Yuitsumuni: The Only One ®

ADA PANDANGAN ADA PENDAPAT ADA KOMPLEN DAN ADA JUGA EMOSI..

SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Masak apa malam ini?

malam ni saya masak bihun goreng kata orang kampung saya tapi orang area klang valley panggil mihun goreng manakala orang jepun panggil…yaki bi-fun(yaki tu aku yang buh.,…bifun tu betoiii  sebab beehoon orang siam panggil..depa ikut siam jadi tai bi-fun…)

 

selain bihun goreng yang lazat..lazat tau sebab anakku tambah 4 kali..saya juga goreng 5 ketul drumstick..menggunakan RFC..Radix Fried Chicken powder

Bagus tau RFC ni sebabnya..terdiri daripada herba

kalau kita perap lama ayam kita cepat masak kalau digoreng..

ada sesiapa mau order ka??/la ni stok tepung RFC macam OK saja..cuma bulan puasa saja shortage…

ohh stok ditangan saya memang tak ada…

kalau sesiapa nak saya kena beli kat pusat jualan…

sila pick up daripada saya…kalau idak sila tanggung kos penghantaran

kakakkakakakakakaa

kalau tak pun lu beli la sendiri! kakakakakkakakakaa

 

gurau tau guraaauuuuuu

bihun

Kenapa Negara kita tak mau snagat dalam bidang sukan?

adakah kerana wujudnya rakyat yang gemuk bulat seakan akan saya ini??mungkin juga…

 

saya terdengar kat Radio mana saya tak tau sebab tak ambil kisah pun

bicara tentang mutu sukan..

 

Dinyatakan

orang Barat kalau masuk University dan nak graduate kena ada/lulus sukan..kena do something dalam bidang sukan..

dan atlit mereka memang duduk di akedemi dan jaga makan minum dan cara hidup

no late outing…

no late night sleeping time

no alkohol

no hanging hanging out tak tentu pasai

jaga makan

jaga rutin harian…

maka mereka pun jadilah jaguh dunia

itu yang panel kat radio cakap

dan yang saya plak nak cakap..

saya setuju saja la dengan encik panel tu sebab…

atlit kita….

belum ke mana lagi dah nak tunjuk hebat

dah bleh ditangkap JAIS ke JAWI ke kat disko..minum air kencing syaitan..dan macam macam lagi…

makan ikut dan

 

JUga…atlit kita menang sikit ja dapat habuan lumayan..end up next game/match/event….kantoi…sebab ghairah tengok harta..tak tumpukan perhatian kepada tugasan iaitu bersungguh sungguh dalam bidang yang diceburi…

 

itu kata saya la

kata orang lain suka hati la

tapikan..masa saya hockey player dulukan saya ‘jahat’ juga

coach kami..Sir Tirlock pesan..

NO nasi lemak!especially before tournament

tapikan

saya bangun awal-awal pagi , ketuk kantin..ya kantin bukan dining hall..beli nasi lemak with telur mata kerbau half cook..

Nasib baik tak semput masa game…

kalau menang game tu saya pecahkan rahsia kalau kalah saya rahsiakan sebab sah sah kena bambu kalau cakap

“sir..i ate nasi lemak pagi tadi!”

silap hari bulan 30 X 400m aku dikerjakan..

hahahahhaaaaaa

 

tapi zaman tu kalau suruh 30 X 400m tak hairan pun

al maklum masih muda dan berstamina mantap…

pejam mata pun bley!

eksyennnn

 

Tapikan kenapa saya tak pilih jadi ahli sukan saja ya??

 

satu lagi persepsi yang kita kena wujudkan..

kita kena wujudkan ahli sukan yang berpendidikan formal yang tinggi serta punya daya guna akal yang jitu

baru la tak banyak sangat kes ambil dadah ka ambil ketum ka..

baru baru ni bekas pemain sepak takraw wanita negara kena cekup dengan teman lelaki sebab dadah kan…

kalau saya tak salah laaa

 

dan nak cerita pula akan kisah minat anak saya terhadap sukan dan sukaneka

kakakkaka

suka bowling

tak main sekali seminggu dia akan bad mood hahaha

suka golf tapi tak pernah pun main cuma main main saja dalam rumah dengan kayu golf.Pantang tengok ‘kayu’ golf mainan..dia nak juga..maka setiap kali itu la kena cakap ‘awak ada yang betul punya’

 

malam tadi ketika cebokkan dia..dia tengok penutup lubang air terbuka lantas dia kusi dengan kakinya dan memijak dengan kedua dua kakinya sambil berkata

“kalaulah ini skateboard’  kan best..saya nak main skateboard laa”

 

gangggggg…serius mommy panik la dengan kanak kanak ni…

esok sure minta skuter plak le tuh

 

Ohh sila jangan bawa dia ke kawasan stadium Shah alam..dia akan berbunyi bunyi nak naik ‘go-kart’

rasanya sejam RM60 kot..erkkkkk

 

Dia juga akan cakap “saya nak pergi situ panjat panjat” jika melalui ‘ekstrem park’ Shah Alam ..ala yang dekat dengan stadium tu juga..

agak agaknya la kan

saya ni..or daddy dia sepatutnya ada income berapa angka untuk tampung semua itu jika mahu

jika tak mahu bagi dia cuba buat buat pekak saja la

sekian…

Mangga

mangga

di ambil hasil google image…

Mangga dalam bahasa jepun mangga itu maknanya komik

tapi dalam bahasa melayu

mangga itu buah pauh…aka mempelam..ataupun pedal ayam kunci pintu besi bagak baling cicak kubing berkecai cicak…

ada macam macam jenis mangga

ada pelam telur..ada pelum epal..ada harumanis dan macam macam..dah lupa..last baca buku bab buah mangga/mempelam ni belum akil baligh lagi!

apa yang ingin saya kongsiiian di sini adalah..

resepi kerabu mangga muda

yummy

sila lap air liur masing masing

opss tapi anda selamat sebab tiada gambar kerabu mangga yang akan dipaparkan

hanya resepi semata mata

bahan bahannya

  1. mangga muda..tak kisah lah jenis apa..agak agak agak kalau dah sagat panjang panjang halus tu dapat semangkuk…mangkuk kecil..
  2. udang kering digorengn tanpa minyak dalam 1-2 sudu teh..apa kes nak goreng cipu gitu..ha goreng la segengam yang balen tu simpan…ditumbuk kasar
  3. kacang tanha digoreng tanpa minyak ditumbuk kasar
  4. 2-3 sudu nampla..sos ikan thai
  5. garam gula ikut suka tukang masak
  6. cili padi 3-4 biji..ditumbuk lebam lebam atau dipotong

Cara nak buat

campur semua dan gaul rata…kalau tak sedap rasanya alter la bagi dapat rasa selera anda..

sekian..pepakat la pi beli mangga

orang putih panggil mango!

Related Posts with Thumbnails





Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.