sekali lagi dalam peradaban manusia tanah melayu dilanda tsunami yang menggegarkan seluruh pelusuk negara!
penderaan kanak-kanak 3 tahun oleh kekasih ibunya yang bongok!
ohh kasarnya bahasa
saya sampai bila-bila pun tidak akan dapat menerima apa jua alasan ibunya!
melainkan mengharap hukuman setimpal buat manusia itu!
ada hubungan dengan lelaki kekasih itu sejak 6 tahun yang lalu??
anaknya baru 3 tahun
anak siapakah??
adakah si ibu curang?adakah si ibu itu bukan wanita yang baik?
itu tanggapan hasutan syaitan…
saya amat marah membaca akan berita ityu
saya rasa kalaulah saya dapat lelaki itu saya akan lanyak dia sampai lunyai then saya akan baling kat tyrex!
tetapi mengikuti akan kisah anak malang itu saya terfikir
hikmah
tempat kejadian..
tak jauh sangat dari ulu Yam
apa kata diadakan satu pemantauan khas akan kawasan itu
penduduk Ulu Yam jangan marah ya
kita kena buat sesuatu akan hal ini..
sepertimana kita tahu Ulu Yam amat terkenal dengan lokasi perkelahan yang juga popular dengan video aksi menghairahkan pada suatu masa dahulu…
ingat??
adakah ini sisa-sisa atau saki baki..atau daki??ataupun intipati???
berikutnya
sakitnya anak kecil itu diperlakukan sebelum melangkah ke alam Jannah..
zalimnya pembunuh..namun kita telah dipaparkan dengan satu kisah kerosakkan institusi kekeluarga yang amat besar
ibu kepada anak itu..bersekedudukan??
apakah penduduk sekitar semuanya tak cukup waras???
itu kalau nak salahkan orang laaaa kan..tapi kalau kita renung balik..itulah pengajarannya
korbannya anak kecil tidak berdosa penghuni syurga itu…untuk menunjukkan akan kemungkaran si ibu dan si kekasih itu!
Dalam pada itu, kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam turut membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu.
Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan.
Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami.
saya terfikir ya..
mungkin anak itu sebenarnya tak sakit pun mungkin ya..Kalau Allah kata tak nak bagi anak itu sakit..tak sakitlah kan…ketika diperlakukan oleh manusia tidak berharga diri itu..
mangsa yang tidak menangis ketika itu cuba berdiri tetapi jatuh semula kerana kecederaan yang dialaminya.
sedap saya kata orang noo..
mungkin anak itu Allah lindungi ketika dibelasah…dan dengan cara itu segala pekung di dada si ibu terdedah..jika anak itu ‘diambil’ dengan cara demam panas atau sakit kanser ataupun radang peparu tak menarik pula ceritanya kan..
anak itu telah lama didera tiada siapa tahu..tup tup mati sebab demam….maka sampai hari perhitungan nanti barulah kita tahu kekejaman itu
Dengan aturan Yang Maha Kuasa ini…mungkin ada pihak akan buka mata..buka minda…buka jiwa….
lelaki penagih..panas baran…ada juga ya wanita yang sangap nakkan dia!!!
pelik
ilmu ilmu!!!
ingat ya wanita…ilmu kena ada..itu saja yang menbedakan antara kita…
jagalah harga diri..
kan saya pernah kata tolonglah pilih menjadi ibu…buangkan keinginan ingin menjadi wanita pujaan dalam bab ini
ibu…jika baik ibu itu..maka anak terdidik terbela..dan dikenang
jika ibu memilih menjadi wanita pujaan dibelai kekasih mengabaikan anak..ibu itu debu!abu!tidak laku!..tiada arah tuju..
tolong ya ibu-ibu..antara kehendak seorang wanita dan tanggungjawap seorang ibu…pilihlah IBU..kerana ibumu ibumu ibumu dan bapamu..
wahai wanita terpilih
tahukah anda..anda dipilih untuk menjadi ibu??
mengandung..pahit jerih..yang bekerja dimaki bos kerana cuti sakit kepala sakit kaki…bersalin..menyusukan…bersengkang mata…membesarkan anak..tiada manusia yang lebih bertuah melainkan anda wahai ibu…
mana ada orang yang merasa akan sakit melahirkan?kecuali yang terpilih..
jika anak itu hasil dosamu…jua..kauharus terima..kerana itu anakmu..dia hanya ada kamu sebagai ibunya…kamu boleh pilih kekasih duniamu tetapi anak itu???
ibunya hanya kamu..tetap kamu….
jika hadirnya anak itu memang kautak inginkan..lepaskan dia ke tangan yang sudi..hantarlah ke masjid ke..waktu orang tengah solat tu…p’pakirkan’ anak di tepi mana-mana jemaah….
boleh juga hantarkan ke mana-mana balai polis..rumah anak-anak yatim..rumah kebajikan..ataupun daftarkan terus kepada pihak berwajib yang anak tak nak anak itu..nak serahkan kepada orang
malu memang malu..beranak pandai bela tak reti..tapi sekejap saja malu tu menyesal melihat anak dibunuh kekasih penagih lebih teruk tau..kalau menyesal laaa..
kalau tak..kau terjunlah dengan labu-labu!
p/s:ditulis berdasarkan maklumat daripada media massa Malaysia
22 Responses
mirah
March 1st, 2010 at 8:16 am
1k fid, saya hot juga baca berita ni. Apalah nak jadi dengan orang skrg kan.
haih si maknya pula, sanggup buat anak eh tgk anak dia kena dera mcm tu..
As
March 1st, 2010 at 9:00 am
2saya makin sedih baca luahan hati cik fid… yg paling paling saya sokong katamu : ada jg perempuan sangap nak lelaki penagih panas baran mcm tu…
abu nu'man
March 1st, 2010 at 9:12 am
3apa nak jadi dunia hari ini…?? pening!pening!…
nie boleh menanhg award pelakon wanita terbaik nie… ade ke kate tak tahu anak didera… boleh cam lah kudis dgn kesan cuch puntung rokok… takkan la “mak” sendiri tak perasan… ke dok sebut ngan hubungan terlarang sampai lupa nak jaga anak… memang jenis family bermasalah… dari datuk sampat ke anak… tue balasan Tuhan… drp alllahyarham duk dlm family yg “sentiasa” berdosa.. baik Allah jemput dia awal2… pening! pening!
lin muhamad
March 1st, 2010 at 9:32 am
4sakit hati ni!!! sakit!!!! kalau sya jadik bapak arwah syafiyyah yg duk dlm penjara sama lelaki tu, saya bantai cukup2 laki tu. biar dia rasa ‘sakit’nya dia buat macam tu kat arwah.
mak dia pun sama baghal. jiran kata penah nmpk mak dia pn sama dera arwah! lakonan semata!!! benci tengok muka mak dia menangis minta simpati org ramai dalam tv mlm tadi!
Fid
March 1st, 2010 at 9:34 am
5abu nu’man sebab dia kupu2 syurga bukan kupu2 malam
maka dia diambil dahulu
Fid
March 1st, 2010 at 9:36 am
6As
semoga kita bukan dlama golongan itu
Fid
March 1st, 2010 at 9:37 am
7mirah
wajib hot!!
Fid
March 1st, 2010 at 9:38 am
8lin
mak dia takleh caya
ayah dia??entah2 ayah dia tak tau dia wujud
lin muhamad
March 1st, 2010 at 11:24 am
9kak fid,sya terbaca kat internet..bapak arwah dlm penjara pn dh tau anak dia dah kena dera lama dah dulu..nanti sya cari klu jumpa artikel tu..tak igt baca kt mana.baru bca smlm.
Liyana
March 1st, 2010 at 1:09 pm
10boleh tak kalau saya bagi cadangan kat JKM, suh pisahkan anak2 dia ngan dia..
cam konfirm tak reti jaga anak.. nanti abih anak2 jadi perangai BURUK macam dia
dan TAK BEROTAK macam dia..hidup ikut nafsu, ni dia la jadik
buat malu ja pakai tudung..masa buat jahat tudung terbang tah kemana
UstazCahaya
March 1st, 2010 at 2:05 pm
11Salam Kak Fid..
Bagus Kak Fid, go go agogo! Memang perlu ada orang menegur gaya macam ni..
Enam tahun bercinta, arwah umur 3 tahun.. itu yang saya dok pikir-pikir kan.
Saya suka ayat Kak Fid yang ini:
“mungkin anak itu Allah lindungi ketika dibelasah…dan dengan cara itu segala pekung di dada si ibu terdedah..jika anak itu ‘diambil’ dengan cara demam panas atau sakit kanser ataupun radang peparu tak menarik pula ceritanya kan..
anak itu telah lama didera tiada siapa tahu..tup tup mati sebab demam….maka sampai hari perhitungan nanti barulah kita tahu kekejaman itu
Dengan aturan Yang Maha Kuasa ini…mungkin ada pihak akan buka mata..buka minda…buka jiwa….
lelaki penagih..panas baran…ada juga ya wanita yang sangap nakkan dia!!!”
madi
March 1st, 2010 at 3:05 pm
12dasyat btol orang zaman skarang ni…dh xde rasa belas kasihan sesama insan..yg kes buang bayi nye yg berlambak..skarang kes dera plak..dulu kes bunuh adik nurin…ape sangat la yang nak di marahkan kepada budak sebesar 3 tahun..bukannya boleh pk secara matang pon lg….sakit hati baca cerita2 macam ni..bila iman xde didada…ini lah yang berlaku..si mak pula tanpa segan silu mengaku ade anak luar nikah….astaghfirullah….anak2 remaja zaman sekarang pakai menjolok mata…dating ngan pakwe kat tempat gelap2…itu yang kite terserempak..yang x pernah tgk, blom tau lg canne kan…ape nak jadi nanti…akhlak manusia semakin teruk…… ;(
Fid
March 1st, 2010 at 6:12 pm
13madi
itula jadinya kalau tak ikut cara hidup yang sepatutnya
Fid
March 1st, 2010 at 6:14 pm
14Ustaz
saya harap sangat Safiyah tak sakit
Fid
March 1st, 2010 at 6:15 pm
15Liyana
boleh boleh
bagi ja anak dia kat org yg nak dan berkualiti
Fid
March 1st, 2010 at 6:17 pm
16lin
dah terjadi gini mcm2 story keluarkan
intan
March 1st, 2010 at 7:15 pm
17beb, aku pun mmg marah sangat dgn si IBU. lebih sakit hati, bila dia blh buat muka innocent, mintak bantuan pulak tuuu.. x malu sungguh, dah laaa bersekedudukan sampai ada anak haram. kesian sgt arwah Safiyah, mana ibunya yg sepatutnya melindungi di saat dia diperlakukan macam tu kejam…
Fid
March 2nd, 2010 at 12:21 am
18erkk
ada org kata kita kena kesian
anamiraa
March 2nd, 2010 at 4:38 am
19aku nak marah dengan sistem2 yang gagal memerangi masalah sosial ni buleh tak? selagi tak settle root cause, selagi tu benda ni dok ulang2. masa jadi camni satu dunia pun hot. tapi tak lama. lepas tu kita lupa dan ‘tunggu’ cerita baru yang sama hot. dan dunia sekali lagi dok discuss ‘apa nak jadi dengan orang2 sakit mental camni’.
it’s just a vicious cycle. again, selagi yang kat akar tu tak ubat, maka we are only menyalak gunung.
harus ke aku nak marah sistem? pasai aku rasa kita semua pun are part of the system.
Fid
March 2nd, 2010 at 8:33 am
20anamiraa
aku rasa sistem tak salah pun
manusia yg jalankan sistem yang salah!!!
tak buat kerja
aku rasakan kita kena buat gini lps ni
kalau ada org pindah rumah aja..kena ada jabatan agama Islam pi cek depa laki bini ka idak
aci??
Hazizah Wahab
March 12th, 2010 at 4:58 pm
21Saya pun tak puas hati, kenapa nak bela nasib ibu Syafiah, sedangkan dia yang menyebabkan semua ini berlaku. Sepatutnya ibunya masuk kat Pusat Pemulihan Akhlak. Nenek Syafiah kan sehat lagi bukan miskin pun, kenapa tak nak bertanggung jawab ke atas tingkah laku ibu Syafiah ni. Jahat sungguh manusia ni, suka tunjuk muka kesian tapi perangai macam setan.
Fid
March 14th, 2010 at 1:57 am
22Hazizah wahab
itu yang menyampah tu
ada yang konon kena buat baik sebab dakwah..tapi.,..ish susah la nak komen
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.LANGGAN
KATEGORI
POST TERKINI
POST POPULAR
POST TERDAHULU
KOMEN TERKINI
TAG