Saya dah lupa la pula sudah berapa lama kami hidup tanpa tissue paper….di meja makan…di rumah atau di luar…di tandas of course la tak sebab kami istinjak guna air hahaha..kat dapur pun dah tak ada kitchen paper…

setakat beberapa bulan menggunakan sapu tangan kain flannel buatan sediri ni saya rasa sangat happy

kat dalam kereta pun kami letak sapu tangan kain flannel ni…

senang dibawa ke sana sini

letak saja di dalam bag…settle…

Anak saya pun suka sangat …kalau makan mesti minta ‘tisu’ untuk lap mulut…lap tangan dan sebagainya..

kalau suami saya selsema saya dah tak yah marah snagat dah sebab dia ni guna tisu melampau…guna kain..sendiri mau ingat la..sendiri buat kotor sendiri cuci..tapi tengok dia OK ja…dah tak berapa kena selsema dah la nih..cheewahhh

Marilah sama sama kita guna kain pengelap yang lebih mesra alam…

murah….

tahan lama

Related Posts with Thumbnails