Saya masa mee rebus versi Cik Fid pada hari Ahad lepas untuk menjamu keluarga dan adik serta anak-anak saudara saya

 

Saya juga masak mee yang sama pada malam hari raya ketiga di kampung hehehehehe

 

apa istimewanya mee tersebut?

mee itu saya belajar masak di dalam angan kahkahkahkah

demi nak menjelmakan kembali rasa mee rabus Restoren Mahathir kat shinokubo , Japan tu kahkahkahkahkah

saya pun try dan try la

zaman dok Jepun dulu kalau nak makan kat Restoren tu selalu mau kopak la

itu sebab kena try buat sendiri

 

ohh gambar tak de ya sebab lupa plak nak ‘bergambar’

hahahahahaaa

apa apa pun saya rasa sedap sangat sangat la mee rebus versi saya tuh

sedap sedap

 

 

Pada hari ke-4 raya..eh hari ke-5 kot saya masak rendang versi copy dan tiru rendang mak saya

heheheheheee

seekor ayam..makan 2 orang sekali hadap..apakah??

kalau rajin nanti saya masak lagi la hehehehehehee

apa tujuan nak masak lagi??

saja saja

sungguh entry tak ada moral of the story la

 

saya nak tulis rsepi tapi saya malas nak ingat apakah ingridientnya

 

Rendang versi mak saya

Bahan-bahan

ayam seekor dipotong kecil kecil

bahan dikisar:

halia 1 inchi

lengkuas 3/4 inchi

bawang merah 6 ulas

bawang putih 3 ulas

serai 3 batang

cili kering 5 biji

jintan manis dan jintan putih serba 1/2 sudu kecil

bahan lain:

santan

garam, gula dan air asam jawa secukupnya

 

Cara menyediakan

masukkan bahan dikisar bersama ayam ke dalam kuali

masak sampai kering

dah kering air masukkan santan dan masukkan garam, gula dan air asam jawa

Masak dan kacau sehingga kering..

siap

 

Hahaha

tertaip juga akhirnyaaaa

Related Posts with Thumbnails