Untuk bacaan saya
kang terlupa plak
nak juga kepoci baca kisah nih
banyak berita kat utusan paparkan hal ini
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam.
Pembunuh profesional mungkin terlibat
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pembunuh profesional atau kumpulan samseng dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
KUALA LANGAT 13 Sept. – Suspek utama iaitu seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan kerana dipercayai terlibat membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain baru-baru ini dibawa sekali lagi ke lokasi kejadian di Ladang Gadong dekat sini hari ini bagi membantu siasatan.
KUALA LANGAT 13 Sept. – Batang besi sepanjang 30.5 sentimeter dan mempunyai cangkuk di depannya merupakan salah satu senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Sosilawati berkeras ajak anak sulung ke Banting
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan dibunuh dengan kejam, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 25, berkeras tidak mahu menemani ibunya ke Banting pada hari kejadian.
Pembunuhan Sosilawati bukan kerana perkauman
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Orang ramai diminta tidak mengaitkan kes pembunuhan kejam yang membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki dengan isu perkauman.
Keluarga sambut ulang tahun tanpa Noorhisham
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Walaupun pihak polis mengesahkan Noorhisham Mohammad merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ahli keluarga pegawai bank itu tetap meneruskan majlis doa selamat dan tahlil sempena hari kelahirannya hari ini.
Keluarga Kamaruddin reda terima kematian, adakan solat ghaib
KUANTAN 13 Sept. – Ahli keluarga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsudin mengadakan solat sunat ghaib di rumah mereka di Bandar Indera Mahkota 2, di sini selepas pihak polis memaklumkan pemandu itu merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik tersebut.
Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.
Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.
http://sweetstory.yuitsumuni.com
Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
Comments RSS
TrackBack Identifier URI