claim doorgift tu!
Ada bagi beg..saya guna buat isi cable-cable peralatan saya nak bawa ke lab!
siap conteng ngan maker pen lambang syarikat tu kahkahkah
tegar ke ego???
lepas tu saya makin jadi nyampah kat syarikat FM ni sebab pada suatu masa dahulu ada orang komen kutuk saya kat blog saya guna nick satu syarikat FM ni kahkahkahkah
tegar ke ego ke bongok aku ini???
kerana nila setitik MEMANG rosak susu sebelanga!

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
Comments RSS
TrackBack Identifier URI