Ketika cik fid layan utusan.com.my, cik fid terjumpa artikle ni
SOALAN:
KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?Jawapan:
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.
Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)
moh le pepakat baca buat ingatan bersama…..kalau ada yang nak sentap sentap la hahahaaa
25 Responses
Intan
January 13th, 2010 at 1:43 pm
1oh oh sungguh menyentuh qalbu n3 mu ini nyahhhh
lin
January 13th, 2010 at 1:50 pm
2banyak perkara yg masih perlu dibaiki pd diri ku ini..huhu
Fid
January 13th, 2010 at 1:54 pm
3intan hahahaaaa
Fid
January 13th, 2010 at 1:55 pm
4lin hehehheheee
NeroEcha
January 13th, 2010 at 3:45 pm
5Sungguh menyentap hati ku..byk lg perlu diperbaiki
m-i-o
January 13th, 2010 at 3:53 pm
6soal solehah atau tak solehah itu Allah jualah yg menentukannya
kerana jodoh pertemuan itu sendiri pun ditentukan oleh Allah semata-mata.
ada tak orang komplen,
“sy tak boleh jadi solehah sebab laki sy memang hantu, selalu buat sy hilang akal dan naik darah”
ini contoh saja ya
ataupun,
“oh, dia tu memang boleh jadi solehah sebab memang laki dia baik betul. payah nk jumpe laki camtu, cuma si bini saja yg tak reti bersyukur”
ini pun cuma contoh saja
apapun semuanya sbg panduan saja. selebihnya kita kena redha. sebab kalo kita tak redha, maknanya kita tak beriman dengan qada’ dan qadar Allah.
tp jgn redha saja klo dh terang2 kena belasah dgn laki pun buat diam atas alasan “taat kpd suami”. tu bukan taat. tu namanya bangang
azrinna
January 13th, 2010 at 4:12 pm
7saya setuju dgn pndapat mio tu.
Fid
January 13th, 2010 at 4:21 pm
8MIO
memang solehah tak solehah Allah yang tentukan tetapi ciri-ciri tu kenalah ada buat bajet sipi sipi bleh agak-agak…
keywordnya mudah..ala cerita yang bienda berlakon bermadu dengan eceh apa nama cik kak nih….ohh drama payung siti fatimah
dia taati Allah…dia redha tapi dia bukan redha bodoh..aku tak ingat tang mana aku ada tempek bab hak2 isteri yg patut dituntut..
memang kalau nak jadi solehah TAK boleh bodo2 jee..kena ada akal dan ilmu
Fid
January 13th, 2010 at 4:22 pm
9macam ayat2 yang diberi bukan bleh cedok hidup2 kena kaji juga kena tau do n dont tahap mana kita bleh tahap mana kita diauta
z4cque
January 14th, 2010 at 4:53 am
10Huhu~ susahnya nak jadi solehah. Fail dah di situ.. Nasib baik pandai memasak tak masuk kriteria lagi…:P
Fid
January 14th, 2010 at 8:35 am
11nero hehehehee
Fid
January 14th, 2010 at 8:38 am
12cik kiah
ala cik kiah mmg pandai memasak..ingat org tak tgk/rasa lagi ka???
cett
kalau idak takkan la Ram leh membesar opsssss
Zaiton
January 14th, 2010 at 10:13 am
13banyak lagi nak kena improve ni…tu la kan…org pompuan ni senang nak masuk syurga tapi senang gak nak masuk neraka kan???
Fid
January 14th, 2010 at 10:17 am
14kak eton itu la kan senang senang..hahah
jam
February 16th, 2010 at 9:47 am
15isteri yang solehah untuk suami yang soleh. It takes two to tango. Suami perlu mendidik isteri menjadi solehah kerana itu tanggungjawab suami. Kalau suami tak pandai mendidik isteri, mengapa diharap isteri yang solehah kalau diri sendiri asyik tertoleh-toleh…
Fid
February 16th, 2010 at 10:31 pm
16jam
ada orang nak yg terbaik terlupa tak berapa baik
ecah
March 29th, 2010 at 11:39 pm
17adakah aku berjaya menepati pilihan suamiku..sering terfikir adakah dia sering memaafkn ku..apakah aku ada ciri2 isteri solehah?
Fid
March 30th, 2010 at 9:25 am
18Ecah
Insya Allah
Ealyie
March 30th, 2010 at 12:22 pm
19Arigato gosaimasu Nyah

sharing is caring isn’t it..
apa pun, notes ini sangat2 berguna untuk aku yg sokmo lalai
sama2lah kita semua menuju yang satu.. 1Malaysia!! ops.. satu Wanita solehah!!!
Fid
March 30th, 2010 at 7:10 pm
20sama sama
shidah
April 5th, 2010 at 12:57 am
21haiii>> layak kan diri ini bergelar solehah..uhuhuhu
nk tyn klu prmpuan yg xmncapai tahap sOlehah layak x nk dpt suami yg SOLeH?? bru c’suami dpt jlnkn tnggungjwbnya sbg pmbimbing..btl x?? aci x??
palin
September 26th, 2010 at 5:15 pm
22nak jadi isteri solehah?
xmudah tp xjg sukar…
redhe aje dgn ape yg allah bg, tp kalau da sampai kena sepak terajang…. sedia2la kan la diri dgn ilmu silat terajang
Iieza
May 7th, 2011 at 3:55 pm
23lyak kah diri ku nanti bergelar isteri solehah…? Insyaallah…akan ku lakukan yg terbaik tuk suami ku nanti….
syuhada
July 10th, 2011 at 8:40 am
24bagaimanakah pula sikap suami kepada seorg istri bila berhadapan dengan isteri yangv kurang ilmu pengetahuan, dan perlukan tunjuk ajar suami? sukar mencari suami yang selalu dapat menyenangkan hati isteri, membuatkan isteri tenang… banyak kes isteri yang mengalami tekanan perasaan akibat sikap suami.. jd, bgaimanakh sifat suami pd isteri sebenarnya blandaskan islam??? di manakah tempat isteri meluahkan perasaan? tempat bmanja? tempat bkasih syg klu suami hanya mementingkan diri sendiri…
E-C-H-A
August 8th, 2011 at 12:46 pm
25Insyaallah…mudah2an saya dpt melaksanakan tanggungjwb sebagai seorg isteri dgn sebaiknya!
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.BERKAWAN DI TWITTER
POST TERKINI
KATEGORI
POST TERDAHULU
KOMEN TERKINI
TAG
LANGGAN
SAYA ADALAH….
SANA SINI YANG MERIAH
POST POPULAR
SPAM TERHALANG
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © Yuitsumuni: The Only One ® • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes