Kadang-kadang kita rasa macam pelik kan

kalau tengok ibubapa tua hidup tanpa dijaga atau diambil tahu oleh anak mereka

kita tak pernah nak ambil tahu kenapa

kita selalu ‘cop’ anak mereka derhaka atau tak kenang budi tak kenang jasa

pernah tak kita tanya…kenapa kau tak jaga bapa kau

bukankah bapakau bela kau….

kita tak pernah berani nak tanya

tapi kita berani nak tuduh…..

anak derhaka

tak kenang jasa tak kenang budi

tapi kalau anak yang tidak pernah dijaga oleh ibubapanya..membsar sendiri dengan ihsan orang lain…sesudah besar kita tetap salahkan anak itu jika dia tak kisah hal ibubapanya..

benar

tanggungjawap dia berbuat baik kepada ibubapa yang melahirkan dia

tapi kita lupa

hati manusia

ada kala kita tak ingat

ikatan kasih perlu dipupuk bukan dipaksa

memupuk rasa kasih sayang cinta rindu tak akan menjadi jika sebelah pihak sahaja berusaha

orang kata tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi

kalau sebelah tangan bukan tepuk la weii

saya sangat tersentap melihat satu keluarga yang tidak pernah mesra akan ikatannya

saya agak kaget apabila tiada yang cuba untuk merapatkan jurang tanpa kemesraan walaupun ada ikatan darah daging yang amat kuat

mungkin itu cara mereka

kita tak mampu memaksa

apa yang saya dapat daripada moral of the story

ketika anak kecil kita ibubapa haruslah dan wajiblah menjaga dan memberikan kasih sayang dan perhatian epenuhnya…supaya anak itu kekal teguh rasa kasih sayang cinta rindu kepada ibubapanya dan menjadikan dia manusia bertanggungjawap membela keluarganya

mencorakkan anak adalah amanah buat kita dan corakkan yang kita berikan itulah akan kita lihat dan hadap sepanjang usia kita…

amanah Allah buat kita jangan disia siakan…

dalam memperkatakan perihal hati…kemahiran berkomunikasi amatlah penting……

maka  pilihlah cara berkomunikasi yang berkesan…

Related Posts with Thumbnails