Bersalin secara pembedahan plastik adalah sesuatu perkara yang ditakuti oleh emak dan nenek saya dan saya tiba-tiba telah memecah rekod..melahirkan anak secara c-section…

Anak yang seberat 4.41kg itu tidak mampu nak keluar melalui pintu semulajadi maka kita terpaksa tebuk tingkap!

Apabila mengetahui saya hendak bersalin seluruh ahli keluarga belah saya…(ala mak tok..ayah adik-adik dan mak su serta mak cik saya saja laa) pun kecoh laaaaa

saya kan anak perempaun sulung…lawa plak yu..ehhh..

pelbagai cerita ngeri disampaikan mengenai bersalin secara pembedahan..membuatkan sekuruh penduduk kampung ketakutan….

Saya melalui semua step kelahiran normal tetapi anak saya bersaiz besar tidak mampu menerja keluar..dan doktor kata kalau paksa juga boleh patah renyuk maka kita pun decided melalui pembedahan..

Ketika sakit kontraksi saya takut saya mati tanpa melihat anak saya tapi ketika di OT saya takut anything happen to my baby..

Ohh ohh..fukuzatsu..complicated!

Tapi doktor-doktor kata OK…kita nak selamatkan maka kita kena buat pembedahan..maka saya kata

OK I trust you all…ok ok

let’s do it

5 minit sahaja..anak saya pun melihat dunia dengan gahnya..dia membuka mata sepetnya seluas luasnya dan memandang sekeliling dan menangis…Subhanallah…indahnya ciptaan..

2004_1020_140217AA

akif senyum

Doktor menyuruh saya membilang berapa jari anak saya..ada kaki tangan..ada telinga lelaki ke perempuan…

ketika pembbedahan doktor Tan menerangkan apa yang beliau sedang lakukan..potong potong potong potong…saya hanya rasa macam perut di sentuh dengan jari dan kemudian merasakan jemari saya sedang dicelup di dalam cecair suam,,darah le tuuuuu…

dan lahirlah anak itu..penuh kesempurnaan….

selepas itu saya direhatkan di ruang pemulihan yang sejuk bedi macam peti ais tu..saya diletakkan di bawah heater ala-ala heater musim sejuk …hahahhahaa

sejam kemudian saya dihantar ke ward….

12 jam kemudian saya diajar untuk bangun dan berjalan….

tis:selepas operation untuk bangun kali pertama sila tegakkan badan jangan dilayan sangat sakiiitttt tu…..itu kata nurse..saya follow YESSS sakiittttttttttttt tapi Alhamdulillah tak mati! dan sesakit sakit kena potong perut sakit lagi kontraksi nak bersalin!!!

sakit kena potong perut sakit kat perut saja sakit nak bersalin sakit sampai dalam urat saraf…

Tapi Allah maha  kaya….saya dah lupa dah sakit kontraksi tu

juga sakit kena potong perut..

tapi kalau ingatkan kesakitan kesakitan itu membuatkan saya rasa saya kuat……

‘penggadaian’ nyawa pernah berlaku..kalau setakat perkara remeh temeh kena kuat kan semangat sahaja..bolehkah ibu-obu sekalian???

Tapi ibu-ibu nih satu sahaja masalah besar..kalau melibatkan anak dia memang dia mudah hilang punca..itu kelemahan ibu….Ibu selalu mahu yang terbaik buat anaknya…

maka bersalin cara apa sekali pun ibu tetap ibu..

kesimpulannya

kalau kena bersalin secara pembedahan jangan takut..tak ada apa pun…Insya Allah….

IMG_0056

Related Posts with Thumbnails