SWEETSTORY - TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Tajuk merapukan?

Saya memang kerap terperanjat dengan keadaan semasa tadika tadika swasta di Malaysia..

Dah tak level tadika/tabika…taman didikan/bimbingan kanak kanak dah! Dah level masuk university dah rupanya!!!!

Haruslah kita tukar senario ini!Moh la pakat pakat homeschool anak!

Kahkahkahkah

kenapa saya berkata begini???

Jangan marah na tokey tokey tadika

1. Yuran masuk tadika swasta memang sama mahal dengan yuran masuk universiti! Universiti Malaysia la jangan la bandingkan dengan yuran Tokai University, Japan naaaa…

2. Kalau nak masuk tadika sekian sekian..kena ambik exam./.tadika okey bukan sekolah rendah tau…fuh Cik Fid sungguh ketinggalan zaman rupanya….

Bab no.2 ni paling C5k Fid terperanjat macam nak lari ke London!

Kami telah mengunjungi satu tadika bertanyakan bagaimana nak masukkan anak bertuah kami yang kami perasan sangat sangat bijaksana bagai nih

sementelah suami saya menyatakan anak kami ni 5 tahun..so tahun depan 6 tahun la

maka cikgu tadika tu terus bagi tahu

KAT SINI BUDAK 5 TAHUN SEMUA DAH PANDAI BACA..KALAU YANG TAK PANDAI BACA KENA MASUK KELAS GERAK GEMPUR…

you know what???

ahkak gerak gempur masa nak SPM ja…… tak tau plak nak kena gerak gempur masa nak naik umur 6 tahun…fuhhhh..kalau zaman aku gini mau aku sorang ja budak Pantai Perai yang masuk Tadika!!

Setelah mendengar akan syarat kena reti membaca kalau tak reti kena gerak gempur saya terus tawaq hati nak sekolahkan anak ke Tadika tu

saya bukan hantar anak ke tadika nak stress kan anak saya

bagi saya cukup la dulu tahu membaca merangkak rangkak…ataupun tiba tiba pandai membaca kalau mommy dia menipu dia…(ohh budak ni ada hidden super skill..asalkan aku nak tipu dia ja..dia reti baca..ish ish)

Budak Gedebi ni dia belum lancar pun membaca

mm….tak reti membaca lagi kot tapi dia kenal words yang dia biasa tengok

mamat ni kalau tengok DVD wajib dia ON subtitle english and audio in english sebab nak tengok apa word dan apa bunyi sebutan

kalau idak dia tak faham apa kisah jalan cerita

mommy dia rasa ni kira versi budak bijak tonton DVD laaaa

kome jangan komplen biaq kat mommy dia perasan sorang sorang!

hahahahahahhahhaha

Saya tau zaman la ni orang semua target anak lahir lahir ja buka je mata terus reti baca!

Saya tak larang pun dan tak halang pun

Bagus pandai membaca

Cuma….keobsessan(ada ka perkataan hancur lagu nih??) ibubapa ini kerap dijadikan MODAL pihak cekik darah

Contohnya tadika yang tumbuh bagaikan cendawan melata atas batang getah condong arah selatan(apakah???)

ehhh jangan wat main..kulat batang getah la ni susah nak dapat oo…gamaknya sebab tu Cik Fid pandai…dolu dolu membesar makan kari kulat batang getah kahkahkah

apa kaitan???

maka…Kami suami isteri pun sepakat..anak kami takyah la ke Tadika warna HIJAU tu..kita pi prasekolah ka tadika KEMAS ka….senang sikit

kalau nak ajar sampai pandai membaca Mommy pun bley..ehh kan mommy yang ajar selama ni kan???

Mommy nak sekolahkan anak Mommy sebab anak Mommy nak pi sekolah dan nak sangat sangat NEW FRIENDS!

kome jangan kata aku mereng plak….tak nak sekolah kan anak

tak nak  anak jadi pandai ka???

Kalau graduated tadika bley jadi akauntan ka???ke bley jadi angkasawan

Teringin nak antar anak ai tu ke tadika permata ilham Datin Seri Rosmah tu tapi depa kata Cik Fid punya anak tak layak masuk situ!!!

Habis kome ingat aku layak hantar anak ke tadika mahai ribu ribu tu??

ko ni Cik Fid nak sekolahkan anak pun kedekut!

Kalau anak aku nak masuk Oxford ke Havard ka Tokyo University ke aku akan pulun cari sumber tau tapi nak masuk tadika jaaa…erkk aku pandang rendah kat tadika ke nih???

saya adalah bekas pelajar tadika KEMAS batch 1 Kampung Pantai Perai tau

Mak saya motong getah ja…Tapi masa masuk tadika KEMAS saya dah pandai baca jawi dah!

Hang ni tak habis habis dengan kisah basi zaman hang la wei!

Opsssss

La ni tahun 2010 rupanya

sia sia la hang habiskan duit kerajaan ratusan ribu weh!

Kome rasa aku rugi ke kerajaan rugi??

aku 5 kali tau minta kerja kerajaan kena reject depa la tak cerdik tak mau ambik aku kerja

aku mana de main FB guna internet pejabat!aiikkkk

Masa KNV cerita bab sistem tadika/nursery kat UK sana,  aku sungguh sungguh rasa kalaulah laki aku dapat offer station kat London 12 tahun bestnya!!!

eh aku bukan nak kata sistem malaysia tak elok ya…sistem kita molek dah cuma….faham faham la sendirik!

OK berbalik kisah tadikakan anak nih

kalau ahkak tak kerja ahkak akan sekolahkan je di rumah anak ahkak tu tapi tak pa la

harap harap prasekolah sudi terima anakku itu!

Akif..sila buktikan walaupun tak masuk tadika warna green tu akif akan berjaya dunia dan akhirat!buktikan wahai anakku!

Bab tadika satu

bab anak kemere satu hal gak

kami suami isteri doklah pakat pikir

Mmm..zaman kita dulu kita ni lasak nak mampos

tapi mai tang anak kita kita takut nak bagi jadi lasak

of course la..mana ada pokok kat shah alam ni yang boleh anak kita ragas

mana ada parit tali air JPS yang bley dia terjun..mana ada bendang yang dia boleh pi berkubangkan

nyamuk zaman kita dulu takat nyamuk tiruk ja zaman la ni aedes mana leh! bahaya!

kita dulu bley ja main ayaq acaq bagai mana de tikus nak kencing merata la ni nak bawa anak berkelah pun takut

takut sungai ada air kencing tikus!

Habis tu Bang….macam mana nak bagi anak kita explore??

Balik kampung kang kita ‘lepas’ la dia bebas!

Zaman kita..kita jumpa ular kita palu…balun sampai lunyai

agak agaknya kalau anak kita jumpa ular dia buat apa??

adakah dia akan kata…S for SNAKE sambil eja S.N.A.K.e???

Dilema sungguh jadi parent zaman la nih!

Ya Allah bantulah kami..Permudahkan segala urusan kami…

Amin…

She touched me

agaknya hari ini mesin mesin jahit saya berteriak

SHE TOUCHED ME!!

kenapa??

kerana hari ini saya telah meng’alter’ 6 helai tudung saya

 

kecoh la ko Cik Fid

alter tudung pun tulis kat blog ka??

sureee of course  la

 

Tiupan semangat

tengah hari tadi ada seorang kakak telah call saya

Kak Zarita,…maaf kak kalau saya salah nama

bertanyakan bab jahit tudung

sebenar benarnya saya bukannya reti menjahit sangat pun tapi saya mula menjahit untuk kepuasan sendiri kerana saya nak JAHIT TUDUNG dan nak pakai tudung ikut suka mana saya nak

 

saya tak ada sebarang pengalaman dalam dunia jahitan

tapi saya TERJUN dengan labu labu perut melabu dalam dunia menjahit barangan kepentingan diri saya

 

Best tau menjahit ni

 

sekian..

apakah entry ini TERGANTUNG tanpa tali???

saya nak pi mandi kahkahkahkah

Peti ais untuk simpan EBM….

saya ke kedai ‘HARDWARE’ yang besar tu..kat seksyen 19 shah alam tu laa

saja

cari benda lain terbeli benda lain

macam biasalah kalau masuk kedai sedemikian saya akan SUSAH untuk diajak keluar

hakhakhakhak

bukan nak cari barang pun

seronok tengok barang saja

dalam melilau sana sini saya terpandang sesuatu…

taraaaaa

apakah itu

kalau saya kena buat stok EBM lagi pada masa depan saya memang nak beli peti ais yang ada drawer drawer tuh

sekali terjumpa plak

rupa luaran huduh la sikit..inikan barang pameran…dah nampak suram le

‘rekaan’ dalaman yang ahkak berkenan..dulu jumpa cap LG..ni cap FABER…

Harga dalam RM799 kahkahkahkahkah…tu harga tengah offer ya…kalau tak offer rm1k plus..

lagi satu deep freezer Faber pun ada..yang kecil tu..harga RM599

kalau sapa tengah cari deep freezer bley la pi beli kat kedai di seksyen 19 shah alam tuh ya

kat kedai tu juga ada jual barang yang ala ala barang dijual di 100 yen shop!!!

tapi harga rm5 la hahahahhahahahhaha

aha ni plak…

gambar cara merajuk versi professional

Gedebi tengah merajuk sebab mommy dia marah..dia kacau daddy tengah pasangkan antenna TV…dah kena marah merajuk..dia lari ambil buku dan pen….dia lepaskan rasa hati haha

ni faktor bermommykan ibu blogger ke erk??

Related Posts with Thumbnails



Photobucket
exabytes.com.my VPS Forex

Loading

PENAFIAN

Yuitsumuni.com® adalah ‘personal blog’ dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil daripada cetusan idea penulis melainkan yang dinyatakan sumbernya.

Segala isi kandungan blog ini dilarang diterbitkan semula sama ada di ‘copy-paste’ atau dijadikan bahan di mana mana forum atau blog persendirian dan sebagainya tanpa keizinan penulis.Tertakluk kepada semua post/entry.karangan original saya.Sekian, terima kasih.

Protected by Copyscape Original Content Check


TIP PENYUSUAN DAN KEIBUBAPAAN


http://sweetstory.yuitsumuni.com

Disclaimer on sweetstory.yuitsumuni.com: Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.