saya adalah pejuang penyusuan susu ibu!Itu hakikat

Ramai lagi kawan kawan seangkatan saya

saya nak share sedikit pandangan saya mengenai apa yang pejuang penyusuan susu ibu patut tidak buat…mean tak patut buat…

1. memprovoke agar tidak menyusukan anak..apa kes ko kata ko pejuang ko suruh orang jangan susukan anak???in fact to breastfeed or not itu KEPUTUSAN DI TANGAN SI IBU…dia yang nak menyusu bukan kita..apa kita boleh buat??hanya mempromosi…dan menyokong jika dia ingin menyusukan..elakkan nak inteprem dalam hal hidup peribadi orang lain…

2. memburuk burukkan penyusuan susu ibu atau pun para pejuang yang lain..tak sehaluan ka..benci ka musuh ka gasaklah selagi arah tuju sama maka elakkanlah memburuk burukkan orang lain dan penyusuan susu ibu ini..penyusuan susu ibu ni dah lama terpinggir ..back to tahun 70-an..sekarang kita nak perjuangkan agar GAH semula…mengapa nak membuatkannya nampak complicated sangat???penyusuan susu ibu adalah snagat MUDAH jika kita tahu caranya

bagaimana nak tahu?tuntutlah ilmu..bergaullah dnegan mereka yang BERJAYA menyusukan anak..mereka yang PAKAR LAKTASI….mereka yang ada ilmu mengenai penyusuan susu ibu ini…..

3. Memikirkan bila nak berhenti menyusu anak…pada pandangan saya…nak memulakan pun bukan senang apa kata kita tak perlu fikir bila kita nak berhenti….sila maklum anak kita tak akan menyusu dengan kita sampai berusia 20 tahun kakaka…paling lama pun 10 tahun saya tu kalau lama laaaaaaa..kalau sekejap???ada yang tak sampai sehari pun..maka kalau kita dah berjaya sampai 2 tahun tu pejam mata saja la….tak yah nak dilema bila nak berhenti menyusu…….Anak kecil hanya sekali dah besar nanti saat saat indah ini tak akan dapat dirasai lagi..selagi terdaya…layaannnnnnnn…ni pandangan saya la

4. Menyeksa diri kerana breastfeeding

setahu saya kita ni DIGALAKKAN menyusukana nak selagi tidak memudaratkan..jika memudaratkan mana mana pihak maka berhentilah………Tak de lagi dengar ibu mati sebab anak minum susu banyak sangat..opssss

5. kita mengaku kita sokong breastfeeding tapi kita tak hingin pun nak belajar lebih bab breastfeeding dalam erti kata lain perasan kita saja yang serba tahu

ha…ni bahaya yaaa…sila betulkan nawaitu kita tuh

oklah setakat ni saja mampu fikir jam nih…

saya menyusu dari mak saya selama 2 tahun 3 bulan dan saya susukan anak saya sampai jam ni….

Tapi saya tak akan mengaku saya ni OTAI breastfeeding ya sebab saya hanya menyusu daripada satu ibu dan menyusukan SATU anak sahaja…

masih jauh perjalkanan saya

Masih bersusun plan jangka masa panjang saya..bukan takat nak fullstop suka suka…a very LONG journey…….

susah nak diperjelaskan…

tak apa sedikit sedikit alam lama jadi gunung everest…

by the way

sila klik atas gambar untuk melihat dengan lebih jelas..

jomlah beramai ramai ya…

sila tunjuk dan menunjuk nunjukkan sokongan kita yaa

hahahahahahahahhahahaha

jumpa di sana

Related Posts with Thumbnails