Bertunang
adalah sunnah nabi
Sabda Nabi
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].
Diantara hikmah bertunang adalah :-
a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,
b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing
c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan
Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.
Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Apakah seseorang itu dibenarkan terus bernikah tanpa bertunang?
Jawapannya : BOLEH bernikah tanpa bertunang. Persoalannya, mana mungkin seseorang itu boleh terus berkahwin dengan seseorang wanita tanpa bertanyakan samada wanita tersebut ingin bernikah dengannya?
Mungkin yang dimaksudkan bertunang oleh anda adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.
di copy dari http://soaljawab.wordpress.com/category/perkahwinan/
Komen saya
sah jelas nyata..clear..crystal clear majlis bertunang yang siap bergambar lelaki dan wanita yang hanya sekadar tunangan tu haram..
aduhla orang zaman la ni bertunang pun posing maut…
itu satu hal
yang hal lain majlis kenduri/menikah belom diadakan lagi tapi poster posing peluk lintuk dah terpampang kat jalan masuk rumah kenduri…
fikir-fikirkanlah..haram tetap haram
apa jua niat kita selagi tak sah suami isteri tak akan halal!!
mengapa topik ini tiba-tiba muncul?sebab adik saya akan bertunang/majlis bertunang esok….
maka mana yang aku tak berkenan harus aku pangkah hidup-hidup!!!
satu lagi lawak
apabila aku cakap adik aku nak bertunang orang sibuk tanya
apa juadah apa hidangan….pelik aku….seolah-olah bertunang kena buat majlis gah gah..apa kes???
apa-apa pun saya benci kena telan gula pada hari pertunangan!!!!!
8 Responses
yatie chomeyl
December 25th, 2009 at 9:03 am
1nape kena makan gula?
mama emma
December 25th, 2009 at 8:01 pm
2dah org belah utara, kene la suap gula.. ko pun kene ek? tp entah, bg aku tu kelainan..
hanaseman
December 26th, 2009 at 12:03 am
3Aku dulu tunang takyah makan gula pun.. Tapi hantaran tunag mesti kena ada gula dan garam.
Fid
December 28th, 2009 at 10:35 am
4hanaseman
aku pun tak tau hahahaa
Fid
December 28th, 2009 at 10:36 am
5mama emma
kg aku tak de adat tu kg lakiku
Fid
December 28th, 2009 at 10:37 am
6YC nak bg jd MANIS!!hahahah
Asiah Abd Jalil
December 29th, 2009 at 8:29 am
7Entry ni sangat bagus! Memang sometimes bila pergi kenduri kahwin, banner besar-besar tunjuk pasangan dah peluk-peluk bagai. Ingatkan dah nikah tahun lepas, sebab macam dah biasa aje peluk-peluk… Rupanya majlis akad nikah malam tadi. Kot-kot diorang sempat pergi photo shooting dan print banner pagi tu, tak taulah…
Ada pulak yang bertunang lama-lama. Alang-alang dah rasa akan jadi milik sendiri, siap bawa pergi bilik tidur. Nak jadi cerita, tunang mati accident sebelum sempat nikah. Dalam perut dah ada baby. Habis macam mana nak tutup cerita?
Asiah Abd Jalil´s last blog ..Driving licence
Fid
December 29th, 2009 at 8:51 am
8Asiah Abd Jalil
ya
saya memang amat tak boleh nak terima hakikat kalau banner berpeluk nikahnya belom..kenapa tau belom nikah??sebab memang belom..jadual nikah jam 11 tapi semalam banner dah naik tinggi PELUK
tak faham kenapa yang haram ditayang-tayang!
dan yang paling sinis…dah ada yang ikut cara kafir…gambar kawen diambil sebelum menikah
nah!siap terguling golek atas katil macam-macam gaya kuak bagai yang mana sah-sah dan jlas-jelas HARAM..kan….
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.BERKAWAN DI TWITTER
POST TERKINI
KATEGORI
POST TERDAHULU
KOMEN TERKINI
TAG
Popular Posts
LANGGAN yuitsumuni.com
SERTAI yuitsumuni.com
SAYA ADALAH….
SANA SINI YANG MERIAH
SPAM TERHALANG
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © Yuitsumuni: The Only One ® • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes