Sakit bersalin tak nak cerita sebab saya rasa ramai yang dah bersalin…

ataupun nanti saya cerita in future la

OK

saya nak fokuskan akan kisah bagaimanakah rasanya sakit keguguran kandungan yang baru berusia 2 bulan lebih…

Ini pengalaman saya dan tiada kena mengena dengan orang lain

pengalaman peribadi semata mata

Saya keguguran secara semulajadi…

Ketika itu bulan puasa.saya sedang mengemas rumah.

Saya rasa senak perut.

Hari itu suami saya bekerja..kalau Highway E3 mereka kerja sabtu

sepatutnya halfday tetapi seperti biasa la…suami saya lebih rajin daripada yang rajin rajin….

dia pulang jam 5 juga hari itu hahahhahahaa

Ketika saya sedang mencuci kipas dapur..sila bayangkan ya..saya panjat guna tangga

sebab saya rasa itu rutin

saya tidak ada morning sickness sebab saya baru saja tahu saya hamil 2 minggu lepas….

ketika saya buat check up pertama..kami ke Salam Medical Center tapi scanned tak nampak

then kami ke Mutiara  maternity klinik puchong..pun tak nampak…

isnin sebelum hari kejadian kami ke SMC(sekarang ni KPJ selangor) scan ada nampak sac…

OK laaaa

tiada abnormal

saya masih gagah…cheewahhh

selepas siap smeua kerja rumah saya rasa snagat sangat senak perut macam period pain

saya ke tandas

ada tompok tompok darah

saya cagi tahu suami saya tapi dia bukan pernah ada isteri sebelum ni..maka dia pun tak tau

suami saya nak makan mi goreng ala mamak..

saya pun goreng la untuk berbuka puasa…

sambil memasak saya called mak su saya cakap saya senak perut dan ada tompokkan darah

maksu saya suruh ke hospital..saya kata lepas berbuka laaaa

sakit perut saya makin menjadi jadi

selepas berbuka puasa tompokkan darah bertukar menjadi titisan…

kami bergegas ke SMC

Hari itu Gynea kami Dr.T ada.maka kami bertemu dengan Dr.T dan Dr.T kata 50-50

Beliau bagi ubat kuatkan rahim dan memberi kata mukadimmah..andai kata tidak dapat diselamatkan ..itu maknanya ketentuan Tuhan dan kualiti kandungan tidak baik..

OK

Malam itu…

Perut saya bagaikan disodok-sodok oleh apa ke benda saya pun tak tahu

duduk salah bangun salah tidur mentelah laa..tak boleh…

Dr.T datang melawat….dan bertanyakan saya dah berapa kali tukar pad..masa tu dah 3 kali…

Belum ada apa apa ketulan keluar hanya aliran darah merah…

saya menonggeng salah melunjur salah semua salah tiada membantu

sakitnya senak menusuk nusuk..

dan tiba tiba saya merasakan ada sesutu sedang meluncur keluar dari bahagian itu…

saya bergegas ke tandas..

seketul ‘daging’ sebesar 2 jari…

tiada rupa manusia…hanyalah daging semata..

dah keluar!

legaa..sakit mula hilang…

hanya darah yang meleleh leleh…

pakai pad…pad hospital supply..(bayar laaa)

Nurse datang ambil BP..ohh saya terus bagi tau nurse dah keluar ketulan….

jam 2-3am gitu

selepas bersihkan diri

saya pun boleh tidur…

keesokkannya saya tak puasa kahkahkah

makan bukan main lahabau lagi

kasihan suami saya makan mi masa berbuka dan makan mi juga masa sahur

jam 4pm keesokkan harinya saya dibenarkan pulang

seminggu kemudian datang follow up check up

CLEAR

dapat MC seminggu

selepas itu bekerja seperti biasa..sehinggalah saya menyedari saya hamil lagi…..

Nampak macam tak sakit saja kan karangan saya ini

sakitnya Allah saja yang tahu cuma kurang sikitt saja daripada sakit kontraksi nak bersalin..ohh walaupun saya bersalin secara ceasar saya rasa ya sakit kontraksi cuma saya tak rasa sakit mengeluarkan anak dengan sendiri sahaja

Tapi jangan risau

kalau lepas keguguran secara semulajadi dan tanpa melakukan D&C anda akan ‘mudah’ hamil semula….jika anda seorang yang sihat!

sebab badan kita sebenarnya sudah bersedia untuk fasa kehamilan…

itu yang saya dapat daripada gynea saya masa tu laaa

Namun kalau menggugurkan secara paksa sakitnya mungkin mengalahkan bersalin..

sebab apa?sebab benda yang elok dipaksa hancur..Nauzubillah..

Pernah baca tentang kezaliman jepun menjolok ke rahim wanita yang diperkosa yang mana hamil anak hasil perkosaan itu dengan benet senapang dan menarik keluar bayi tak berdosa itu???

anak mati ibu pun mati

menurut cikgu english(warga kanada) saya kat Univ dulu…di China ada satu museum yang pamirkan kezaliman itu..

sekian…

Related Posts with Thumbnails