Buang bayi : Polis tahan wanita

KUCHING 7 Mac – Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebatang longkang berhampiran Pasar Stutong, semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong yang mengesahkan penahanan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut latar belakang wanita berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di sebuah kedai minuman di kawasan Stutong pada pukul 1 petang ini.

Dalam kejadian itu, dua kanak-kanak berusia 13 tahun terkejut apabila menemui mayat berkenaan di dalam longkang.

Mayat berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui ekoran terdapat kesan darah baru pada pusat bayi malang itu.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

LAGI!!!

Marah la nih!!

Kan aku kata jangan bunuh jangan sampai mati

kalau nak buang pun buang hidup-hidup depan rumah orang ka..depan surau ka ..depan masjid ka,,balai polis ka

depan sekolah ka

depan tadika ka

Jangan la buang dalam longkang atau tong sampah!!!!!

BUKAN galakkan buang anak tapi kalau dah TAK MAU sangat anak tu

BAGILAH kat orang!!!

Tapi ingat ya

kalau nak buanbg anak jangan harap anda selamat…

sebabnya.,..DNA test tak akan lepaskan anda

Or

kalau terdesak sangat

tinggalkan surat beranak sekali ya senang nak uruskan…pengambilan anak angkat ka apa ka..,

Sekali lagi saya tegaskan SAYA BUKAN galkkan orang buang anak!

Tapi daripada bunuh dan buang..baik ‘buang’ di tempat yang sewajarnya…

Related Posts with Thumbnails