Versi Fid

Ketika saya nak masak anak saya merengek nak hanen!

yaaa..dah 4 tahun 6 bulan daaaah…

tak pe tak pe

saya pujuk punya pujuk tak jalan

tiba tiba saya nampak satu mentol menyala

saya cakap kat anak saya

“nak tolong mommy masak??”

dia berhenti merengek dan merenung dalam-dalam ke mata saya

“NAK”

“jom”

saya serahkan sebilah pisau dan seketul kentang yang sudah dikupas kulit untuk dia potong

“Ohh noo..saya budak kecil mana tahu guna pisau….”

saya cakap kat dia..

“kalau nak masak kena tahu pegang pisau”

dia pun pegang pisau..

dia cuba potong kentang dengan sebelah tangan

kentang lari!!!

saya bagi tahu dia

“kena pegang kentang dengan tangan yang satu lagi”

dia kata

“saya takut saya potong jari saya..saya kecil lagi…habis la jari saya”

saya ajar dia pegang

dia berjaya memotong kentang

dia gembira

Dan berjanji akan tolong saya masak mi pula

Ohh dia juga telah berjaya menolong memecahkan 3 biji telur dan memukul sampai kembang!

Bravo my GEDEBI!

hidup lebih bahagia apabila dikurniakan anak lelaki yang rajin

anak saya uga rajin tolong saya sediakan benang bawah mesin jahit!

p/s:Anak ini bakal jadi  menantu pujaan ibu ibu mertua seanterio Tanah Melayu dari Utara ke selatan..Timur ke Barat

percaya laaa

kahkahkah

Related Posts with Thumbnails