Hari ini dalam sejarah.. kake/tempura udon wo tsukurimashita!

6 nin mae no bun…sebab nak makan 2 kali ganda hahahhahahaa

saya masak kake/tempura udon….untuk serve 6 orang

sebenarnya udon ni paling MUDAH dimasak tetapi di Malaysia ni jadi MACAM susah kerana susah nak dapatkan bahannya..

Udon(mi) selalunya ada dijual di Jusco…

itu OK sebab Jusco bersepah seanterio Malaysia

bahan bahan lain agak susah kalau tak tahu nak cari/baca heh heh heh…

OK…mula mula…mari saya cerita bagaimana nak buat…

kake udon adalah udon dan supnya semata mata..tabur negi(daun bawang jepun tuh)

kalau tempura udon..

udon+sup+tempura hehehehehe

cara nak masak udon:

Beli je kat Jusco….yang buatan Malaysia pun ada..nak buat sendiri??google la sendiri tak kuasa aku nak menguli..MALAS…

Sup:

bahan-bahan

1. dashi

2. kicap jepun(syoyu)

3. gula sikit(ni saya pandai pandai taruk sebab kalau tak sup tu tak rasa manis langsung)

apakah dashi?

Dashi adalah stok ikan..

Macam mana nak buat?

ok bahan bahan dashi..

sila tengok gambar

atau

panaskan air dan apabila air mendidih masukkan bahan bahan dashi….

1 liter air masukkan 30g bahan…

(bahan dashi=katsuo bushi..fish flake)

masak sampai mendidih sekali lagi, buangkan buihnya…dan masak 7-9 minit sebelum memadankan api dan tapis ..ambil stoknya sahaja…

(tertakluk kepada cara penyediaan cadangan di pembungkusnya)

cara buat sup untuk udon:

campurkan 1 liter dashi bersama 1/4 cawan kicap jepun(syoyu)

syoyu tu saya beli yang cap KIKKOMAN>..sila baca sendiri ada tak bahan bahan haram

kalau kat Jusco mereka ada ingredient di dalam English

masak sampai mendidih..masukkan gula sikit je…(suka hati ikut kesukaan tukang masak hahahha)

biarkan seketika…siap

untuk mi udon

sila ikut instruction kat belakang pembungkus(written in Engliah laa)

dah siap…toskan dan masukkan ke dalam mangkuk…siram sup…hiaslah dengan tempura ka…daun bawang ka…apa apa yang anda suka

Yang saya suka sangat kake udon saya ni adalah..BAUnya sama macam bau udon mak cik syokudo(cafe) dai 8=go kan..Tokai Daigaku..kahkahkah

sedap weh sedap…

anak saya kata..SEDAP la mi ni mommy..pandai sungguh mommy saya..kembang hidung saya jenuh adjust!

cara anak makan..ni masa makan kat restoren….tapi sama je dia makan gini jugaa…

Related Posts with Thumbnails