Saya tersenyum membaca post UstazCahaya mengenai harga barang dan hadiah hari lahir Datuk Siti Nurhaliza yang bernilai RM40k…wahahahahahhaa

marvelous!!!

Jangan risau suamiku…saya tidak akan minta handbag RM40k! No..NEVER! wat pe la saya nak handbag mahal-mahal….tapi kalau bagi wang RM40k selonggok gitu saya NAK!

 

– ini baru spesisi mata duitan!-

 

Harga gula dah naik..Dan saya yakin harga barang-barang lain akan naik…harga roti akan naik..(ya la ada letak sedikit gula)..harga air sememangnya akan naik..harga petrol naik pun harga air kat pasar malam naik inikan pula gula yang sah-sah digunakan dalam membancuh air..maybe boleh request sirap ‘O’ le kot!….

Saya agak sinis akan alasan yang diberi mengenai kenaikan harga gula ini…

‘rakyat Malaysia ramai yang sakit kencing manis/peningkatan pesakit kencing manis’

Nak gelak pun ada nak keriau pun ada……

Jika GULA adalah punca utama kencing manis……eloklah kita buat kempen anti-gula….

Tahukah mereka kencing manis itu datang dalam pelbagai cara???

hanya kerana akan kencing manis semua harga barang akan menigngkat…Kalau tak percaya esok lusa tambang teksi pun akan naik sebab driver teksi minum kopi bergula!

Nak naikkan harga gula pun naik la tapi apa kata bagi alasan yang lebih professional..jangan sekadar melepaskan…Fikir dulu laa…bayar gaji mahal-mahal kalau itu saja lasan boleh bagi…adussss….sia sia…

Tak lama lagi ‘sistem beli minyak berkasta’ akan diperkenalkan kahkahkah

siapa naik kereta bsar bayar harga minyak lebih…..OK la untuk orang berkereta kecil tetapi tahukah mereka apa akan jadi???Nanti akan meningkatlah kes pembuli di jalan raya..kereta besar akan mengaku

‘aku bayar minyak lebih bayar road tax lebih aku lebih berhak di atas jalan..ko kereta kecil minyak murah…roadtax murah..ke tepi laaaa’

Bolehlah rakyat Malaysia makin galak menunjukkan kekayaan dengan menggayakan kereta-kereta besar kan….ish ish..impak maksima lah jadinya kelak…

dah la cik Akif yang comel setiap hari berdoa “ya ALlah saya nak kereta besar!”

Ngeh!

Ya anak saya idamkan kereta besar sebab dia kata kereta dia tu ‘dah’ kecil..dia makin besar tapi kereta tak besar-besar…

Ya anakku yang baik budi pekerti..sabarlah….bertenang sebentar..Tiba masanya …Jika ALlah izinkan….Sabar ya anakku….

 

“mommy saya sabar lah ni…..Tapi saya nak minta juga!”

Minta laaa minta laaaaa

 

"Harga barang makin naik, jangan lama membujang ya..",

Ya..Betul..Amat berkaitan..Kalau sekarang wang hantaran yang tidak wajib itu sudah mencecah 5 angka….mungkin bulan depan makin meningkat dan mungkin angka pertama untuk 5 angka itu akan bermula dengan 3 bukan lagi 1 atau 2…..

Tapi Mas kahwin RM300 pun dah bising..oppssss….

 

Saya rasa saya wajib berhenti menulis nanti tak habis-habis…..

 

sekian..

Related Posts with Thumbnails