Dia tidak pernah berangan untuk dapat terbang di awan dengan kapal terbang apatah lagi untuk benar-benar terbang…
Tetapi setiap kali dia bermimpi pada malam hari dia akan memberitahu neneknya..
“tok..semalam oqhang mimpi naik kapai teqhebang…”
menurut neneknya..kalau kita mimpi naik kapal terbang atau apa jua kenderaan membawa makna kita akan berjaya..ketika itu dia percaya kerana mungkin kebetulan….mimpi-mimpi seumpama hanya hadir ketika peperiksaan bakal menjelma dan setiap kali itu dia akan cemerlang..ataupun dia memang seorang yang cemerlang….
ketika dia di tingkatan4 dia telah berjaya mendapat tempat ke-3 di dalam tingkatan 4 sains tulen yang terdiri daripada seratus 115 orang itu. Pada hari penyampaian hadiah ketika beratur menunggu giliran, rakan sekelas yang juga pellajar yang mendapat nombor dua, mizie berkata..
“ko ni nanti pergi study kat jepun lah cik pid…”
dia memandang ke arah mizie dan mencebik..
“aku tak nak pergi overseas!”
“habis tu??”
“alaa U kat malaysia kan banyakkk”
Tidak…dia tidak pernah berangan pun untuk ke luar negara…dengan keadaan ekonomi keluarga yang tenat masakan semua itu boleh berlaku…untuk ke universiti dalam negara pun dia tahu dia perlu dapatkan tempat terbaik untuk ke sana…untuk membolehkan dia mendapat biasiswa…
Ahhh..usah berangan!!!
fushigi mono gatari…kejadian-kejadian pelik…
Rezeki daripada Allah Taala…Itu kenyataan..Apabila dia mendapat surat tawaran melanjutakan pelajaran ke bumi sakura…
pertama kali menaiki kapal terbang..petama kali memegang paspot antarabangsa…
semua ini bukan mimpi dan yang pasti tidak pernah kuimpikan..
Katalah apa nak kata dia tidak punya cita-cita tinggi???
cita-citanya hanya menara gading di tanah tumpah darahnya…..
kerana dia terlalu mengukur baju di badan sendiri..kerana dia tahu siapa dirinya…dari mana asal usulnya..dia bukan puteri lindungan bulan…..
Syukran Ya Allah atas peluang yang diberikan…
itu semua sudah lama berlalu…hari ini dia adalah dia yang selama-lamanya memang dia…
Dia anak kampung…Dia yang pernah hidup penuh dengan kemiskinan…Dia dilahirkan di rumah berlantaikan batang pinang berdindingkan anyaman buluh beratapkan rumbia…bagaimana dia tahu???kerana setahu dia..ketika dia celikkan matanya itu yang dia nampak….
kemudian dia dibesarkan di sebuah rumah papan…ruang utama beratap zink dan dapur serta beranda beratap rumbia yang akhirnya bertukar menjadi atap zink….
Lama kelamaan rumah yang hanya mempunya beranda, dapur dan ruang tidur dibesarkan sedikit ..menjadikan ia memiliki ruang tidur dan ruang lapang…
itu kisah rumah yang sudah lama lenyap malahan tapak rumah itu bukan lagi milik bapanya
Ahhh
kisah lama usah dikenang…
apa yang harus dia lakukan kini hanyalah melangkah dan terus melangkah dari baik ke yang lebih baik…
segala puji pujian bagi Allah Tuhan semesta alam…
Ya Allah Kau bantulah aku..permudahkan segala urusanku dan kuatkan imanku…
6 Responses
Little Mama™
December 27th, 2009 at 9:08 pm
1rumah yang me dibesarkan sampai form 1 pun dah lama ranap menyembah bumi.. memang merasa apa itu kemiskinan.. membaca buku bercahayakan pelita, mandi air sejuk telaga.. nostalgia!
laila
December 28th, 2009 at 1:00 am
2dulu2 ada org kata, kalau nk ke luar negara ms kapal terbang lalu tu, doa2 dpt gi belajar oversea… sy percaya dan selalu buat jugak.. alhamdulillah, dimakbulkan Tuhan..
pastu satu lagi, mitos-kalau ada tahi lalat kat kaki, org kata boleh pergi jauh (oversea lah tu)… masa kecit2 saya percaya jugak… tp semua tu kan KUASA Tuhan…Alhamdulillah….
tokoro de, rumah saya juga… hanya tinggal tapak atau tiang je skarang ni, sedih tgk setiap kali melintasi kawasan rumah ms balik kg…
Fid
December 28th, 2009 at 10:33 am
3LittleMama
ohhh u pun pernah susah juga ya hahahahaa
mmg nostalgia
Fid
December 28th, 2009 at 10:34 am
4laila
ya semua yg laila tulis saya pun pernah percaya hahahahahahaha
Zaiton
December 28th, 2009 at 5:36 pm
5tabik spring kat hang… your determination & kuasa allah yg telah merealisasikan semua itu…
Fid
December 28th, 2009 at 11:38 pm
6kak eton
Allah maha kaya..
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Contest
My breastfeeding & Parenting Tips
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.Recent Posts
Categories
Archives
Recent Comments
Top commentators
Thank You!Tag
SEARCH@yuitsumuni
Follow
I Am….
Here and there
Spam Blocked
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © Yuitsumuni-The Only One • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes